KANSAS CITY: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun mengheret seorang bayi ke dalam tab mandi dan melemaskannya hingga mati kerana bayi berkenaan tidak berhenti menangis.
Kanak-kanak perempuan itu mengaku berbuat demikian selepas disoal oleh petugas kebajikan masyarakat yang menyiasat kes kematian Jerman Johnson Jr, 18 bulan. Kanak-kanak itu memberitahu petugas terbabit, dia melakukannya dengan sengaja kerana membenci bayi itu yang tidak berhenti menangis.

budak ni x bersalah, yg bersalah ibubapa yg meninggalkn mereka tanpa pengawasan.
ReplyDelete