aDs

aluan

Followers

Wednesday, June 22, 2011

Insentif poligami untungkan banyak pihak - Ketua Hakim Syarie


KOTA BHARU 22 Jun - Cadangan Kelantan memberi insentif kepada lelaki yang tidak merahsiakan perkahwinan poligami mereka, akan menguntungkan banyak pihak, kata Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohamad.

Beliau berkata, langkah itu juga tidak bercanggah dengan Islam kerana ia boleh mengharmonikan rumah tangga dan pasangan terbabit.

"Baguslah, cadangan insentif itu baik dari segi agama, dan ia boleh membantu mengharmonikan rumah tangga yang dibina secara poligami,” katanya kepada Bernama hari ini.

Daud, yang merupakan seorang daripada penggubal Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan, diminta mengulas kenyataan exco negeri itu Wan Ubaidah Omar mengenai cadangan Kelantan memberi insentif kepada suami yang tidak merahsiakan poligami. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

heratBeat