SUNGAI PETANI: Empat pelatih Pusat Latihan Kidmat Negara (PLKN) di negeri ini dipercayai meneguk air daun ketum dalam pusat berkenaan terkejut apabila perbuatan mereka disedari jurulatih pusat berkenaan, semalam.
Empat pelatih berusia belasan tahun terbabit adalah antara lebih 200 peserta yang melaporkan diri bagi menjalani latihan tiga bulan di pusat itu, sejak awal bulan ini. Menurut sumber, empat pelatih terbabit ditahan di dalam bilik simpanan barang pelatih kira-kira jam 8 pagi ketika jurulatih itu melakukan pemeriksaan mengejut selepas mendapati mereka lewat menghadiri perbarisan di padang kawad.
“Pelatih terbabit ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kota Kuala Muda sebelum dihantar ke Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk menjalani ujian air kencing dan seorang daripada mereka didapati positif.
“Pelatih terbabit kemudian diserah kepada polis untuk tindakan susulan, manakala tiga lagi rakannya dibenarkan pulang ke pusat latihan berkenaan,” katanya. - myMetro
hai sempat lagi tu nak menagih, x kira tempat. Nasib kau lah bro, lepas ni kau buat latihan dlm pusat care & cure pulak.......
ReplyDelete