aDs

aluan

Followers

Monday, January 31, 2011

Kabinet Mesir Letak Jawatan, Hosni Mubarak Enggan Beralah


KAHERAH: Stesen televisyen kebangsaan Mesir berkata, Kabinet pimpinan Perdana Menteri, Ahmed Nazif meletakkan jawatan atas arahan Presiden Hosni Mubarak di sini, Sabtu.
Tindakan itu beberapa jam selepas Hosni dalam ucapan di stesen televisyen itu bahawa beliau akan memecat anggota Kabinet ekoran protes besar-besaraan anti-kerajaan sejak beberapa hari lalu di negara itu.
Protes berkenaan adalah yang terbesar sepanjang pemerintahan rejim Hosni selama 30 tahun tetapi beliau tidak menyatakan akan berundur sebagaimana yang didesak oleh rakyat.
Awal pagi tadi Hosni mengumumkan perintah berkurung di seluruh negara ekoran berlaku tunjuk perasaan besar-besaran, semalam.
Beliau pada awalnya hanya mengisytiharkan perintah berkurung di tiga wilayah iaitu di Kaherah, Alexandria dan Suez, tetapi telah memperluaskannya ke seluruh negara.
Perintah berkurung itu berkuat kuasa dari pukul 6 petang hingga 7 pagi (waktu tempatan) sehingga notis pemberhentian diumumkan.
Pasukan tentera telah ditempatkan untuk membantu polis melaksanakan perintah itu dan mengawal keselamatan serta melindungi harta benda awam. - mStarOnline

Pindah Segera Pelajar Malaysia Di Mesir


PETALING JAYA: Kerajaan digesa supaya melaksanakan pelan kontigensi untuk memindahkan pelajar Malaysia di Mesir ke negara terdekat seperti Jordan, Arab Saudi dan Libya dalam masa 24 jam bagi mengelakan risiko yang lebih buruk berlaku.
Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata, langkah berkenaan perlu dilaksanakan dengan segera berdasarkan situasi terkini apabila pihak tentera mula memasuki kawasan strategik yang sebelum ini dijadikan lokasi perhimpunan.
"Pemuda BN mendesak agar pelan kontingensi yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan segera bagi mengelakkan risiko yang lebih buruk.
"Kami melihat keperluan untuk tindakan segera ini amat penting lanjutan daripada kemaraan pihak tentera di beberapa lokasi strategik dan risiko sekiranya lokasi perhimpunan tidak lagi selamat," katanya di sini, Isnin.
Selain itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, pihaknya bimbang sekiranya Wisma Putera lambat mengambil tindakan segera, ia akan menyebabkan kegagalan terhadap pelaksanaan pelan kontigensi yang dirancang.
"Kami juga mendesak agar Wisma Putra dapat segera menghubungi dan memaklumkan kesemua para pelajar kita di Mesir tentang pelan tersebut dan seterusnya memindahkan mereka dalam jangka masa 24 jam dari sekarang," katanya.
Tambahnya lagi, penyediaan pengangkutan bagi memindahkan pelajar Malaysia di Mesir penting memandangkan ada diantara mereka yang terkandas akibat penerbangan pulang ditangguhkan.
"Pada masa yang sama kita juga harus mengakui bahawa kebanyakan pelajar tidak mempunyai kemampuan kewangan mahupun kenderaan peribadi untuk bergerak sendiri sekiranya situasi semakin meruncing," katanya.
Semalam, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kerajaan bersetuju untuk membawa keluar sementara rakyat Malaysia di Mesir ke tiga negara jiran iaitu Jordan, Arab Saudi dan Libya jika keselamatan mereka terancam susulan keadaan yang semakin tegang di negara itu.
Menurut Anifah, kakitangan kedutaan di tiga negara berkenaan sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu dan bersedia membantu pergerakan keluar rakyat Malaysia kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di Mesir dengan sebahagian besarnya pelajar.
Keadaan di Mesir bergolak sejak minggu hari lalu berikutan ribuan penunjuk perasaan menuntut Mubarak berundur.
Menurut laporan agensi berita antarabangsa, bantahan besar-besaran yang bermula sejak Selasa lalu di Kaherah, Iskandariah, Suez, Dumiyat, Tanta dan Mansoura menyebabkan lebih 1,000 penunjuk perasaan ditahan polis, mengorbankan hampir 100 nyawa dan lebih 1,000 lagi cedera. - mStarOnline

Suami puja keris setiap malam


ALOR GAJAH: “Saya terjaga daripada tidur apabila terdengar suara suami seperti sedang meratib atau berzikir dengan kuat. Apabila saya intai ke dalam biliknya, saya terkejut melihat perbuatannya yang pelik.

“Dia bukannya berzikir, tapi membaca mantera dengan bahasa yang saya tidak fahami. Dia duduk di atas sejadah, tapi tak menghadap kiblat dan tangannya memegang satu keris kecil. Dia seolah-olah memuja keris itu,” kata wanita yang mahu dikenali sebagai Humairah mengenai amalan aneh suaminya kononnya untuk menambah rezeki keluarga mereka selepas diberhentikan kerja sejak setahun lalu.

Humairah, 25, dari sebuah kampung di sini berkata, dia mengesan amalan pelik suaminya yang berusia awal 30-an selepas curiga dengan sikapnya yang jauh berubah berbanding sebelumnya. Menurutnya, selepas kira-kira seminggu diberhentikan kerja, suaminya yang berasal dari Filipina, tetapi sudah memeluk Islam sering memerap di dalam bilik sambil membaca sesuatu dalam bahasa sukar difahami.

Humairah yang ditemui Harian Metro ketika menjalani rawatan dengan seorang pakar perubatan Islam di sini berkata, keadaan bertambah parah apabila dia mengesan suaminya menjalin hubungan dengan wanita warga Indonesia yang sudah berusia hampir 50 tahun.

“Sejak menjalin hubungan dengan wanita itu, suami saya kerap berulang alik ke Filipina atau Indonesia bersama kekasih gelapnya. Ada kalanya sehingga berminggu-minggu dia tak pulang ke rumah. Jadi, saya yang terpaksa berkerja keras menanggung kehidupan kami serta tiga anak kami yang berusia 10 bulan hingga lima tahun,” katanya.

