aDs

aluan

Followers

Wednesday, July 13, 2011

Bekas isteri Zainal Abidin tuntut RM167,000 hutang nafkah anak

KUALA LUMPUR: Bekas isteri penyanyi terkenal Zainal Abidin Mohamed memfailkan keterangan bertulis di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam mengenai tuntutan hutang nafkah anak berjumlah RM167,102.04 yang dikemukakan terhadap artis itu.

Natasha Gabriel Abdullah, 52, yang juga bekas model itu selaku plaintif menerusi peguam syarie, Norhusniah Husin mengemukakan ikatan dokumen itu di hadapan Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain.

Bagaimanapun, bekas vokalis kumpulan Headwind berusia 51 tahun itu yang diwakili peguam syarie, Abdul Halim Bahari, tidak hadir.

Natasha mengemukakan tuntutan itu yang juga hutang nafkah sejak 2002 sehingga kini membabitkan yuran persekolahan, kelas agama dan perubatan.

Zainal Abidin juga menghadapi satu tuntutan lain iaitu permohonan mengubah perintah nafkah bulanan, wang perbelanjaan hari raya dan pembelajaran dua anaknya yang difailkan Natasha tahun lalu.

Dalam tuntutan itu, Natasha memohon nafkah bulanan RM200 sebulan bagi setiap anak dinaikkan kepada RM1,200 seorang.

Turut dimohon, nafkah hari raya diubah daripada RM150 kepada RM300 setiap seorang.

Bagi nafkah membabitkan pembelajaran, Natasha menuntut belanja pendidikan Mikhail dinaikkan sehingga RM3,500 sebulan manakala Timur RM2,000 bulan. Dua remaja itu bersekolah di sebuah sekolah swasta di sini.

Mahkamah menetapkan perbicaraan bersama dua kes berkenaan pada 24 Oktober depan.

Natasha bernikah dengan Zainal pada 24 Mac 1987 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mikhail, 18, serta perempuan, Timur, 16, sebelum bercerai pada 12 Disember 2000. - myMetro


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

heratBeat