aDs

aluan

Followers

Tuesday, June 7, 2011

‘Arwah ayah rindu tatap wajah cucu’


TERBUNUH...(dari kiri), Nur Dahyah, Zaimudin dan Rokiah
TERBUNUH...(dari kiri), Nur Dahyah, Zaimudin dan Rokiah

PONTIAN: “Minggu lalu ayah telefon dan suruh kami sekeluarga balik kampung kerana dia rindu dan mahu menatap wajah cucunya.

“Itulah kali terakhir saya mendengar suaranya sebelum mendapat khabar dia meninggal dunia dalam kemalangan di Kota Tinggi, petang semalam (kelmarin),” kata Muhamad Tab Zainuri, 29, anak angkat Allahyarham Zaimudin Yasir, 67, dan isterinya, Rokiah Kamiran, 58.

Dalam kejadian ketika hujan lebat kira-kira jam 3 petang kelmarin, pasangan warga emas itu maut bersama seorang cucu mereka, Nur Dahyah Fauzi, 11 bulan, selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 71 Jalan Johor Bahru-Mersing, dekat Kota Tinggi.

MPV berkenaan dipandu menantu mereka, Fauzi Ibrahim, 45, membawa lima lagi penumpang iaitu isterinya, Zubaidah Zaimudin, 36, dan empat anak mereka iaitu Muhammad Afik,10; Muhammad Zahin, 9; Hanizah, 6, dan Muhammad Sakimi, 3.

Mereka dalam perjalanan pulang ke Parit Sikom, Pontian, selepas bersiar-siar di Mersing sempena cuti sekolah.

Menurut Muhamad Tab, dia terkilan kerana tidak sempat pulang ke kampung sebelum pemergian arwah kerana terpaksa bertugas di Jementah, Pahang. 

“Selama 26 tahun arwah ayah dan mak menjaga saya dengan sempurna.Saya tak pernah dibezakan dengan anak kandung mereka. 

“Kedua-duanya memang tegas dalam mendidik anak, namun arwah ayah lebih bersikap pendiam dan mak banyak menceriakan suasana,” katanya ketika ditemui di Parit Sikom di sini, semalam.

Muhamad Tab berkata, dia sekeluarga masih terkejut dan sedih dengan kehilangan arwah serta anak saudara mereka.

Anak sulung Zaimudin, Zaitun, 43, berkata ibu dan ayahnya ada membeli buah tangan termasuk keropok ketika dalam perjalanan pulang untuk diberikan kepada mereka sekeluarga.

“Namun sayangnya, hasrat mereka tidak kesampaian dan kejadian ini sungguh mengejutkan kami sekeluarga,” katanya kali terakhir bertemu ibu bapanya ketika menziarah mereka di Parit Sikom, dua minggu lalu.

Jenazah Zaimudin, Rokiah dan cucu mereka, Nur Dahyah dibawa ke Parit Sikom, Pontian selepas selesai urusan bedah siasat pada jam 1.30 pagi semalam untuk dikebumikan. Sementara itu, Zubaidah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, manakala Muhammad Afik dan Hanizah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI); Fauzi, Muhammad Zahin dan Muhammad Sakimi pula menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi. - myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

heratBeat