aDs

aluan

Followers

Showing posts with label moral. Show all posts
Showing posts with label moral. Show all posts

Friday, December 23, 2011

8A padam rekod disiplin


IPOH: Dia pernah digantung sekolah kerana mengganggu pelajar perempuan dan bergaduh, namun dia kembali bersemangat dan tekad untuk belajar selepas dicabar gurunya yang berjanji mahu memadamkan rekod disiplinnya jika mencapai keputusan cemerlang.

Hariz Syafiq Sallehuddin, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Permaisuri Bainun, di sini berjaya membuktikan dia sebaris dengan 68 pelajar cemerlang lain di sekolahnya yang memperolehi keputusan 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam.

“Saya mempunyai lima rekod disiplin di sekolah, malah pernah dihukum termasuk digantung sekolah selain dicop oleh guru sekolah sebagai pelajar nakal. 

“Bagaimanapun, saya bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh bagi menyahut cabaran itu kerana tidak mahu sijil berhenti sekolah saya ‘cacat’ disebabkan rekod disiplin itu,” katanya yang juga anak yatim selepas kematian ibunya, Siti Hasni Mohd Yassin, 31, akibat barah beberapa tahun lalu.

Sementara itu, rakan sekolahnya, Muhammad Amir Izzat Razali, 15, yang turut memperolehi keputusan 8A menyifatkan kejayaan diperolehinya itu berbaloi.

“Saya bertekad belajar bersungguh-sungguh kerana menyedari kesusahan kedua ibu bapa mencari rezeki,” katanya. - myMetro

Thursday, October 13, 2011

‘Kuliah’ seks empat gadis


‘Kuliah’ seks empat gadis
KUALA LUMPUR: Empat gadis bakal bergelar jururawat yang ponteng kuliah di sebuah kolej swasta di Klang, Selangor, sejak beberapa hari lalu, ditahan selepas didapati ‘berpesta seks’ bersama pasangan masing-masing di sebuah bilik asrama kolej berkenaan, malam kelmarin.

Dalam serbuan dilakukan pengurusan kolej berkenaan jam 7 malam, dua daripada pelajar perempuan terbabit dilaporkan dicekup dalam keadaan separuh bogel dan dua lagi berpakaian lengkap, manakala empat lelaki berusia awal 20-an bersembunyi dalam tandas asrama kolej.

Difahamkan, biarpun menyedari pemeriksaan mengejut dilakukan pihak pengurusan kolej, keempat-empat lelaki terbabit gagal menyelinap keluar menyebabkan mereka bersembunyi di dalam tandas bagi mengelakkan dicekup, namun gagal.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, pihak pengurusan kolej menerima banyak aduan salah laku keempat-empat gadis terbabit daripada pelajar lain dan pensyarah sejak seminggu lalu.

“Antara salah laku yang dilaporkan ialah tidak hadir kelas dan sering membawa lelaki masuk ke asrama sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pelajar lain.

“Rentetan daripada aduan berkenaan, satu pemeriksaan mengejut dilakukan pihak kolej selepas dimaklumkan terdapat empat lelaki dipercayai kekasih kepada keempat-empat pelajar terbabit menyelinap masuk ke asrama kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin),” katanya.

Menurut sumber, pemeriksaan yang dilakukan empat kakitangan terdiri daripada pihak pengurusan kolej yang diiringi anggota polis itu membuahkan hasil apabila keempat-empat lelaki terbabit ditahan ketika bersembunyi di dalam tandas asrama berkenaan. - myMetro

Friday, October 7, 2011

Rela tolak pinangan


TELUK INTAN: Seorang gadis sanggup melupakan hasratnya menaiki jenjang pelamin sebaliknya mengorbankan diri bagi menjaga ibu bapanya yang lumpuh.

Nor Azrin Mahmud, 24, yang sebelum ini bekerja sebagai jurujual, menolak pinangan kekasihnya untuk memberi sepenuh perhatian kepada bapanya, Mahmud Bachik, 68, dan ibunya, Sangirah Salijam, 62.

“Buat masa ini saya langsung tidak memikirkan soal perkahwinan ataupun masa depan saya. Apa yang penting ialah memberi perhatian sepenuhnya kepada ibu bapa saya yang terlantar.

“Saya rela berkorban apa saja demi menjaga mereka berdua sehingga ke akhir hayat sebagai balasan ke atas pengorbanan dilakukan mereka sejak saya kecil sehingga dewasa,” katanya.

Nor Azrin, anak bongsu daripada sembilan beradik ketika ditemui di rumahnya di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Padang Tembak, di sini, berkata, buat masa ini dia bersama seorang lagi kakaknya, Wahidah Mahmud, 26, bergilir-gilir menjaga ibu bapa mereka.

“Kedua-dua mereka memerlukan penjagaan rapi dan berterusan. Saya bersemangat tinggi untuk melakukan semua ini kerana saya amat menyayangi mereka,” katanya.

Dia berkata, adik-beradiknya yang lain sudah berumah tangga dan mempunyai bebanan masing-masing namun mereka tetap menziarahi orang tua selain bertanya khabar.

“Saya tidak mahu mereka terlalu memikirkan masalah ini (kesihatan ibu bapa) kerana saya sanggup berkorban. Begitupun, semua adik-beradik yang lain amat menyayangi ayah dan ibu, namun saya berazam menjaga orang tua kami,” katanya.

Azrin berkata, bapanya, seorang bekas pemandu teksi di bandar ini, jatuh sakit sehingga lumpuh seluruh badan sejak Januari lalu.

Berikutan itu, dia perlu memberi sepenuh perhatian terhadap penjagaan kesihatan bapanya termasuk membersihkan badannya selain menyuapkan makanan serta minuman.

