aDs

aluan

Followers

Thursday, June 30, 2011

Pub jual air sperma kuda jantan

SEORANG pelayan wanita memegang dulang yang berisi gelas mengandungi air sperma kuda jantan di pub Green Man di Wellington, New Zealand baru-baru ini.

WELLINGTON - Sebuah pub di New Zealand memperkenalkan minuman terbaharu dalam menunya iaitu air sperma kuda berperisa epal, lapor sebuah akhbar semalam.
Pub Green Man di sini menawarkan minuman itu pada harga £12 (RM58) untuk setiap hidangan 30 mililiter.
Bahan mentah minuman itu diambil dari sebuah ladang kuda di sini dengan setiap hidangan mengandungi sekitar 300 juta sperma kuda.
Pemilik bersama pub berkenaan, Steven Drummond berkata, minuman itu yang dihidangkan sejuk, popular dalam kalangan pengunjung lelaki dan wanita.
Dia mendapat idea untuk menggunakan sperma kuda semasa cuba mencipta minuman baharu dalam satu pertandingan makanan tempatan. - Agensi

Terjun hotel elak dicekup


MELAKA: Bagaikan aksi pelakon lagak ngeri apabila seorang lelaki sanggup terjun dari tingkat satu sebuah hotel bajet di Bachang, di sini, selepas menyedari diserbu penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kerana disyaki berkhalwat.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi semalam, lelaki berusia 40 tahun cuba melarikan diri dengan keluar mengikut tingkap dari bilik di tingkat dua yang disewa bersama pasangannya berusia 39 tahun.

Lelaki itu turun ke tingkat satu melalui kotak alat pemampat pendingin hawa.

Apabila tiba di tingkat satu, dia terjun ke atas sebuah lori, namun cubaannya gagal selepas dicekup anggota penguat kuasa Jaim yang sedia menunggunya di bawah. Lelaki itu bernasib baik kerana terjunannya tepat jatuh di atas lori berkenaan dan dia tidak cedera.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, lelaki antara antara tiga pasangan yang dicekup dalam pemeriksaan di tiga hotel bajet di kawasan Bachang.

Katanya, ketika pemeriksaan dilakukan anggotanya terpaksa menunggu beberapa minit sebelum pintu dibuka seorang wanita manakala lelaki berkenaan lari keluar melalui tingkap.

“Soal siasat mendapati wanita berkenaan bukan mahram dengan lelaki yang dicekup itu.“

Lelaki terbabit seorang duda, manakala wanita berkenaan masih berstatus isteri orang yang mendakwa mempunyai krisis dengan suaminya,” katanya. - myMetro

Salih Yaacob Mengaku Tiga Isterinya Terasa Hati


Salih Yaccob enggan isu isteri-isterinya dibangkitkan lagi di media. Foto - SHAHRUL FAZRY ISMAIL
PETALING JAYA: Pelawak Salih Yaacob menyedari tiga isterinya yang lain agak kurang senang apabila isteri keempatnya, Samihah Sheikh Amy (Emi), 25, yang baru dikahwini lebih menonjol berbanding mereka.
Menurut Salih, walaupun isteri pertama sehingga ketiganya iaitu Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat, 42 dan Norfara Wahida Sulaiman, 32, tidak meluahkan perasaan tersebut tetapi sebagai suami dia dapat merasai perkara itu.
"Saya sedar mereka rasa kurang selesa apabila Emi lebih menonjol. Bukan senang nak jaga hati mereka tetapi saya akan perjelaskan setiap hal yang saya lakukan di luar.
"Lagipun, bukan saya yang mahu tonjolkan Emi, pihak media yang kerap bertanyakan tentang dia, saya jawab macam biasa. Malah mereka (media) juga ada membuat temu bual dengannya," kata Salih yang ditemui selepas pelancaran program Salih Yaccob Show, I Follow di PJLA Theater, Jaya One, di sini, Rabu.
Tambah Salih, sejak bergelar isteri keempat, Emi agak terkejut kerana sering diberi perhatian dan kerana itu dia enggan mengambil gambar dengan pihak media.
Salih dan Emi
Persoalan kononnya Salih mengamalkan “pilih kasih” terhadap isterinya yang lain mula timbul apabila dia dilihat kerap membawa Emi bersamanya ke majlis-majlis hiburan termasuklah dalam program Maharaja Lawak di Johor dan Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
"Saya juga ingin menjelaskan bahawa tindakan saya membawa Emi ke majlis-majlis pelancaran atau acara yang membabitkan dengan kerja saya kerana dia kini merupakan pengurus peribadi saya. Tiada kaitan dengan isu pilih kasih seperti yang diperkatakan.
"Sebelum ini Fara yang menguruskan saya, tetapi disebabkan dia kini sibuk dengan anak, tugas itu diberikan kepada Emi.
"Saya harap kenyataan saya ini jelas dan tidak lagi timbul sebarang keraguan terhadap saya dan keluarga," jelas Salih. -   mStarOnline