Humairah berkata, pada mulanya dia sukar percaya suaminya menjalin hubungan dengan perempuan lain, namun selepas sikap suaminya jauh berubah kerana suka menyendiri dalam bilik dan selalu tidak pulang ke rumah, dia yakin ada yang tidak kena.

“Keyakinan saya nyata berasas selepas terjumpa tangkal hitam dan botol minyak berisi akar kayu berbalut kain hitam serta dua keris kecil dalam lipatan cadar katil dalam biliknya. Saya semakin terpanggil untuk menyelidik lebih mendalam apabila selalu terjaga daripada tidur pada kira-kira jam 11 malam dan mendengar suara suami membaca mantera dengan kuat di dalam biliknya,” katanya.

Menurut Humairah, rasa ingin tahun itulah yang mendorongnya mengintai perbuatan suaminya dan ketika itulah dia mengesan amalan aneh suaminya ketika memuja keris kecil miliknya. Katanya, kebiasaannya selepas selesai acara pemujaan itu, suaminya keluar rumah ke tempat tidak diketahuinya dan hanya akan pulang sekitar jam 5 pagi sebelum terus tidur hingga tengah hari.

“Saya kemudian membawa barangan pelik termasuk keris kecil milik suami kepada ustaz dan saya diberitahu semua itu amalan syirik yang bertentangan dengan Islam. Mujur, suami saya sedia mengikut saya untuk berubat. Apabila saya tanya mengenai barangan peliknya itu dia memberitahu ia pemberian kekasih gelapnya dan memujanya setiap malam supaya orang mudah kasih kepadanya dan rezeki bertambah murah,” katanya.

Humairah berkata, dia bersyukur kerana selepas melalui beberapa sesi rawatan pemulihan menggunakan al-Quran suaminya semakin pulih dan sudah insaf dengan perlakuan songsangnya. - myMetro

Sunday, January 30, 2011

Erra Enggan Layan Gosip Suami Main Kayu Tiga


Erra Fazira sudah lali dengan pelbagai gosip liar yang menyerangnya sepanjang hampir 18 tahun bergelar anak seni. - Foto The Star oleh ADAM YUNUS
PETALING JAYA: Aktres popular Erra Fazira, 36, enggan melayan sebarang gosip yang mendakwa rumah tangganya sedang bergolak gara-gara suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin kononnya mempunyai hubungan dengan wanita lain.
Menjawab dakwaan terbaru yang kembali diperkatakan, Erra bagaimanapun menyifatkan cerita yang timbul itu sebagai sesuatu yang tidak berasas selagi tidak mempunyai bukti.
"Jujurnya, memang saya pernah dengar cerita yang mengatakan Emran mempunyai hubungan dengan wanita lain di luar tetapi saya selalu ambil pendekatan untuk tidak ambil pusing selagi tiada bukti kukuh.
"Kadang-kala orang boleh bercakap dan memfitnah macam-macam tentang kita. Jika benar dakwaan tersebut, saya sentias berdoa agar ditemukan bukti dan petunjuk," katanya yang tidak hairan dengan dakwaan terbaru itu.
Ditanya pula adakah dia pernah bertanyakan kesahihan dakwaan tersebut kepada suaminya, Erra mengakui pernah berbincang dalam keadaan yang santai dan bergurau.
Namun perkara tersebut tidak pernah diperbesar-besarkan sehingga mencetuskan perbalahan kerana tidak terbukti kesahihannya.
"Memang saya pernah bertanyakan perkara itu kepadanya tetapi dalam keadaan yang santai dan bergurau. Namun, selagi tidak terbukti, saya tidak mahu ambil serius.
"Tidak perlulah sampai kami berbalah di rumah semata-mata mendengarkan cerita yang timbul sedangkan belum terbukti kebenarannya," katanya yang mengakui pengalaman bergelar selama hampir 18 tahun dalam bidang seni banyak membantu dalam menangani gosip sebegini.
Bagaimanapun, Erra turut bersedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan dalam rumah tangganya seandainya perkara yang tidak diingini itu benar-benar berlaku seperti mana yang didakwa.
"Sebolehnya saya tidak mahu memikirkan tentang perkara remeh-temeh yang tidak berasas selagi tidak mempunyai bukti.
"Bagaimanapun, seandainya sesuatu yang tidak diingini berlaku, saya sentiasa bersiap-sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran program rombongan Erra Art Club di Borders, The Curve, di sini, Jumaat.-mStar

Setiap hari dibelasah


KUNJUNGAN seorang wanita ke sebuah negeri di utara tanah air Julai tahun lalu untuk bertemu bakal suami sepatutnya menjadi detik indah, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya apabila lelaki itu yang selama perkenalan mereka baik hati, lemah lembut, malah percintaan direstui keluarga, berubah menjadi buas umpama ‘binatang’.

Hampir dua bulan wanita itu diperlakukan umpama hamba abdi dengan setiap hari dibelasah bukan saja menggunakan kaki dan tangan, tetapi turut digigit di beberapa bahagian badan.
SAKIT... Alina menunjukkan bahagian badan yang lebam angkara suami

Paling dikesalkan, perkahwinan yang dijadualkan pada Disember tahun lalu, ‘dipercepatkan’ bakal suaminya apabila dibawa ke Thailand untuk berkahwin. Alasan lelaki itu berbuat demikian adalah untuk mengaburi mata pihak berkuasa, kononnya lebam ‘dihasilkannya’ hanya masalah dalaman rumah tangga. Lelaki itu turut mengugut akan membelasah wanita terbabit dengan lebih teruk jika membocorkan rahsia perkahwinan mereka kerana bimbang tidak disahkan dalam jawatan sebagai kakitangan kerajaan.Ikuti apa disifatkan sebagai ‘diari neraka’ oleh seorang wanita berusia 23 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Alina sepanjang bersama lelaki dikenali sebagai ‘Mr L’, 27.