Keadaan tambah mendukacitakan apabila ibunya pula terlantar di Hospital Teluk Intan (HTI) akibat kencing manis sehingga terpaksa dipotong kaki kiri, minggu lalu.

“Akibatnya kedua-dua orang tua saya kini hanya terbaring di rumah dan tidak mampu lagi bergerak bebas,” katanya.

Menurutnya, urusan menjaga orang tuanya itu tambah sulit apabila dia mengalami masalah kewangan untuk membeli lampin pakai buang, kos perubatan termasuk mencuci luka serta susu khas untuk orang tuanya.

“Saya sangat mengharapkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringankan beban ditanggung keluarga,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pegawai JKM Hilir Perak, S Selvaratnam ketika dihubungi berkata, kesempitan hidup keluarga Mahmud sudah dimaklumkan kepada pihaknya. - myMetro

Tuesday, September 20, 2011

Belasah ibu tak tahan dileter


AMPANG: Hanya kerana menasihati anak lelakinya yang sering menghabiskan masa di kafe siber, seorang ibu cedera dipukul dengan kayu, kelmarin.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang berusia 40 tahun bersama suaminya berada di dalam rumah mereka di Pandan Mewah, di sini, sebelum anak mereka pulang.

“Remaja berusia 16 tahun itu mengadu kurang sihat sebelum dinasihati mangsa supaya tidak menghabiskan masa di kafe siber.

“Berang mendengar ‘leteran’ si ibu, remaja terbabit naik angin lalu memaki hamun dan memukul ibunya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang marah dengan tindakan anak lelakinya itu mengambil kayu untuk mempertahankan diri dan memarahi anaknya supaya tidak bertindak sedemikian.

Bagaimanapun, anak mangsa yang dipercayai tidak berpuas hati bertindak lebih kejam apabila mengambil kayu berkenaan dan memukul mangsa.

Malah, remaja terbabit turut menendang mangsa menyebabkan dia terjatuh sebelum remaja itu melarikan diri.

Difahamkan, suami mangsa cuba meleraikan pergaduhan itu, namun tidak berhasil.

Menurutnya, mangsa dibawa suaminya untuk rawatan di hospital berhampiran sebelum ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan kejadian itu. - myMetro

Friday, September 9, 2011

Natasya janji ubah penampilan


Tabri Rashid Abu Hassan (Natasya Farisya)

KANGAR: “Natasya Farisya sudah dipanggil untuk diberi kaunseling dan dia memberi jaminan akan mengubah penampilan termasuk memotong pendek rambutnya,” kata Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips), Abdul Malik Hussin.Menurut Abdul Malik, beberapa pegawai Jaips sudah mengadakan pertemuan dengan Natasya, 28, lelaki berperwatakan wanita itu yang menjadi teman istimewa mangsa simbahan asid, Mohd Hafizuddin Johari, 20, apabila memanggilnya untuk diberi kaunseling, semalam.

Menurutnya, pertemuan terbabit diadakan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis di sini, hampir satu jam dan pihaknya mengambil pendekatan dakwah dengan memberi khidmat kaunseling kepadanya supaya kembali ke pangkal jalan.

“Kami tidak mengambil tindakan terburu-buru menahannya kerana pendekatan itu memerlukan bukti ketika ditahan. Bagaimanapun, dalam pertemuan terbabit dia sudah berjanji untuk mengubah corak kehidupannya.

“Kami akan memantau penampilannya selepas ini dan usaha berdakwah ini akan dilakukan berterusan."

Mengulas lanjut, Abdul Malik berkata, Natasya atau nama sebenarnya, Tabri Rashid Abu Hassan sebelum ini pernah dua kali ditahan anggota penguat kuasa Jaips iaitu pada 1997 dan 2010 lalu.

“Kami tidak boleh terburu-buru menahan kerana subjek (Natasya Farisya) kini dalam keadaan tertekan dan menyatakan hasrat untuk membunuh diri,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Natasya yang juga bekas model sambilan dari Taman Sri Bakau di sini, ditahan selepas dikesan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis 1991 kerana berpakaian seperti wanita pada 2007.

Selain ditahan, kediaman Natasya pernah diserbu Jaips pada 2010 lalu, namun tindakan undang-undang mengikut peruntukan enakmen terbabit tidak dapat diambil kerana sebab tertentu.

Beliau berkata, selepas ditahan pada 2007 lalu, Natasya yang diberikan kaunseling dan nasihat oleh kaunselor Jaips memang berada dalam pemerhatian kerana dia sebelum ini pernah berjanji untuk berubah.

Katanya, pihaknya memandang serius penularan aktiviti pondan terutama membabitkan lelaki yang berperwatakan wanita di Perlis, namun tindakan mengikut Seksyen 7 enakmen sama bukan mudah untuk diambil.

Seksyen 7 memperuntukkan mana-mana lelaki yang berlagak seperti perempuan (tasyabbuh) di mana-mana tempat awam adalah bersalah dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Harian Metro semalam, melaporkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim mahu Jaips bertindak segera menahan Natasya sekali gus menghukumnya mengikut peruntukan undang-undang sewajarnya.

Abdul Malik berkata, walaupun Seksyen 7 tidak dapat diaplikasikan, namun pihaknya masih ambil tindakan terutama kaunseling dan pemantauan termasuk mahu memberinya peluang untuk berubah ke pangkal jalan.

Menurutnya, jika kesalahan itu dilakukannya di khalayak ramai atau ditahan ketika sedang menggoda lelaki atau bersekedudukan yang boleh menimbulkan syak, maka tindakan juga boleh diambil selepas mempunyai bukti.

