aDs

aluan

Followers

Saturday, June 4, 2011

Syahrini nafi bedah muka


SEPANJANG bulan Mei yang lalu, nama penyanyi Syahrini begitu panas termasuk kerana gambar sensasi yang disebarkan secara meluas di Internet.
Belum surut kisah tersebut, kini, memasuki bulan Jun, nama Syahrini kembali meledak atas tuduhan dia membuat pembedahan plastik pada wajahnya, sekali gus menambah satu lagi cerita negatif tentang dirinya.
Namun mantan pacar Anang Hermasyah itu menafikan dakwaan tersebut. Dia sebaliknya berkata bahawa perubahan wajah dari zaman sekolah sehingga dia dewasa kini disebabkan gaya solekan, selain bagaimana dia menjaga dan mengekalkan penjagaan wajahnya.
“Ini wajah saya yang asli. Memang benar saya lebih suka wajah saya waktu zaman sekolah dulu kerana bebas solekan.
“Tetapi wajah sekarang selalu tebal solekan, namun saya masih suka juga. Bukan kerana pembedahan plastik, tapi bagaimana saya merawat wajah saya kini,” katanya.
Malah saat ditanya bagaimana dia berhadapan dengan gosip yang semakin bertubi-tubi, Syahrini yang senang dipanggil Rini pasrah dan memberitahu dia menerima gosip-gosip tersebut dengan ikhlas.
“Saya tak kisah, saya terima semua berita itu dengan ikhlas,” katanya. - Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

heratBeat