  • 14 Julai 2010

    “Saya menaiki bas untuk bertemu bakal suami di sebuah negeri di utara tanah air. Saya tiba jam 4 pagi, tetapi dia tidak dapat dihubungi. Saya menunggu sehingga jam 8 pagi di stesen bas. Saya kemudian nekad ke pejabat tempat dia bekerja dan menemuinya. Dia bawa saya ke dalam kereta dan dalam perjalanan di dalam kereta, tanpa disangka-sangka dia mengamuk dan membelasah saya. Saya dipukul dan ditumbuk, malah kepala dihentak ke papan pemuka kereta sehingga papan itu pecah.

    Dia mengamuk kerana tidak suka kedatangan saya. Dia menganggap saya cemburu dan menyangka saya datang bertemunya untuk memastikan dia tiada perempuan lain. Sebelum itu memang saya tahu dia ada perempuan lain. Selepas puas membelasah saya sehingga lebam, dia meninggalkan saya di sebuah stesen bas dan menyuruh saya tidur di surau. Saya tidak tidur kerana takut dan hanya duduk di sebelah seorang pengawal keselamatan wanita di stesen bas berkenaan sementara menunggu hari siang.”


  • 15 Julai 2010

    “Saya sekali lagi ke pejabat bakal suami dan disambut dengan kata makian dan sekali lagi saya dipukul. Saya kemudian ‘disimpan’ di rumah mak cik angkatnya.”


  • 16 Julai 2010

    “Pada sebelah pagi, tiba-tiba bakal suami membawa saya ke Songkhla, Thailand untuk berkahwin. Dia bimbang saya membuat laporan polis berhubung perlakuannya. Dia yakin pihak berkuasa akan menganggap saya berdepan masalah rumah tangga jika membuat laporan polis. Pada masa sama, dia mengugut akan memukul saya dengan lebih teruk jika saya tidak merahsiakan perkahwinan kami. Kerana terlampau takut dipukul dan sayangkannya, saya ikuti kehendaknya dengan harapan dia akan berubah selepas kami bergelar suami isteri. Tanpa dokumen perjalanan sah, saya masuk ke Thailand bersama bakal suami dan apabila tiba di lokasi tempat berkahwin semuanya sudah disediakan. Kami dinikahkan.”


  • 17 Julai sehingga 23 Julai 2010

    “Saya dan suami masih menetap di rumah mak cik angkat suami. Sangkaan saya dia berubah, tetapi saya tetap dipukul. Jika ada yang tidak kena, saya dipukul. Bertambah-tambah lebam di badan saya.”


  • 24 Julai sehingga 29 Julai 2010

    “Saya dibawa ke rumah sewa suami. Lagilah teruk perangainya. Saya dipukulnya sesuka hati. Bukan saja menggunakan kaki dan tangan, dia turut menggigit saya. Sebelum pergi kerja jika ada yang tidak kena, saya dipukul. Selepas pulang daripada kerja, saya sekali lagi dipukul. Saya dapat tahu dia masih ada hubungan dengan teman wanitanya dan jika dia bergaduh dengan teman wanitanya, saya menjadi mangsa lepas geramnya. Saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana takut. Jika saya menjerit ketika dipukul, saya dibelasah dengan lebih teruk. Satu ketika, entah apa anginnya dia bersetuju dengan permintaan saya untuk pulang ke Kuala Lumpur menziarahi keluarga saya dan memberitahu perkara sebenar. Dia bersetuju untuk ke Kuala Lumpur sambil kakinya memijak kepala saya.”


  • 30 Julai sehingga 1 Ogos 2010

    “Di rumah ibu bapa saya, dia memberitahu hal sebenar dan mengakui memukul saya atas alasan saya terlalu cemburu. Pandai dia berlakon, sampai menangis-menangis dan berguling-guling seperti orang kena sawan.Ibu bapa saya mempercayainya dan menasihati saya. Suami saya turut dinasihati supaya tidak lagi memukul saya dan dia berjanji akan berubah.”


  • 2 Ogos sehingga 27 Ogos 2010

    “Kami kembali ke utara di rumah sewanya. Pada awalnya, dalam satu dua hari saya tidak dipukul, tetapi dibuat bagaikan tawanan di rumah. Selepas itu setiap hari saya dipukul. Selepas saya dipukul, dia pujuk, selepas itu keesokannya dia pukul lagi. Hampir tiga minggu saya dilayan umpama hamba abdi. Paling menyedihkan, dia menyedari saya sudah lama tidak datang bulan dan dia menjadi bertambah ganas. Dia belum mahukan cahaya mata dan kerana bimbang saya mengandung dia suruh saya buat pelbagai perkara, antaranya makan nanas muda. Apabila datang anginnya dia belasah saya dengan menendang perut saya. Mujur saya tidak mengandung, jika mengandung entah apa berlaku kepada kandungan saya. Kerana tidak tahan menjadi hamba abdi, saya hubungi keluarga supaya mengambil saya. Pada 27 Ogos, saya kembali ke Kuala Lumpur dan dia memberitahu akan berkunjung ke Kuala Lumpur selepas Aidilfitri untuk menyelesaikan masalah kami.
    BUKTI... surat mahkamah, laporan polis dan surat pengesahan perkahwinan di Thailand

    Saya sudah membencinya dan tidak mahu lagi bersamanya. Saya dapat tahu, dia sanggup memukul saya kerana dihasut teman wanitanya.” - myMetro


  • Saturday, January 29, 2011

    Duet Cinta Laura, Guy Sebastian


    WALAUPUN sibuk dengan dunia lakonan, artis muda yang juga baru muncul dengan album perdananya, Cinta Laura, kini tidak menunggu lama untuk sukses sebagai penyanyi.
    Dia kini muncul dengan duet bersama juara Australian Idol 2003, Guy Sebastian menerusi lagu Who's That Girl yang menurut Laura, lagu tersebut sedang hit di negara kanggaru itu.
    Menurut Laura, lagu tersebut berkisah tentang Guy yang sedang keluar bersama teman-teman terpaut hati dengan seorang gadis, dan gadis tersebut adalah Laura.
    Selain berduet, mereka juga merencana untuk membuat video klip. Namun hingga sekarang video klip lagu tersebut masih belum dapat dilakukan kerana Guy terlalu sibuk. Mereka merencana video klip itu dibuat di Bali.
    "Guy sekarang tinggal di Los Angeles dan dia sangat sibuk. Jadi apabila dia punya masa, begitu juga saya, barulah kami boleh melakukan video klip tersebut di lokasi yang kami rancang iaitu di Bali.
    "Mungkin jika bukan bulan depan, klip ini akan dibuat pada bulan Mac. Kita tengok nanti macam mana," kata Cinta. - Kosmo

    5 beranak merempat


    DIBUANG...keluarga Nagarajan menerima bantuan daripada Persatuan Kebajikan dan Keharmonian Guru Peedam Johor selepas hidup melarat di taman permainan kanak-kanak.

