aDs

aluan

Followers

Wednesday, June 29, 2011

Tertiarap depan pintu


BERSELERAK...rumah Walina (gambar kecil) berselerak diselongkar penyamun sebelum membunuhnya.
BERSELERAK...rumah Walina (gambar kecil) berselerak diselongkar penyamun sebelum membunuhnya.
KOTA SAMARAHAN: Hasrat seorang bapa mengadakan kenduri kesyukuran sempena menyambut kepulangan anak sulungnya hujung minggu ini bertukar menjadi majlis tahlil apabila dia ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian di rumahnya di Kampung Pelandok, Sadong Jaya, semalam.

Walina Halida, 67, dipercayai dirompak sebelum dibunuh dikatakan merancang majlis itu bersama dua anaknya, Mohd Ridzuan, 31, dan Siti Marwah, 30, namun hajatnya tidak kesampaian apabila mayatnya ditemui dalam keadaan mengerikan selepas dipercayai dipukul dengan objek keras, jam 2 petang.

Kejadian menyedihkan itu disedari selepas seorang pekerja yang menghantar kayu serta barang lain dipesan warga emas terbabit terkejut apabila melihat mangsa tertiarap dan berlumuran darah di lantai depan rumahnya.

Menurut Siti Marwah, dia menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan saudara terdekat yang memintanya pulang ke rumah segera.

“Ketika di pejabat, saya menerima panggilan meminta saya pulang ke rumah bapa dengan segera dan dalam perjalanan, hati saya tidak tenteram kerana menyangka ada sesuatu tidak kena sebelum cuba menghubungi tukang rumah yang bekerja di rumah bapa.

“Luluh hati apabila saya dimaklumkan bahawa bapa sudah tiada lagi. Tukang rumah terbabit memaklumkan bapa saya dibunuh. Saya terkejut kerana baru saja bertemu dengannya, Ahad lalu, malah bapa sempat bergurau dengan saya dan suami.

“Beberapa hari sebelum itu, dia tidak banyak berubah, malah berbual seperti biasa. Memang kami selalu pulang menjenguk arwah setiap hujung minggu dan sepatutnya, hujung minggu ini kami bercadang mengadakan kenduri,” katanya.

Menurut Siti Marwah, arwah bapanya tinggal bersendirian sejak beberapa tahun lalu dan hanya berkebun di sekeliling rumah berkenaan.

“Ibu kami sudah meninggal dunia kira-kira 20 tahun lalu. Saya pernah mengajak arwah menetap bersama kami di Kuching kerana risau keselamatannya memandangkan dia bersendirian di rumah.

“Namun, pelawaan kami ditolak kerana arwah lebih selesa berada di rumah itu. Memang kami selalu menjenguk dan sering bertanyakan kesihatan memandang arwah berusia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Abdul Rahman Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada ahli keluarga mangsa mengenai kejadian itu.

Beliau berkata, sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa tertiarap dan berdarah di kepala di hadapan pintu utama rumahnya.

“Mangsa dipercayai dirompak sebelum dibunuh, berdasarkan keadaan rumah berselerak ketika mayatnya ditemui. Telefon bimbit serta dompet milik mangsa tidak ditemui ketika siasatan dijalankan.
KUMPUL BUKTI...pihak polis mengumpul bukti pembunuhan di Kampung Pelandok, Sadong Jaya, semalam.
KUMPUL BUKTI...pihak polis mengumpul bukti pembunuhan di Kampung Pelandok, Sadong Jaya, semalam.
"Polis menjalankan siasatan termasuk memburu dalang di sebalik kejadian ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. - myMetro

1 comment:

Related Posts with Thumbnails

heratBeat