Sementara itu, Harian Metro cuba menghubungi Natasya bagi mendapatkan maklum balas, namun panggilan tidak berjawab. - myMetro

Buang bapa, kebas wang


MALANG...Wahid (tengah)  ditemani Alias (kiri) dan Jamil sebelum dihantar ke pusat perlindungan sementara, semalam.
MALANG...Wahid (tengah) ditemani Alias (kiri) dan Jamil sebelum dihantar ke pusat perlindungan sementara, semalam.
LABUAN: Pilu hati seorang bapa berusia 71 tahun apabila kerinduan dipendamnya untuk bertemu anak berakhir dengan insiden tidak dijangka apabila dia dihantar ‘orang suruhan’ anaknya itu ke tepi sebuah masjid hanya beberapa jam melepaskan kepenatan di rumah orang kesayangan itu, semalam.

Lebih menyedihkan Wahid Hussin yang tinggal bersendirian di Kuala Penyu dekat sini, sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 60 kilometer (km) menaiki bot dan pengangkutan awam lain sebaik keluar dari Hospital Kuala Penyu, semata-mata mahu meraikan Aidilfitri bersama anak lelaki berusia 40-an, di sebuah kampung di sini.

Warga emas yang kematian isteri lebih 12 tahun lalu itu bukan saja ‘dibuang’ berhampiran Masjid Jamek An-Nur, malah wang tunai dimiliki termasuk yang disumbang orang ramai ketika dirawat di hospital turut dikebas anak derhaka terbabit.

Warga emas itu bernasib baik apabila ditemui dalam keadaan lemah oleh pekerja masjid di tepi pokok bunga berhampiran masjid sebelum dibawa ke pekarangan rumah ibadat itu untuk diberi bantuan sebelum diserahkan kepada pengurusan untuk tindakan selanjutnya.

Masih berbaju pesakit hospital, Wahid yang ditemui Harian Metro di pekarangan Masjid Jamek An-Nur di sini, tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan perbuatan anak kandungnya itu. - myMetro

Tuesday, July 19, 2011

Remaja bercumbu awal pagi

PASANGAN berasmara di Taman Esplanade Tanjung Api menjelang awal pagi.
PASANGAN berasmara di Taman Esplanade Tanjung Api menjelang awal pagi.
KUANTAN: Taman Esplanade Tanjung Api, di sini, yang baru dibuka beberapa bulan lalu kini dicemari dengan kehadiran pasangan remaja menjadikan beberapa kawasan terlindung di taman rekreasi itu untuk melakukan maksiat menjelang awal pagi walaupun taman berkenaan berhampiran masjid.

Malah, lebih memalukan apabila ada segelintir mereka dikatakan sanggup melakukan maksiat di kawasan berbatu dan tiang konkrit di jeti terapung kawasan masjid berhampiran taman berkenaan atau menceroboh bot nelayan di sekitar taman rekreasi itu.

Seorang nelayan yang hanya ingin dikenali sebagai Li, berkata ramai nelayan di kawasan itu terserempak dengan pasangan remaja yang sedang bercumbu terutama ketika awal pagi antara jam 2 pagi hingga jam 5 pagi. 

"Selalunya pada waktu berkenaan, keadaan taman rekreasi itu agak lengang dan tidak ramai pengunjung kecuali kaki pancing dan pasangan berkenaan memilih lokasi yang gelap dan terlindung untuk berpelukan dan bercumbuan dengan pasangan masing-masing. 

"Antara lokasi yang menjadi pilihan mereka adalah di sebalik tiang konkrit di jeti terapung serta kawasan batu di hujung taman ini yang terletak berhampiran masjid," katanya. 

Namun, katanya, ada juga pasangan yang terdesak dan melakukan aksi tidak senonoh itu di tempat lebih mudah dilihat iaitu dengan duduk bersandar di antara lantai konkrit dan batu pemecah ombak kerana sudut berkenaan juga terlindung dan gelap. 

"Ada individu pernah menemui kondom dalam tandas masjid sehingga pihak pengurusan masjid terpaksa mengunci pagar selepas lewat malam bagi mengelak kejadian seumpama itu berulang.

"Segelintir nelayan di sini juga mengadu pernah melihat pasangan remaja terbabit keluar daripada botnya di jeti berkenaan pada awal pagi dan tergesa-gesa meninggalkan kawasan itu selepas menyedari kehadiran kami," katanya.

Seorang lagi nelayan yang enggan namanya disiarkan, mendakwa lokasi itu menjadi pilihan segelintir pasangan remaja melakukan maksiat sejak taman rekreasi itu dalam pembinaan lagi dan kebanyakan mereka dipercayai orang luar.

"Kami tidak berani menegur tindakan mereka itu kerana bimbang golongan berkenaan akan membuat khianat terhadap peralatan menangkap ikan atau bot yang ditinggalkan di kawasan jeti memandangkan sebahagian mereka datang secara berkumpulan sebelum berpecah dengan pasangan masing-masing. 

"Tambahan pula kebanyakan nelayan di sini juga bukan orang tempatan,” katanya yang berasal dari Kelantan. Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa segera menangani perkara itu bagi mengelak taman rekreasi itu terus menjadi tumpuan maksiat.  - BHOnline

Saturday, July 16, 2011

Datuk termuda di Britain

(DARI KIRI) Kelly, Davies, Tia dan Jordan Williams.
(DARI KIRI) Kelly, Davies, Tia dan Jordan Williams.

LONDON: SEORANG lelaki menjadi datuk paling muda di Britain pada usia 29 tahun selepas anak perempuannya melahirkan anak ketika berusia 14 tahun.

Shem Davies juga berusia 14 tahun ketika pertama kali dia menjadi bapa. Kini anak perempuannya yang masih bersekolah, Tia melahirkan bayi perempuan seminggu sebelum hari lahirnya yang ke-15.