    KULAIJAYA: Seorang lelaki bersama isteri dan tiga anak tinggal di dalam pembetung konkrit di taman permainan selepas dihalau dari rumah oleh ibu mentuanya disebabkan gagal membeli barangan keperluan serta melunaskan sewa rumah.

    S Nagarajan, 29, dan isterinya, R Rajeshwari, 23, dihalau dari rumah ibu mentuanya di Batu 12, pada Selasa lalu, namun dia merayu supaya ibu mentuanya yang berusia 40-an tolong menjaga anaknya buat sementara waktu sehingga dia mendapat tempat tinggal lain.

    Malangnya, kelmarin ibu mentuanya itu datang ke taman permainan tempat dia berlindung dan menyerahkan ketiga-tiga anaknya termasuk seorang daripadanya, Muruga, 2, yang bukan saja buta, malah tubuhnya bersaiz menyamai bayi berusia enam bulan.

    Keperitan hidup lima beranak itu didedahkan Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Keharmonian Guru Peedam Johor, G Balaguru, 43, yang mengetahui masalah mereka selepas menerima maklumat daripada orang awam.

    Balaguru berkata, ketika ditemui Nagarajan dan Rajeshwari cuba berselindung dengan mengatakan mereka berkunjung ke taman permainan itu untuk beriadah.

    “Bagaimanapun, dia akhirnya mengaku dibuang keluarga kerana gagal membeli barangan keperluan, selain melunaskan sewa rumah untuk dua bulan oleh ibu mentuanya.“Mereka menjadikan pembetung konkrit di taman permainan itu sebagai rumah,” katanya.

    Menurutnya, dua lagi anak pasangan berkenaan ialah Nagendran, 5 dan Logeswaran 3, manakala Muruga yang dilahirkan tidak cukup bulan sepatutnya mendapatkan rawatan laser pada matanya di Hospital Kuala Lumpur (HKL), namun keluarga itu gagal berbuat demikian akibat masalah kewangan.

    Menurut Balaguru, sebelum ini, Nagarajan menumpang di rumah ibunya sejak lebih tiga bulan lalu selepas dihimpit masalah kewangan berikutan dia dan rakan kongsinya gagal mendapat kontrak menurap jalan raya di sekitar bandar raya ini.“Nagarajan yang dimasukkan besi di kedua-dua belah kakinya juga berdepan kesulitan bagi menyara hidup keluarga termasuk membayar duit sewa kepada ibunya selepas gagal mendapatkan pekerjaan di kilang. Pasangan berkenaan merayu kepada wanita itu supaya memberi kebenaran kepada tiga anak mereka tinggal di situ sementara mencari rumah sewa lain,” katanya.

    Bagaimanapun, menurut Balaguru, wanita terbabit enggan menerima alasan itu, malah memaksa ketiga-tiga cucunya itu tinggal di taman permainan berkenaan. Katanya, sepanjang tinggal di taman permainan itu, lima beranak berkenaan tidak mandi, malah hampir kebuluran kerana tidak menjamah makanan.

    “Bagi mengelakkan berlaku perkara tidak diingini, kami membantu mereka mencarikan rumah sewa di Pangsapuri Rakyat di Jalan Cengal, Bandar Putra, tengah hari tadi (semalam), selain menyediakan bekalan barangan keperluan dapur. “Kami harap ada pihak yang prihatin dan tampil menyalurkan bantuan kepada lima beranak berkenaan,” katanya. - myMetro

    Friday, January 28, 2011

    Suami Pelakon Wilma Meninggal Dunia


    Wilma Muhammad.
    PETALING JAYA: Suami pelakon Wilma Muhammad iaitu Mahir Effendi,37, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tunku, di sini, Khamis, dipercayai akibat serangan jantung.
    Rakan pelakon itu, penyanyi Ramziela Radzillah, memaklumkan kematian tersebut ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.
    “Arwah suami Wilma meninggal dalam tidur di rumahnya pada malam semalam (Khamis). Saya agak terkejut juga kerana setahu saya arwah tidak menghidap penyakit jantung.
    “Arwah merupakan juruterbang Firefly dan selalu membuat pemeriksaan doktor. Bagaimanapun, saya bersimpati dengan keadaan Wilma yang masih terkejut untuk menerima kematian suaminya.
    "Tambahan pula dia perlu menyara lima orang anak yang masih kecil dalam keadaannya yang tidak bekerja,” kata penyanyi lagu Gemilang Cinta itu.
    Jenazah Mahir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara selepas solat Jumaat. - mStarOnline

    Thursday, January 27, 2011

    Gapena Bantah Pinda Interlok


    PETALING JAYA: Gabungan Penulis Nasional (Gapena) membantah langkah Kementerian Pelajaran melakukan pindaan bahagian tertentu novel Interlok yang dianggap sensitif oleh masyarakat India.
    Ahli Jawatankuasa Eksekutif GAPENA, Prof. Datuk Dr Zainal Kling berkata, Gapena tetap akan mempertahankan kebebasan penulis menulis novelnya sekali gus tidak membenarkan pindaan dilakukan.
    "Novel itu menggunakan konsep yang mencerminkan realiti masyarakat di India. Novel itu tidak menggunakan perkataan untuk merujuk kepada masyarakat India di Malaysia," katanya kepada Mingguan MStar.
    Hasil karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussin itu kini digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima.
    Mengulas lanjut, Zainal berkata, dalam plot ceritanya, watak Maniam diceritakan meninggalkan negara asalnya iaitu India dan meninggalkan kastanya sebelum akhirnya tiba ke Tanah Melayu.
    Jelasnya lagi, penulis tidak lagi menyentuh tentang kasta Maniam selepas itu.
    "Jadi bermakna penulis telah membela kebajikan Maniam dan tidak lagi menyebut tentang kasta. Gapena dengan itu mempertahankan novel itu seperti sedia adanya," katanya.
    Dalam pada itu beliau memberi amaran supaya jangan ada pihak yang menggunakan sebarang karya sastera untuk menyelesaikan masalah dalaman masyarakat mereka.
    "Mereka ingin menolak sejarah, tetapi mereka mempunyai sejarah. Kita tidak boleh menafikan sejarah sebaliknya menerimanya. Kita mesti berhadapan dengan sejarah," katanya. - mStarOnline

