Hugh Hefner dan Crystal Harris |
LONDON: Kecantikan isteri Putera William, Kate Middleton mendapat perhatian banyak pihak dan tidak terkecuali, bos Playboy, Hugh Hefner.
Hefner mengimpikan Kate menjadi gadis Playboy. Pengasas syarikat hiburan dewasa berusia 85 tahun berkenaan memuji Duchess of Cambridge itu dengan menggelarnya ‘wanita kecil molek yang cantik.’
Katanya, Kate boleh diterima dengan senang untuk menjadi model Playboy kerana dia memiliki kombinasi kecantikan dan glamor.
Heffner juga berkata dia tidak teragak-agak untuk memikat Kate sekiranya wanita itu belum berpunya.
Ketika ditanya adakah dia berhasrat mengambil Kate menjadi model Playboy Hefner menjawab: “Tentu saja. Dia wanita kecil molek yang cantik dan amat glamor.”
Hefner yang akan berkahwin dengan gadis Playboy, Crystal Harris juga berkata, perkahwinan diraja antara Putera William dengan Kate memberi ilham kepada ramai orang termasuk dirinya.
“Saya rasa perkahwinan diraja adalah acara glamor. Kita boleh melakukan lebih dengan mencontohi acara seperti itu. Ia memberi inspirasi romantik kepada ramai orang,” katanya.
Dalam pada itu, Hefner yang terkenal kerana sukakan wanita berambut perang menafikan dia tidak menggemari wanita berambut hitam. - Agensi
No comments:
Post a Comment