Davies yang tidak bekerja - dan berpisah dengan ibu Tia iaitu Kelly tiga bulan selepas Tia dilahirkan - berkata dia sangat gembira dengan kelahiran cucunya.

Ava Grace diletakkan dalam inkubator selepas dilahirkan sepuluh minggu lebih awal - dengan berat kurang daripada 0.9 kilogram. Namun, keluarga itu berkata Ava ‘baik-baik saja’ di unit rawatan khas bayi di mana dia dirawat di Bridgend, Wales Selatan.

Davies berkata dia terkejut apabila Tia memberitahunya dia hamil hasil hubungan dengan teman lelakinya, Jordan Williams, 15.

Datuk - yang mempunyai anak lelaki berusia sembilan bulan dengan teman wanita barunya, Robyn Thomas berkata: “Pada satu minit Tia hanya bayi dan minit berikutnya dia hamil.“Saya boleh mengherdiknya tetapi apa gunanya?

“Saya tahu betapa sukarnya keadaan selepas ini kepada mereka kerana saya pernah melalui pengalaman sama pada usia itu.

“Saya tidak dapat menguruskan hal dengan baik ketika menjadi bapa ketika berusia 14 tahun.

“Saya tidak dapat menyesuaikan diri dengan situasi itu dan saya melarikan diri.“

Ibu Tia, pekerja kafeteria, Kelly, 30, berkata: “Mimpi ngeri saya ialah Tia akan mengulang kesilapan saya dan hamil pada usia muda.

“Saya selalu membebel kepadanya mengenai pencegahan kehamilan.”

Davies dan Kelly yang berasal dari Bridgend, masing-masing menyokong Tia ketika dia menjaga Ava - generasi keenam keluarga itu.

Seorang rakan keluarga itu berkata: “Ia sukar buat Tia kerana apa yang dia inginkan ialah memeluk bayinya seperti ibu baru yang lain. Tetapi Ava perlu berada dalam inkubator.”

Davies memberitahu temannya, dia belum lagi membasahkan kepala bayi itu sambil menambah: “Ia masih awal. Tunggu hingga dia keluar dari unit rawatan khas.” - myMetro

Wednesday, July 6, 2011

Kajol lantik peguam


KOTA BHARU: Penyanyi dikir barat moden yang terkenal di Kelantan, Mohd Hafiz Jeffri, 25, atau lebih dikenali sebagai ‘Kajol’ sudah melantik peguam bela bagi mewakilinya dalam kes rayuan berhubung sabitan hukuman penjara lima bulan dijatuhkan Mahkamah Rendah Syariah, Tanah Merah, pada 21 Jun lalu.

Berhubung kes rayuan terbabit, Kajol yang turut dijatuhkan hukuman denda RM1,000 oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, Aris Fadhilah Sulaiman, pada prosiding lalu, melantik peguam bela Mohd Zaki Zainal Abidin untuk mewakilinya.

Proses pelantikan peguam terbabit dilakukan Kajol pada 21 Jun lalu, namun prosiding rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah belum ditentukan lagi sehingga rekod rayuan diserahkan Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah ke mahkamah berkenaan.

Mengulas mengenai pelantikan terbabit, Mohd Zaki berkata, dia tidak dapat menentukan tarikh sebenar prosiding berkenaan, meskipun sudah dilantik mewakili tertuduh.

“Selaku peguam bela yang dilantik pada 21 Jun lalu, saya diarahkan anak guam supaya mewakilinya dalam prosiding rayuan bersabit jatuh hukuman penjara lima bulan dijatuhkan Hakim Syarie Aris Fadhilah Sulaiman ke atas Kajol.

“Tindakan mengemukakan rayuan dilakukan anak guam ketika prosiding jatuh hukuman dikenakan ke atasnya, namun tidak membabitkan denda, tetapi hanya bersangkut hukuman penjara lima bulan,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Syariah, Balai Islam Lundang, dekat sini, semalam.

Katanya, dalam prosiding lalu, anak guamnya dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda selepas mengaku salah terhadap pertuduhan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai di tapak ekspo, 15 April lalu.

“Sebelum ini, tertuduh mengemukakan permohonan mengenepikan sementara hukuman penjara lima bulan sebelum kes berkenaan didengar pada peringkat rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah dan dalam proses penetapan tarikh,” katanya. - myMetro


Saturday, June 18, 2011

Karikatur: Kerajaan Kelantan larang Utusan buat liputan


KOTA BAHARU 18 Jun – Kerajaan Pas Kelantan hari ini melarang akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan acara yang melibatkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta-merta.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadzli Shaari, berkata keputusan itu dibuat berikutan penyiaran karikatur yang disifatkan menghina agama Islam berhubung isu rogol dan zina, yang disiarkan dalam akhbar berkenaan.

Katanya, surat rasmi oleh Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Urusetia DUN akan dikeluarkan dalam masa terdekat mengenai perkara itu.

"Tindakan itu akan berterusan sehinggalah pihak akhbar berkenaan memohon maaf secara rasmi atau menarik balik penyiaran karikatur berhubung isu itu,” katanya ketika dihubungiBernama.

Semalam, Pas melancarkan kempen ”Boikot Utusan Malaysia” kerana mendakwa akhbar itu menghina agama Islam menerusi karikatur yang disiarkan pada Rabu lepas. - Bernama

Monday, June 13, 2011

Pasangan cemar tasik


TAK SENONOH...aksi dua pasangan di Taman Tasik Shah Alam.

SHAH ALAM: Keindahan taman tasik berhadapan Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di sini, dicemari gelagat beberapa pasangan kekasih yang tanpa segan silu melakukan aksi manja di tempat awam.

