aDs

aluan

Followers

Saturday, June 18, 2011

Amukan tujuh pemuda khayal


PETALING JAYA: Sekumpulan lelaki dipercayai ‘khayal’ menimbulkan kekecohan di sebuah kawasan perumahan apabila tiba-tiba memecahkan cermin beberapa kereta milik penduduk di PJS 1, di sini, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, tujuh lelaki yang pada mulanya minum di sebuah kedai berhampiran tiba-tiba mengamuk dan berkelakuan ganas dengan memecahkan beberapa kereta.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata, kumpulan terbabit dipercayai di bawah pengaruh alkohol dan dadah menggunakan pelbagai objek keras termasuk topi keledar ketika kejadian.Beliau juga tidak menafikan kemungkinan suspek datang menaiki enam motosikal adalah penagih dan bukan penduduk di kawasan itu.

“Setakat ini, kami menerima 14 laporan polis berhubung kejadian itu. Bagaimanapun, kes ini bukan pergaduhan yang membabitkan isu perkauman seperti dakwaan beberapa pihak,” katanya.

Menurutnya, jumlah kerugian belum dipastikan dan tiada sebarang laporan kecederaan diterima dalam kekecohan kira-kira lima minit itu.

Selain itu, beliau berkata, polis masih mengesan suspek terbabit dan hingga semalam belum ada sebarang tangkapan dibuat.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 148, Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata dalam rusuhan. - myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

heratBeat