BANDA ACEH: Seramai 12 orang menjalani hukuman sebat selepas didapati bersalah terbabit dalam perjudian di Aceh, kata pegawai pendakwa, semalam.
Menurut pegawai terbabit, Irvon, pesalah ditangkap dalam beberapa kejadian berasingan dan dibicarakan.
“Mereka dirotan di depan orang ramai di sebuah padang di Langsa, timur Aceh,” katanya.
Irvon berkata, hukuman itu adalah minimum berbanding 12 sebatan maksimum yang diperuntukkan dalam undang-undang wilayah Islam berkenaan.
“Pendakwa memohon mereka dikenakan hukuman minimum untuk memberi pengajaran supaya tidak melanggar perintah agama di masa depan,” katanya. Mei lalu, 40 pesalah judi turut dirotan di Aceh. - AFP
No comments:
Post a Comment