Pasangan yang asyik bercinta itu berpelukan dan berciuman di kerusi rehat yang disediakan untuk orang awam. Telatah merpati dua sejoli terbabit diperhatikan orang awam di kawasan itu, tetapi ia tidak diendahkan pasangan terbabit.

Menurut pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mah, 37, dia terkejut melihat telatah mereka kerana ia tidak boleh diterima masyarakat Melayu yang kaya nilai budaya timur.

“Walaupun jika mereka sah sebagai suami isteri sekalipun, ia tidak bermaksud mereka sewenang-wenangnya boleh melakukan aksi tidak senonoh di tempat awam,” katanya ketika ditemui di sini.

Status pasangan terbabit sama ada berkahwin mahupun bujang tidak diketahui. Namun, rata-rata pengunjung menggeleng kepala melihat aksi mereka. - myMetro

Saturday, June 11, 2011

Pasangan tua laku seks depan orang ramai dijel


Outrage: Lita Dawson and Nicholas Harrison, both 51, were caught having sex on Seaford Beach in front of families
Pantai Seaford, Sussex Timur
SUSSEX: Sepasang kekasih dipenjara tiga bulan selepas didapati bersalah mengadakan seks di pantai di depan puluhan keluarga.

Lita Dawson dan teman lelakinya, Nicholas Harrison, kedua-duanya berusia 51 tahun dilihat berbaring atas satu sama lain di Pantai Seaford, Sussex Timur.

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun dikatakan memberitahu ibunya yang terkejut: “Ibu, perempuan itu melakukan senaman tekan tubi ke atas lelaki itu.” 

Majistret di Eastbourne diberitahu, pasangan itu minum arak sebelum kedua-duanya menanggalkan pakaian masing-masing.Pendakwa raya, Heather Salvage berkata: “Perbuatan mereka boleh dilihat orang ramai di sekeliling tetapi mereka tidak peduli.

“Seorang ibu yang berkelah bersama anaknya berusia lima tahun menyedari pasangan itu mengadakan seks cuba melindungi mata anaknya. Wanita itu begitu marah.” Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah. - Agensi

Tuesday, June 7, 2011

Teguk ketum dalam kem


SUNGAI PETANI: Empat pelatih Pusat Latihan Kidmat Negara (PLKN) di negeri ini dipercayai meneguk air daun ketum dalam pusat berkenaan terkejut apabila perbuatan mereka disedari jurulatih pusat berkenaan, semalam.

Empat pelatih berusia belasan tahun terbabit adalah antara lebih 200 peserta yang melaporkan diri bagi menjalani latihan tiga bulan di pusat itu, sejak awal bulan ini. Menurut sumber, empat pelatih terbabit ditahan di dalam bilik simpanan barang pelatih kira-kira jam 8 pagi ketika jurulatih itu melakukan pemeriksaan mengejut selepas mendapati mereka lewat menghadiri perbarisan di padang kawad.

“Pelatih terbabit ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kota Kuala Muda sebelum dihantar ke Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk menjalani ujian air kencing dan seorang daripada mereka didapati positif.

“Pelatih terbabit kemudian diserah kepada polis untuk tindakan susulan, manakala tiga lagi rakannya dibenarkan pulang ke pusat latihan berkenaan,” katanya. - myMetro

Friday, April 8, 2011

Pukul cikgu


KANGAR: Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan, di sini, bertindak kurang ajar apabila menumbuk muka seorang guru perempuan sehingga mangsa patah hidung, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, guru berkenaan dipercayai baru saja selesai mengajar subjek Sejarah sebelum keluar menuju ke bilik guru. 

Difahamkan, suspek berang selepas guru terbabit Mariati Mat Ail, 37, ingin membawanya ke bilik guru disiplin selepas suspek didapati bergaduh di koridor sekolah itu. 

Jurucakap Jabatan Pelajaran Negeri Perlis (JPNPs) berkata, mangsa terserempak dengan satu pergaduhan di mana suspek sedang membelasah seorang pelajar tingkatan satu di kaki lima sekolah itu sebelum cuba menyuraikannya.

“Mangsa menarik suspek yang pernah dibuang sekolah untuk dibawa ke bilik guru disiplin kerana membelasah pelajar berkenaan.

“Suspek yang enggan dibawa ke bilik itu tiba-tiba melepaskan satu tumbukan kuat tepat ke muka guru itu yang mengenai hidung mangsa,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, semalam. 

Katanya, hidung mangsa patah akibat tumbukan berkenaan menyebabkan mangsa pening sebelum terjatuh. “Sambil menekup hidungya dengan kain, mangsa mengagahkan dirinya untuk bangun dan pergi meminta bantuan daripada rakannya yang berada di bilik guru sekolah itu. 

“Suspek yang menumbuk mangsa kemudian melarikan diri sebelum mangsa pergi mendapatkan rawatan kecemasan di HTF dan membuat laporan polis kira-kira jam 4 petang, semalam,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros ketika dihubungi berkata, suspek berusia 14 tahun ditahan kira-kira jam 5 petang semalam sebaik saja menerima laporan mangsa. 

Katanya, suspek sebelum itu membelasah seorang pelajar tingkatan satu sekolah berkenaan kerana tidak berpuas hati masalah peribadi sebelum disuraikan mangsa. 

“Mangsa cuba menyelamatkan pelajar tingkatan satu terbabit sebelum dia ditumbuk suspek di muka. 