    Pengedar eramin 5 RM15,000 ditahan

    BUTTERWORTH – Polis menahan seorang pengedar dadah dan merampas dadah jenis eramin 5 bernilai RM15,000 dalam satu operasi cegah jenayah di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru arah utara, Lebuh Raya Utara Selatan awal pagi ini.
    Pegawai Turus Kereta Peronda Ibu Pejabat Kontijen Pulau Pinang, C/Insp Rohizat Hamid berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan oleh pasukan elit MPV Evo dalam operasi yang bermula dari pukul 12.30 malam hingga 3 pagi ini.
    "Lelaki yang berasal dari Kuala Lumpur itu dalam perjalanan menghantar bekalan dadah berkenaan ke sebuah pusat hiburan di Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan di sini hari ini.
    Beliau berkata, siasatan juga mendapati lelaki itu aktif mengedar dadah di sekitar pusat hiburan di Pulau Pinang sejak setahun lepas, dan dia kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – Bernama

    Anak ibu kelahiran Malaysia hebat


    GAMBAR fail menunjukkan Estephe (kiri) dan Perrine di Muzium Lourve, Paris, Perancis.

    HONG KONG – Dua orang murid kembar berusia 10 tahun, Estephe dan Perrine Corlin memperoleh keputusan semua A dalam kertas Matematik peperiksaan Sijil Awam Antarabangsa Pendidikan Menengah yang biasanya diambil oleh pelajar 16 tahun.
    Murid lelaki dan perempuan itu, Estephe serta Perrine merupakan anak Rosalind Corlin yang pernah menjadi anggota skuad renang Malaysia.
    Ketika mewakili Malaysia, nama ibu kembar ialah Roslind Wong.
    Dua anak itu adalah hasil perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan dari Perancis.
    Corlin berkata, kejayaan anaknya adalah hasil daripada jadual ketat yang direka khas untuk kejayaan yang meniru gaya Amy Chua, penulis buku berbangsa Cina-Amerika bertajuk Battle Hymn of the Tiger Mother.
    Corlin menegaskan anak kembarnya itu menikmati rutin harian yang bermula pada pukul 5.30 pagi menerusi latihan berenang selama 90 minit.
    Kedua-dua anak itu akan menghabiskan masa selama setengah jam untuk menelaah subjek Matematik atau Fizik sebelum pergi ke sekolah pada pukul 8.30 pagi.
    “Anak-anak saya akan menyambung semula latihan berenang pada pukul 5 petang. Mereka membuat kerja rumah atau menelaah selama 45 minit pada hari biasa dan tempoh itu akan lebih panjang pada hujung minggu,” kata Corlin.
    Corlin berhenti kerja daripada industri kewangan kerana mahu memberi tumpuan terhadap keluarganya.
    Dia memberitahu anak kembarnya itu sangat kompetitif serta mahu cemerlang dalam hidup. – AFP

    Wednesday, January 26, 2011

    Dua Daerah Di Johor Dilanda Banjir


    Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim meredah banjir bagi menghulurkan bantuan kepada penduduk Kampung Lembah Bakti yang terjejas akibat banjir di Pekan Tenang Station di sini, hari ini. Mohd Azahar, 39, yang dalam proses berkempen bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang akan menentang calon PAS, Normala Sudirman, 38, pada Ahad ini. - foto BERNAMA

    JOHOR BARU: Hujan sejak semalam menyebabkan dua daerah iaitu Kluang dan Segamat dilanda banjir, menyebabkan mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir, Rabu.
    Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri Johor, Mohamad Yusri Hashim berkata, sehingga lewat petang ini, 27 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan Balai Raya Kampung Lembah Bakti, Labis, selepas kawasan perumahan mereka dinaiki air sehingga paras lutut dan pinggang.
    "Daripada 27 keluarga, dua keluarga adalah dari Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah Lama (15), Kampung Kangkar Chaah (enam) dan Kampung Orang Asli Selai (empat)," katanya dalam satu kenyataan di sini.
    Mohamad Yusri berkata, seramai 124 mangsa di kawasan Air Panas, Labis turut dipindahkan ke Sekolah Agama Air Panas apabila rumah mereka dinaiki air.
    Banjir di Kampung Orang Asli Selai menyebabkan kawasan itu sehingga kini terputus hubungan manakala bah di Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah dan Kampung Kangkar Chaah dilaporkan semakin surut, katanya. Di Kluang, sebanyak 19 rumah melibatkan Kampung Muhibbah dan Kampung Chamek dekat Paloh, dinaiki air.
    Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan di daerah itu dibuka setakat ini.
    "Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," katanya. - BERNAMA

