aDs

aluan

Followers

Friday, June 17, 2011

41 laman web digodam




KUALA LUMPUR: Hampir 100 laman web .gov.my digodam sehingga petang semalam dan mengalami gangguan pada tahap berbeza.

Bernama melaporkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataannya semalam berkata, 51 laman web .gov.my digodam sehingga awal pagi semalam menyebabkan 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap berbeza.

Bagaimanapun SKMM yakin tempoh memulihkan semua laman web yang diserang itu tidak akan mengambil masa yang lama.

“Pemantauan kami mendapati serangan semakin kurang menjelang jam 4 pagi semalam, dan selepas membuat penilaian, kami menganggap kesan serangan itu terhadap pengguna di Malaysia adalah kecil,” kata SKMM dalam satu kenyataan.

Serangan itu berlaku ekoran satu kenyataan sebuah kumpulan luar negara dikenali ‘Anonymous’ untuk menggodam laman web rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my kelmarin, dengan alasan kononnya kerajaan mengenakan sekatan Internet.

Suruhanjaya itu berkata, terdapat cubaan menggodam beberapa laman web termasuk laman webnya sendiri www.skmm.gov.my pada jam 11.30 malam semalam, tetapi gagal.

Menurut SKMM, Pusat Keselamatan Rangkaian suruhanjaya itu bersama beberapa agensi lain, penyedia perkhidmatan dan pakar-pakar sudah menjalankan usaha berterusan bagi memantau dan menyekat serangan itu.

Orang ramai diminta melaporkan sebarang maklumat yang mereka ada mengenai identiti penggodam itu kerana tindakan mengganggu perkhidmatan rangkaian adalah satu kesalahan serius. - myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

heratBeat