“Polis memandang serius perkara ini kerana membabitkan kawasan sekolah dan akan menyiasat punca kejadian,” katanya. Menurutnya, polis menerima dua laporan kejadian itu, daripada guru terbabit dan pelajar tingkatan satu yang dibelasah suspek. - myMetro

Monday, March 7, 2011

Buat baik dapat sakit


KANGAR: Sekumpulan 10 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Safi di sini, dikatakan bertindak ala gengster apabila dengan selamba menarik keluar seorang pelajar lelaki tingkatan tiga sekolah berkenaan dari kelas sebelum membelasahnya walaupun ketika itu guru sedang mengajar.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi Jumaat lalu, Muhamad Shahfaly Anoar, 15, mendakwa terkehel bahu kiri dan patah lengan kiri serta cedera di kening kiri akibat dibelasah teruk tiga daripada 10 pelajar tingkatan tiga, empat dan lima itu.

Difahamkan, sebaik menarik keluar Muhamad Shahfaly dari kelasnya di tingkat satu, dia dibawa ke tingkat bawah bangunan sekolah sebelum dibelasah.

Muhamad Shahfaly berkata, seorang daripada pelajar terbabit memasuki kelasnya di tingkat satu ketika guru sedang mengajar lalu mengheretnya keluar dengan memegang tengkuk dan dibawa turun ke tingkat bawah.

“Di sana, saya lihat tidak kurang 10 pelajar sedang menunggu dan tiga daripada mereka, termasuk suspek yang memasuki kelas, memukul hingga pitam. Bagaimanapun, mereka melarikan diri selepas mendengar jeritan seorang guru yang kebetulan melalui kawasan itu.

“Beberapa pelajar lain kemudian memapah saya masuk ke kelas dalam keadaan lemah dan tidak bermaya. Bagaimanapun, guru lelaki yang sedang mengajar subjek Kemahiran Hidup ketika itu tidak menanyakan keadaan saya.

“Guru yang menyuraikan kejadian itu juga langsung tidak menjenguk saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Simpang Empat di sini, semalam.

Muhamad Shahfaly yang juga ketua kelas tidak menolak kemungkinan serangan itu bermotif dendam kerana dia pernah mencatatkan kesalahan dilakukan pelajar terbabit yang sering tidak memasuki kelas ketika sesi pembelajaran. Bapa mangsa, Anoar Ahmad, 38, berkata, dia terkejut apabila melihat Muhamad Shahfaly dipapah beberapa rakannya keluar dari perkarangan sekolah ketika datang menjemputnya kira-kira jam 12.15 tengah hari, Jumaat lalu.

“Saya geram apabila melihat kesan tapak kasut di belakang baju anak sulung saya itu dipercayai akibat ditendang pelajar yang membelasahnya. Lebih memilukan, semua guru seperti tidak peduli kejadian anak saya dibelasah dan seolah-olah terkejut apabila dimaklumkan perkara itu,” katanya.

Anoar mendakwa guru sekolah berkenaan gagal memberi rawatan kecemasan kepada anaknya walaupun dia dipaksa keluar oleh suspek dari dalam kelas ketika guru sedang mengajar. “Saya membawa Muhamad Shahfaly ke Hospital Tunku Fauziah (HTF) di sini, untuk rawatan dan doktor mengesahkan tulang bahunya terkehel, lengan kiri patah serta terpaksa menerima jahitan di kening kiri,” katanya.

Berikutan itu, dia membuat laporan di Balai Polis Simpang Empat di sini, kira-kira jam 7.30 malam Jumaat lalu. Menurutnya, Muhammad Shahfaly diberi cuti sakit 11 hari dan dibenarkan keluar dari HTF petang kelmarin, dan kemungkinan besar akan dipindahkan ke sekolah lain demi keselamatan serta mengelak terus dipukul.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Abdul Rahman Mohd Noordin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Beliau berkata, polis sudah menahan empat pelajar sekolah berkenaan di rumah masing-masing, malam kelmarin.

“Keempat-empat pelajar lelaki berusia 14 dan 15 tahun ditahan selepas polis menerima laporan daripada bapa mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatang kecederaan parah terhadap mangsa,” katanya. Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan empat pelajar ditahan di Balai Polis Kangar untuk menunggu perintah reman.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pelajaran Perlis (JPP) ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian itu selain menyerahkannya kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan, dua pegawai JPP sudah melawat Muhamad Shahfaly di HTF dan akan berjumpa dengan pemangku pengetua SMK Syed Safi hari ini berhubung kejadian itu. Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat tidak dapat dihubungi kerana menghadiri mesyuarat di luar negeri ini. - myMetro

Saturday, January 1, 2011

Teguk arak depan penguat kuasa

SOAL...pegawai Jais menyoal siasat seorang pengunjung Islam dalam serbuan, semalam.

SUBANG JAYA: Puluhan pengunjung beragama Islam yang leka berpesta ‘ladies night’ sambil meneguk arak di sebuah pusat hiburan terkemuka, di sini, tergamam dan tidak sempat menyembunyikan botol arak apabila diserbu penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), awal pagi semalam.
Ketika serbuan, terdapat pengunjung yang seolah-olah tidak peduli kehadiran pihak berkuasa, malah menghabiskan sisa minuman keras di hadapan mereka.

Operasi bersepadu yang bermula kira-kira jam 12 tengah malam itu diketuai Pengarah Penguat Kuasa MPSJ, Mohd Zulkarnain Che Ali dan disertai 77 anggota dan pegawai MPSJ, 14 pegawai Jais dan 18 penguat kuasa AADK.
Seramai sembilan lelaki dan dua wanita Islam ditahan kerana minum arak di khalayak ramai manakala 61 pengunjung diberi surat arahan untuk hadir di pejabat Jais bagi sesi kaunseling.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Md Ikhsan, berkata operasi bagi membanteras kegiatan pusat hiburan yang melanggar syarat lesen serta menjadi tumpuan pengunjung Islam meneguk arak.

