aDs

aluan

Followers

Wednesday, June 22, 2011

Izinkan kembar saya mati: Mohammed


MENDERITA...kesakitan berpanjangan, hilang berat badan dan tekanan darah tinggi antara masalah dihadapi Saba dan Farah.
MENDERITA...kesakitan berpanjangan, hilang berat badan dan tekanan darah tinggi antara masalah dihadapi Saba dan Farah.
PATNA (India): Seorang bapa pasangan kembar siam merayu dihulurkan bantuan atau membiarkan saja mereka mati kerana dia tidak sanggup lagi melihat mereka menderita.

Mohammed Shakeel, seorang pekerja gerai teh di Patna, Bihar, hanya memperoleh pendapatan bulanan kira-kira RM320 bagi membiayai keperluan keluarganya seramai lapan orang.

Disebabkan percantuman pada tengkorak anaknya, Saba dan Farah mengalami sakit kepala melampau, selain kesakitan pada sendi.

Pasangan itu juga sukar bertutur apabila usia semakin meningkat. Walaupun pernah mendapat rawatan pakar hasil bantuan Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Zayed, masalah berkenaan masih belum dapat diatasi.

Lima tahun lalu Saba dan Farah, 10, dibawa bertemu beberapa pakar kembar siam, termasuk doktor dari Amerika Syarikat, Benjamin Carson, bagi melihat kemungkinan mereka dipisahkan. Ketika itu, Saba dan Farah bersemangat dan lebih sihat.

Bagaimanapun, Carson mendapati budak kembar terbabit berkongsi saluran darah penting pada otak dan bergantung kepada dua buah pinggang pada tubuh Farah.

Mohammed diberitahu, untuk memisahkan mereka, pakar perlu mengadakan enam pembedahan berasingan dengan kemungkinan besar seorang daripadanya akan meninggal dunia.

Justeru, Mohammed memutuskan untuk tidak menerima tawaran kewangan Sheikh Mohammed bagi membiayai pembedahan berkenaan.

Ketika ini, kesihatan Saba dan Farah semakin merosot sehingga memaksa bapa mereka merayu kepada kerajaan supaya budak terbabit dibenarkan mati.

Katanya, penderitaan anak kembarnya itu perlu ditamatkan kecuali ada pihak tampil memberikan dana merawat mereka.

“Saba dan Farah mahu bergembira seperti kanak-kanak lain tetapi apabila menghadapi kesakitan, mereka meraung-raung meminta tolong,” katanya.

Pergantungan sepenuhnya kepada buah pinggang Farah juga menyebabkan kedua-dua budak terbabit kehilangan berat badan ketara, selain mengalami tekanan darah tinggi.

Kata Mohammed, kerajaan sepatutnya membantu memberikan rawatan untuk anaknya.

“Jika tidak, benarkan mereka mati kerana keadaan Saba dan Farah ketika ini sangat menyedihkan,” katanya.

Abang kembar terbabit, Tamana Ahmad, berkata Saba dan Farah sentiasa dalam kesakitan apabila berjaga, sekurang-kurangnya 15 jam sehari. - DT

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

heratBeat