aDs

aluan

Followers

Thursday, June 30, 2011

Terjun hotel elak dicekup


MELAKA: Bagaikan aksi pelakon lagak ngeri apabila seorang lelaki sanggup terjun dari tingkat satu sebuah hotel bajet di Bachang, di sini, selepas menyedari diserbu penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kerana disyaki berkhalwat.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi semalam, lelaki berusia 40 tahun cuba melarikan diri dengan keluar mengikut tingkap dari bilik di tingkat dua yang disewa bersama pasangannya berusia 39 tahun.

Lelaki itu turun ke tingkat satu melalui kotak alat pemampat pendingin hawa.

Apabila tiba di tingkat satu, dia terjun ke atas sebuah lori, namun cubaannya gagal selepas dicekup anggota penguat kuasa Jaim yang sedia menunggunya di bawah. Lelaki itu bernasib baik kerana terjunannya tepat jatuh di atas lori berkenaan dan dia tidak cedera.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, lelaki antara antara tiga pasangan yang dicekup dalam pemeriksaan di tiga hotel bajet di kawasan Bachang.

Katanya, ketika pemeriksaan dilakukan anggotanya terpaksa menunggu beberapa minit sebelum pintu dibuka seorang wanita manakala lelaki berkenaan lari keluar melalui tingkap.

“Soal siasat mendapati wanita berkenaan bukan mahram dengan lelaki yang dicekup itu.“

Lelaki terbabit seorang duda, manakala wanita berkenaan masih berstatus isteri orang yang mendakwa mempunyai krisis dengan suaminya,” katanya. - myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

heratBeat