“Dalam operasi ini sebuah pusat hiburan yang diperiksa membenarkan gadis bawah umur untuk memasukinya dan kami akan ambil tindakan kerana melanggar syarat lesen,” katanya ketika ditemui, kelmarin.
Menurutnya, pusat hiburan terbabit diberi amaran supaya tidak membenarkan pengunjung bawah umur berada di situ. - myMetro

Saturday, December 25, 2010

Dua beradik peluk kekasih

KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.

Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.
Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.

Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.“Kes itu diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi pertuduhan,” katanya.

Saturday, December 4, 2010

Suami terpana belaian mak nyah

KUALA LUMPUR: “Saya tak kisah dan sanggup bermadu jika dia (suami) ada hubungan gelap dengan wanita lain, tapi bukan dengan manusia dua alam atau mak nyah. Sebagai wanita tulen, saya rasa terhina seolah-olah tidak berupaya melayan suami,” kata seorang wanita.

Ibu tiga cahaya mata berusia lima hingga 12 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Lin berkata, hatinya kini luluh lebih-lebih lagi mengetahui suami dikahwini sejak hampir 15 tahun lalu bersikap dingin terhadapnya kerana mempunyai hubungan sulit dengan mak nyah popular berasal dari Indonesia yang terkenal dengan jolokan ‘bencong’. 

Hubungan terlarang itu terbongkar selepas dia menemui ratusan SMS mengandungi madah cinta dihantar bencong terbabit kepada suaminya sejak lebih tiga bulan lalu.

Menurutnya, pendedahan ini bukan bertujuan memalukan suaminya, sebalik mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mak nyah warga asing yang mengambil kesempatan menggoda lelaki warga tempatan.Lin berkata, suaminya yang bekerja sendiri mula berkelakuan pelik sejak tiga bulan lalu apabila kerap keluar malam dengan alasan mahu berjumpa rakan atau menguruskan perniagaan.

“Mulanya saya tidak curiga kerana kami sudah lama berkahwin, namun perangainya mula berubah apabila dia semakin jarang untuk ‘bersama’ saya.

“Malah, ada kalanya dia lebih selesa tidur di ruang tamu dan jarang berbual dengan saya dan anak-anak. Bila ditanya dia memberi alasan kepenatan, sakit badan dan macam-macam lagi.

“Sejak itu saya mula mengesyaki sesuatu tidak kena dengannya, apatah lagi dia kerap kali menyembunyikan dua telefon bimbitnya daripada saya setiap kali ia berbunyi,” katanya.

Lin berkata, segala-galanya terbongkar apabila dia mendapatkan nombor telefon bimbit yang sering menghubungi suaminya dengan melakukan semakan pada bil diterima.

“Saya menghubungi satu nombor yang kerap tertera dalam bil berkenaan sebelum ia dijawab suara seakan-akan wanita. Apabila diajukan soalan, ‘wanita’ bersuara sedikit garau itu memperkenalkan diri sebagai Yuni. Namun, apabila ditanya lebih lanjut, dia yang bercakap dengan loghat Indonesia mematikan telefon.

“Saya yang masih tak berpuas hati menghantar SMS bertanyakan identiti dan hubungannya dengan suami saya, namun tidak dijawab. Berikutan itu, saya minta bantuan adik menyiasat dan mengekori suami setiap kali dia keluar rumah,” katanya.

Menurutnya, persoalan itu terjawab apabila adiknya mengintip pertemuan sulit suaminya dengan seorang pondan jelita yang berpeleseran di Lorong Haji Taib 2, di sini.

“Hasil maklumat mendapati lelaki lembut berusia 20-an itu warga Indonesia yang menjaja tubuh di kawasan berkenaan hampir setiap malam.

“Saya diberitahu, suami menghabiskan masa dengan minum dan berhibur dengan pondan terbabit di pusat dangdut berhampiran sebelum berasmara di bilik sewa pondan itu,” katanya.

Menurutnya, dia yang menjejaki pondan terbabit akhirnya mendapat maklumat lelaki lembut itu menjaja tubuh di kaki lima kawasan terbabit dengan bayaran RM50 sekali perkhidmatan.

“Saya tak dapat bayangkan apa yang ditawarkan pondan itu kepada suami saya, namun yakin ia menyebabkan suami saya ketagih. Saya dilayan seolah-olah tidak wujud padahal saya juga inginkan perhatiannya.

“Jika ikutkan hati mahu saja saya mengupah orang memukul pondan terbabit, namun bimbang ia akan lebih mengeruhkan rumah tangga kami. Apa yang saya tahu pondan warga asing hanya berminat pada wang dan bukan cinta,” katanya.  myMetro

Saturday, November 20, 2010

Enam tahun derita batin

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan wanita menderita nafkah batin dan mendakwa masih dara walaupun sudah bernikah enam tahun lalu gara-gara tersalah pilih suami yang hanya bernafsu kepada kaum sejenis.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Citra, 35, berkata rahsia suaminya itu dirungkaikannya selepas memasang alat perakam di dalam kereta, selain penemuan gambar, maklumat dalam diari serta pendedahan rakan karib lelaki terbabit.

“Hakikat itu amat mengecewakan saya menyebabkan saya terpaksa minta cerai,” katanya sambil memaklumkan segala urusan perceraiannya sudah selesai di pejabat agama sebuah daerah di Selangor, baru-baru ini.

Berkongsi pengalamannya dengan Harian Metro untuk dijadikan pengajaran kepada wanita lain supaya berhati-hati memilih suami, Citra berkata dia mengenali suaminya yang dinamakan M pada awal 2003 selepas diperkenalkan adik sepupunya.“Pada awal perkenalan, dia cukup sempurna apatah lagi tampil dengan ciri alim selain pandai mengambil hati ibu dan anak saudara yang saya pelihara sejak kematian ibu bapa kanak-kanak itu.