    Jet Li Jadi Warganegara Singapura


    SINGAPURA: Bintang filem Hong Kong, Jet Li (gambar) secara terbuka mengisytiharkan, Selasa, yang beliau telah pun memperoleh kerakyatan Singapura kerana mahu anak-anaknya mendapat pendidikan dwi-bahasa di negara ini.
    Li - yang filem-filem lakonannya termasuklah filem Hollywood seperti "The Expendables" dan "The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor" berkata, keputusannya untuk menukar kerakyatan itu turut dipengaruhi oleh suasana ‘aman’ di Singapura yang bebas daripada dihendap paparazzi.
    "Anak-anak saya akan memperoleh pendidikan dwi-bahasa iaitu bahasa Inggeris dan Mandarin yang baik di republik ini dengan kestabilan sosial dan yang lebih penting kehidupan mereka akan bebas daripada gangguan paparazzi," katanya.
    Li, yang kini berada di negara ini untuk menghadiri satu kerja amal juga menyatakan rasa terujanya dengan reaksi dan respons yang ditunjukkan oleh masyarakat Singapura terhadap hasratnya untuk bertukar kerakyatan.
    "Saya telah memegang pasport Amerika dan tinggal di negara itu selama lebih 20 tahun dan tidak ada sesiapapun pun memperkatakan tentang hal itu tetapi setelah saya membuat keputusan untuk berhijrah dan memohon kerakyatan Singapura, tiba-tiba semua orang rasa hairan dan bercakap mengenainya," katanya.
    Jet Li yang dilahirkan di Beijing tidak pula menyatakan sama ada dia kini melepaskan kerakyatan Amerika atau China tetapi undang-undang Singapura melarang rakyatnya memegang dwi kerakyatan atau pasport.
    Singapura menjadi pilihan para selebriti antarabangsa khususnya dari Hong Kong kerana reputasinya sebagai sebuah bandar raya yang paling selamat di Asia dan sistem percukaiannya yang rendah dan tidak membebankan.
    Selain Jet Li, seorang lagi artis terkenal Hong Kong yang telah pun menjadi rakyat Singapura ialah Gong Li, yang menempah populariti menerusi filem "Farewell My Concubine" dan kemudian "Memoirs of a Geisha."
    Gong Li, memperolehi kerakyatan Singapura pada tahun 2008. - mStar

    Jejak kedua UFO ditemui di Yogyakarta


    BENTUK bulatan misteri yang ditemui di Dusun Wanujoyo, Yogyakarta semalam

    YOGYAKARTA, Indonesia - Belum reda kekecohan mengenai bulatan tanaman yang dipercayai jejak objek terbang tidak dikenali (UFO) di Sleman, kelmarin, warga Yogyakarta kembali digemparkan dengan penemuan satu lagi bulatan misteri, lapor beberapa buah akhbar semalam.
    Bulatan misteri kedua itu bercorak geometri yang baru itu ditemui di Dusun Wanujoyo Kidul, Desa Srimartani Kecamatan Piyungan, Kabupaten Bantul, Yogyakarta.
    Ia terletak lima kilometer dari bentuk bulatan pertama yang ditemui di sawah padi di Sleman tetapi ukurannya pula lebih kecil.
    "Saya sedang mencari rumput, saya lihat banyak padi yang landai dan membentuk bulatan," kata seorang pemuda Harjono, yang menemui corak bulatan misteri itu.
    Ia dipercayai terbentuk lebih lima hari berdasarkan sebahagian padi yang rebah sudah mula tegak berdiri.
    Lebih menghairankan, padi yang rebah itu juga tidak patah.
    Menurut seorang penduduk tempatan Tukijo, 53, yang tinggal dalam jarak sekitar 100 meter dari tempat corak aneh itu ditemui, dia tidak mendengar bunyi suara atau melihat cahaya sebelum lingkaran itu ditemui.
    "Tiada sebarang tanda-tanda ganjil sebelum bentuk bulatan itu ditemui," katanya.
    Kawasan itu kini dipagari dengan garisan polis bagi mengelak dipijak oleh orang ramai yang berpusu-pusu tiba kerana mahu melihat fenomena tersebut.
    Sementara itu, beribu-ribu orang membanjiri daerah Sleman semalam semata-mata untuk melihat sendiri bulatan misteri yang pertama.
    Bulatan itu memiliki corak seperti bunga dengan luas sekitar 70 meter.
    Ia kini menjadi tumpuan orang ramai sehingga polis terpaksa memagari kawasan itu dengan menggunakan pita berwarna kuning bagi menghalang bulatan itu dipijak oleh orang ramai.


    BEBERAPA peniaga menjual lukisan bulatan misteri di Sleman, Yogyakarta semalam.



    Beberapa penduduk kampung di Sleman pula mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran kepada orang luar yang datang untuk melihat bentuk misteri itu.
    Ketua kampung Jogotirto tempat corak aneh itu ditemui, Guntur Purwanto berkata, bulatan itu muncul di tengah-tengah sawah bendang pada Ahad lalu.
    Antara yang hadir semalam dan turut memberikan pendapat mengenai bentuk itu ialah beberapa pegawai dari agensi angkasa lepas Indonesia, ahli-ahli astronomi dan pegawai-pegawai agensi nuklear.
    Kesemua mereka bagaimanapun, bersetuju bentuk misteri itu bukan disebabkan UFO. - Agensi
    susulan dari http://myadros.blogspot.com/2011/01/ufo-dipercayai-mendarat-di-sawah-padi.html

    'Bukan Mahu Cerai, Ambil Kad Nikah' - Zizan Nin


    Zizan dan Fazilah Hani telah melangsungkan pernikahan pada Mac tahun lalu
    PETALING JAYA: Pelakon Zizan Nin menganggap tuduhan kononnya dia sedang menghadapi masalah rumah tangga adalah satu fitnah, sebaliknya dia ke pejabat agama adalah untuk mengambil kad perakuan nikah.
    Zizan melalui satu kiriman e-mel kepada mStar Online Selasa, memberitahu, selain mengambil kad akuan tersebut dia dan isteri, Fazilah Hani Harun turut bertemu seorang ustaz bagi mendapatkan pandangan beberapa perkara berkaitan agama.
    “Saya percaya ustaz lebih arif dalam memberi nasihat dan pandangan perihalsuami isteri selain daripada ibu bapa kami sendiri.
    “Kami bukannya bertemu kaunselor bagi memperbaiki masalah rumah tangga seperti yang dilaporkan,” katanya.
    Zizan bagaimanapun menasihatkan jika ada mana-mana pihak yang melihat artis ke mahkamah jangan terus membuat andaian kerana ia boleh menimbulkan fitnah.
    “Kepada mata yang memandang di luar sana itu, jangan terus membuat andaian danberfikiran cetek, takut nanti boleh menimbulkan fitnah.
    “Pejabat agama bukan hanya tempat mengendalikan kes nikah kahwin dan perceraian, banyak lagi perkhidmatan yang disediakan. Kepada pasangan yang sudah berkahwin pula, tidak semestinya bila keadaan sudah menjadi keruh baru hendak rujuk kepada pejabat agama,” katanya.
    Tambah Zizan, antara nasihat yang diberikan oleh ustaz kepada dia dan isteri adalah mencari masa berkualiti bersama bagi mengeratkan hubungan suami isteri.
    “Kami baru 10 bulan berkahwin dan baru balik dari bercuti di Bali, Indonesia. Ustaz tersebut juga menyarankan agar mencari kualiti masa bersama namun ia bukan bererti pasangan harus bercuti secara mewah.
    “Dan sebagai selebriti saya cuba elakkan dari mencampurkan hal peribadi dan kerjaya” katanya yang enggan kehidupan peribadi diketahui peminat. - mStar

    Majikan dipenjara 11 tahun


    KUALA LUMPUR 25 Jan. - ''Walaupun saya bersimpati dengan nasib perayu sebagai seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak yang cacat tetapi saya tidak melihat sifat keinsafan perayu mengenai apa yang dilakukan ke atas mangsa.''

