aDs

aluan

Followers

Wednesday, June 15, 2011

Mati dipukul ganggu isteri orang


Anggota polis memeriksa mayat yang ditanam berhampiran rumah kongsi di Kampung Pelangi, Kota Kinabatangan, semalam.

KINABATANGAN 14 Jun - Akibat mengganggu isteri orang, seorang lelaki warga asing maut dipukul dengan tukul besi di sebuah rumah kongsi di Kampung Pelangi di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Jaini Abul Kadir berkata, mayat mangsa ditemui ditanam berhampiran rumah kongsi berkenaan, kira-kira pukul 8 malam.

"Berdasarkan laporan, suami wanita berkenaan yang baru pulang dari kerja terlihat isterinya sedang bergelut dengan mangsa di dalam rumahnya.

"Isteri suspek kemudian memaklumkan bahawa mangsa telah memasuki rumah mereka lalu mengganggunya.

"Suami wanita berkenaan kemudian bertindak memukul mangsa, seorang rakyat asing dengan tukul besi yang dipegangnya," katanya di sini hari ini.

Tambah Jaini, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah sebelum mayat lelaki itu dibawa ke kawasan lereng bukit sebelum ditanam.

Katanya, suspek kemudian menyerah diri kepada penduduk di rumah kongsi berkenaan sebelum pihak polis dimaklumkan berhubung kejadian itu keesokan harinya.

"Pasangan suami isteri warga asing berkenaan ditahan dan tukul besi yang digunakan memukul mangsa dirampas. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan," katanya. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

heratBeat