“Mungkin kerana ingin memenuhi kehendak ibu yang mahu saya berkahwin selain terpaut dengan kasih sayang ditunjukkan kepada anak saudara menyebabkan saya bersetuju berkahwin pada Disember 2003 walaupun baru mengenalinya kira-kira tiga bulan,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Citra yang memiliki beberapa rangkaian perniagaan berkata, kekurangan atau kelemahan M mula dikesannya sejak awal perkahwinan berikutan kegagalannya melayari malam pertama dengan sempurna.

“Namun, saya menganggap ia mungkin masalah biasa bagi pasangan yang baru berkahwin dan terus mencuba walaupun dia seolah-olah hilang bersemangat ketika di ranjang.

“Mungkin agak memalukan untuk diceritakan, namun suami saya langsung tidak mampu mencapai ereksi walaupun dirangsang dengan pelbagai cara,” katanya.

Menurut Citra, sejak itu, pelbagai cara dilakukannya termasuk berpakaian seksi dengan memakai baju tidur sutera selain memastikan fizikal tampil menarik bagi membangkitkan nafsu suaminya.

“Namun, semua itu sia-sia apabila suami seolah-olah sengaja menjauhkan diri. Saya bertanya apa kekurangan diri ini, namun dia tidak dapat memberikan penjelasan munasabah.

“Sebaliknya, ketika cuba mengelak daripada berasmara dia hanya memberi pelbagai alasan tidak logik seperti tak mahu ganggu saya yang keletihan, ingin menonton televisyen terlebih dahulu, mesyuarat di pejabat serta pelbagai alasan lain,” katanya.

Menurutnya, lebih mengecewakannya apabila suaminya itu memberi alasan mati pucuk akibat menghidap kencing manis.

“Tapi, saya tahu alasan itu tidak munasabah kerana kencing manis yang dihidapinya tidak serius apatah lagi usianya yang masih muda.

“Akibat terlalu ingin menimang cahaya mata, saya berusaha menjalani penyemaian benih suami dalam rahim atau IUI selain kaedah bayi tabung uji atau IVF bagi mencapai impian itu.

“Walaupun terpaksa menjalani pembedahan selain mengeluarkan belanja besar sehingga lebih RM30,000, namun kedua-dua usaha terbabit tetap gagal berikutan sperma suami saya lemah.

“Malangnya saya dipersalahkan suami dan dituduh menjadi punca kegagalan mendapatkan cahaya mata,” katanya.

Namun, kata Citra, segala persoalan yang menghantuinya terjawab apabila dia menemui gambar suaminya berpelukan dengan lelaki lain.

Katanya, bukti itu diperkukuhkan dengan penemuan diari M dan pengakuan rakannya yang memberitahu M homoseksual sejak di bangku sekolah.

“Untuk mencari bukti lebih sahih, saya memasang pita rakaman di dalam kereta dan hasilnya saya dapat mendengar rakaman perbualan mengghairahkan suami dengan rakan lelakinya,” katanya.

Akibat tidak tahan dengan penderitaan dialami, dia memutuskan untuk bercerai dengan suaminya dan M bersetuju untuk melepaskannya selepas menyedari rahsianya terbongkar.

“Saya kini lebih lega selepas lebih enam tahun menderita batin dan emosi akibat tidak disentuh dan dilayan selayaknya sebagai wanita bergelar isteri,” katanya. - myMetro

Monday, November 15, 2010

Berbasikal tunai haji

IMTIYAZ (kiri) dan Nathim bergambar bersama basikal yang mereka naiki dari Cape Town semasa tiba Mekah. - Agensi

JEDDAH 14 Nov. - Imtiyaz Ahmad Haron dan Nathim Cairncross meninggalkan Cape Town, Afrika Selatan pada Februari lalu dan tiba di Mekah untuk menunaikan haji selepas berbasikal ke kota suci ini selama sembilan bulan.

Kedua-dua mereka menempuh 12 negara dalam perjalanan sejauh beribu-ribu kilometer sebelum tiba di sempadan Arab Saudi pada penghujung bulan lalu, tiga minggu lebih awal sebelum ibadat haji bermula.

Imtiyaz, 25, dan Nathim, 28, merancang pengembaraan haji mereka ini sejak Disember tahun lalu tidak lama selepas mendapat inspirasi daripada cerita perjalanan jemaah-jemaah haji sebelum mereka.

"Jika saya bekerja keras untuk mencapai sesuatu, di penghujungnya ia adalah lebih manis dan lebih dihargai. Selepas sembilan bulan berbasikal merentasi Afrika dan Asia Barat, saya sangat menghargai pengalaman ini," kata Nathim kepada wartawan Al-Jazeera.

Perjalanan mereka bermula pada pagi 7 Februari sewaktu hari hujan dari sebuah masjid Cape Town, di mana hampir 500 orang berkumpul untuk mengadakan majlis doa selamat buat mereka.

Katanya, mereka bukan pengayuh basikal profesional, namun menjalani latihan fizikal dengan meningkatkan senaman iaitu mendaki gunung, berlari di pantai dan berenang kira-kira dua bulan sebelum bertolak.

Imtiyaz berkata, rakan-rakan mereka yang lain membantu merancang perjalanan mereka dan khidmat jabatan lalu lintas Afrika Selatan, menyelidik keperluan visa.

Doktor mendiagnosnya dan Nathim sebagai 'gila', katanya.

''Seolah-olah satu rahmat apabila menjejakkan kaki di Mekah dan tawaf mengelilingi Kaabah dengan ihram yang basah akibat hujan.'' tambahnya. - AGENSI - Utusan Malaysia


Kalau ada keinginan di situ ada kejayaan..... tahniah kerana memiliki semangat kental.....
Related Posts with Thumbnails

heratBeat