    Sejurus selesai membaca penghakiman tersebut, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Ghazali Cha memutuskan menolak rayuan suri rumah, Hau Yuan Tyng, 45, bagi mengetepikan sabitan salah atas tiga tuduhan mencederakan bekas pembantu rumah warga Indonesia, Siti Hajar Sadli.

    Beliau turut meminda hukuman penjara lapan tahun dan denda RM5,000 yang dikenakan ke atas bekas ejen hartanah itu kepada penjara 11 tahun bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

    Sebaik sahaja dimaklumkan oleh jurubahasa, raut wajah Yuan Tyng jelas kelihatan marah dan tidak puas hati dengan keputusan tersebut.

    Bagaimanapun, wanita itu yang diwakili peguam bela, M. Manoharan sekali lagi berjaya mendapatkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut sementara menunggu rayuan terakhir.

    Pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt.

    Pada 20 Mei tahun lalu, Hakim Mahkamah Sesyen, S.M. Komathy Suppiah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bagi setiap pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Siti Hajar menggunakan air panas dan tukul besi yang boleh menyebabkan kematian.

    Hukuman penjara tersebut diperintahkan berjalan secara berasingan.

    Komathy turut menjatuhkan hukuman penjara enam bulan bagi pertuduhan menyebabkan kecederaan mangsa dengan menggunakan gunting dan diperintahkan berjalan serentak dengan hukuman terdahulu.

    Yuan Tyng didapati bersalah melakukan perbuatan itu antara Februari hingga 7 Jun 2009 di kediamannya No. 1-19-1, Lanai Kiara Condominium, Jalan Kiara 3, Mont Kiara di sini.

    Selain hukuman penjara, ibu kepada dua anak itu turut diperintahkan membayar pampasan berjumlah RM5,000 kepada bekas pembantu rumahnya.

    Terdahulu, dalam penghakimannya, Hakim Ghazali menyatakan, walaupun terdapat beberapa bahagian dalam keterangan mangsa yang kelihatan tidak logik atau bercanggah, apa yang penting, keterangan itu telah disokong oleh keterangan pakar-pakar dan juga laporan-laporan forensik serta kimia.

    Beliau turut bersetuju bahawa pembelaan pihak perayu adalah satu perkara yang ditokok-tambah bagi menimbulkan keraguan dan isu yang dibangkitkan tidak pernah ditimbulkan oleh mana-mana saksi di peringkat pembelaan.

    ''Selepas merujuk kembali kepada kes pendakwaan melalui bukti dan keterangan perubatan serta kecederaan yang dialami oleh mangsa, saya berpendapat tiada kemungkinan kecederaan itu direkacipta oleh mangsa bagi meletakkan perayu dalam kesusahan.

    ''Tiada juga kemungkinan kecederaan itu sesuatu yang boleh disifatkan dilakukan sendiri oleh mangsa,'' kata hakim tersebut.

    Beliau kemudian meminda hukuman penjara empat tahun bagi setiap pertuduhan menyebabkan kecederaan parah menggunakan air panas dan tukul besi kepada penjara lima tahun setiap pertuduhan.

    Bagi pertuduhan ketiga iaitu menyebabkan kecederaan menggunakan gunting, hukuman penjara enam bulan dipinda kepada penjara setahun.

    Hakim Ghazali turut memerintahkan kesemua hukuman penjara itu berjalan berasingan bermula dari tarikh jatuh hukum sebelum ini iaitu pada 20 Mei tahun lalu.

    Walaupun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman, hakim tersebut menaikkan jumlah jaminan perayu daripada RM15,000 kepada RM25,000 dengan dua penjamin.

    Tuesday, January 25, 2011

    UFO dipercayai mendarat di sawah padi di Yogyakarta


    CORAK unik berbentuk bulatan yang ditemui petani di tujuh petak sawah di Slemen, Yogyakarta pada Ahad lalu.

    YOGYAKARTA, Indonesia - Tujuh petak sawah padi di Krasakan di Sleman, Yogyakarta mempunyai corak bulatan ganjil yang dipercayai penduduk dihasilkan oleh objek terbang tidak dikenali (UFO), lapor akhbar Jakarta Post semalam.
    Bukan sahaja Jakarta Post tetapi banyak akhbar lain di Indonesia turut melaporkan mengenai penemuan unik itu.
    Corak bulatan ganjil pada kebiasaannya ditemui di kawasan tanaman gandum di negara-negara Barat seperti Britain sejak tahun 1980.
    Bentuk bulatan yang ganjil itu dikaitkan dengan UFO di Barat ekoran ia mempunyai bentuk geometri dan tiasa saksi yang melihat manusia yang melakukannya.
    Bentuk ganjil yang ditemui di Sleman itu mengandungi corak segi tiga dan dua bulatan kecil di bahagian tengah bulatan yang besar berdiameter di antara 25 meter hingga 30 meter itu ditemui penduduk tempatan pada pagi Ahad lalu.
    "Saya berpendapat, ia (bulatan ganjil itu) ditinggalkan oleh sebuah kapal angkasa asing seperti yang saya lihat di televisyen," kata seorang penduduk, Cahyo Utomo semalam.
    "Adalah tidak munasabah, bulatan itu dibuat hasil tiupan angin atau haiwan lain," tambahnya.
    Bulatan itu yang terletak dekat dengan sebuah kawasan rumah penduduk kelihatan seperti satu kerja seni geometri manakala kawasan sawah padi lain tidak mengalami sebarang kesan yang sama.
    Bulatan ganjil itu kali pertama dilaporkan oleh seorang petani, Tukiman pada pukul 6 pagi Ahad lalu.

    SEJUMLAH orang menaiki bukit dan merakamkan gambar corak unik yang dipercayai dihasilkan objek terbang tidak dikenali di kawasan sawah padi di Sleman, Yogyakarta semalam.


    Ketua Polis Sleman, Iwan Ramaini berkata, dia tidak pasti jika corak bulatan itu dicipta oleh UFO atau ia merupakan fenomena semula jadi. Satu siasatan polis sedang dilakukan berhubung kejadian itu.
    Namun, seorang pegawai polis yang mendegar keterangan daripada enam petani yang memiliki tujuh petak sawah percaya, bulatan itu bukan buatan manusia.
    "Mereka bilang (para petani itu) nggak (tidak) mungkin itu dibuat oleh manusia," kata seorang pegawai polis, I Made Muliawan kepada wartawan akhbar dalam talian detikcom.
    Menurutnya, petani-petani itu tidak melihat terdapat kegiatan mencurigakan di kawasan sawah padi tersebut.
    "Tidak ada keterangan yang menyebutkan, melihat ada orang melakukan hal-hal aneh di sawah itu," katanya.
    Dia berkata, salah seorang pemilik sawah itu pernah mendengar bunyi bising pada malam sebelum corak itu ditemui.
    "Malam hari ada yang bilang mendengar suara seperti pesawat turun, terus pastinya dia melihat di sawahnya," kata pegawai polis itu.
    Menurutnya, pihak polis menghalang orang ramai mendekati kawasan yang mengandungi objek misteri itu.
    Dia berkata, sekatan itu dibuat kerana pihaknya bimbang orang ramai akan memijak pohon padi sekali gus menjadi rosak dan merugikan petani. - Agensi


    CEMAS...kombinasi gambar menunjukkan saat-saat genting pelajar cuba terjun, semalam

    TEMERLOH: Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar, dekat sini, yang dipercayai diserang histeria bertindak luar dugaan apabila berdiri di koridor bangunan sekolah itu sebelum cuba untuk terjun, semalam.


    Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu mengakibatkan hampir 1,000 pelajar sekolah itu terpaksa berhenti memberi tumpuan dalam kelas selepas melihat aksi menakutkan pelajar terbabit yang turut berlari atas koridor sambil mendepakan tangan seperti mahu terjun.


    Lebih mencemaskan, pelajar terbabit yang dikatakan tiba-tiba menjerit kelihatan seperti hilang akal turut mencabut sekeping cermin tingkap kelas sebelum membaling ke bawah hingga menyebabkan tangannya cedera.


    Rakan sekelas mangsa yang enggan dikenali, berkata dia yang melihat kejadian itu tergamam apabila rakannya itu menjilat darah yang mengalir di tangannya akibat tercedera ketika membaling cermin berkenaan.


    “Tidak cukup dengan itu, dia turut bertindak agresif dengan membuka tudung lalu melemparkan ke bawah sambil kedua-dua kaki memijak lantai koridor seperti mahu terjun. Kejadian terlalu pantas menyebabkan sesi pembelajaran terganggu, malah saya sendiri tidak menyangka dia akan bertindak sedemikian,” katanya yang masih terkejut dan trauma dengan kejadian itu, semalam.


    Menurutnya, dia terpaksa menjauhkan diri kerana bimbang turut diserang histeria selain berdoa semoga terselamat daripada serangan histeria itu.


    Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Md Nor Mansor, berkata sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Temerloh, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis bergegas ke tempat kejadian dalam usaha menyelamatkan pelajar terbabit.


    Menurutnya, pengurusan SMK Abu Bakar turut bertindak meletak beberapa keping tilam bagi mengelak kejadian tidak diingini.


    Katanya, pada masa sama, beberapa ahli keluarga mangsa yang tiba di tempat kejadian selepas menerima panggilan cuba memujuk mangsa, namun gagal sebelum pelajar terbabit diselamatkan pasukan penyelamat.


    Beliau berkata, pelajar terbabit kemudian dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hohah) untuk menerima rawatan.


    Pegawai Pelajaran Daerah, Mohd Nadzri Ab Wahab, berkata pada masa sama, beberapa pelajar lain turut terkena histeria, tetapi keadaan terkawal dan pihaknya mengucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat kerana pantas mengambil tindakan.- myMetro

    Monday, January 24, 2011


    Ibu dipenjara kerana laku seks dengan rakan anak

    CATHLEEN MILLER


    CHICAGO RIDGE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang ibu, Cathleen Miller, 40, dihukum penjara selama 10 tahun kerana kesalahan melakukan seks dengan beberapa remaja lelaki yang merupakan rakan anak perempuannya, lapor beberapa akhbar kelmarin.
    Menurut seorang peguam bela, Robert Olson, Miller mengaku bersalah atas kesalahan penyalahgunaan seks dan serangan seks semasa sesi perbicaraan di sini.
    Seorang pihak pendakwa, Andy Conklin berkata, wanita itu menerima hukuman penjara 10 tahun kerana kesalahan merogol dan penyalahgunaan seks.
    Menurut pendakwa raya, dia mencabul tiga budak lelaki.
    Budak lelaki yang terlibat berusia di antara 14 dan 15 tahun.
    Pihak pendakwa raya menyatakan dia menawarkan arak dan dadah untuk melakukan seks dengan dua orang mangsanya pada Februari dan Jun tahun lepas di rumahnya.
    Skandal seks itu terdedah apabila salah seorang mangsa lelaki menghantar mesej di laman sosial Facebook kepada anak perempuan sulung Miller bagi meminta maaf kerana perbuatan itu.
    Keluarga mangsa itu yang terlihat mesej itu kemudian memberitahu pihak polis.
    Miller yang bekerja sebagai seorang setiausaha menyatakan budak lelaki itu yang membawa arak dan dadah ke rumahnya. - Agensi


    Related Posts with Thumbnails

    heratBeat