Wednesday, June 29, 2011

Tertiarap depan pintu


BERSELERAK...rumah Walina (gambar kecil) berselerak diselongkar penyamun sebelum membunuhnya.
BERSELERAK...rumah Walina (gambar kecil) berselerak diselongkar penyamun sebelum membunuhnya.
KOTA SAMARAHAN: Hasrat seorang bapa mengadakan kenduri kesyukuran sempena menyambut kepulangan anak sulungnya hujung minggu ini bertukar menjadi majlis tahlil apabila dia ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian di rumahnya di Kampung Pelandok, Sadong Jaya, semalam.

Walina Halida, 67, dipercayai dirompak sebelum dibunuh dikatakan merancang majlis itu bersama dua anaknya, Mohd Ridzuan, 31, dan Siti Marwah, 30, namun hajatnya tidak kesampaian apabila mayatnya ditemui dalam keadaan mengerikan selepas dipercayai dipukul dengan objek keras, jam 2 petang.

Kejadian menyedihkan itu disedari selepas seorang pekerja yang menghantar kayu serta barang lain dipesan warga emas terbabit terkejut apabila melihat mangsa tertiarap dan berlumuran darah di lantai depan rumahnya.

Menurut Siti Marwah, dia menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan saudara terdekat yang memintanya pulang ke rumah segera.

“Ketika di pejabat, saya menerima panggilan meminta saya pulang ke rumah bapa dengan segera dan dalam perjalanan, hati saya tidak tenteram kerana menyangka ada sesuatu tidak kena sebelum cuba menghubungi tukang rumah yang bekerja di rumah bapa.

“Luluh hati apabila saya dimaklumkan bahawa bapa sudah tiada lagi. Tukang rumah terbabit memaklumkan bapa saya dibunuh. Saya terkejut kerana baru saja bertemu dengannya, Ahad lalu, malah bapa sempat bergurau dengan saya dan suami.

“Beberapa hari sebelum itu, dia tidak banyak berubah, malah berbual seperti biasa. Memang kami selalu pulang menjenguk arwah setiap hujung minggu dan sepatutnya, hujung minggu ini kami bercadang mengadakan kenduri,” katanya.

Menurut Siti Marwah, arwah bapanya tinggal bersendirian sejak beberapa tahun lalu dan hanya berkebun di sekeliling rumah berkenaan.

“Ibu kami sudah meninggal dunia kira-kira 20 tahun lalu. Saya pernah mengajak arwah menetap bersama kami di Kuching kerana risau keselamatannya memandangkan dia bersendirian di rumah.

“Namun, pelawaan kami ditolak kerana arwah lebih selesa berada di rumah itu. Memang kami selalu menjenguk dan sering bertanyakan kesihatan memandang arwah berusia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Abdul Rahman Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada ahli keluarga mangsa mengenai kejadian itu.

Beliau berkata, sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa tertiarap dan berdarah di kepala di hadapan pintu utama rumahnya.

“Mangsa dipercayai dirompak sebelum dibunuh, berdasarkan keadaan rumah berselerak ketika mayatnya ditemui. Telefon bimbit serta dompet milik mangsa tidak ditemui ketika siasatan dijalankan.
KUMPUL BUKTI...pihak polis mengumpul bukti pembunuhan di Kampung Pelandok, Sadong Jaya, semalam.
KUMPUL BUKTI...pihak polis mengumpul bukti pembunuhan di Kampung Pelandok, Sadong Jaya, semalam.
"Polis menjalankan siasatan termasuk memburu dalang di sebalik kejadian ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. - myMetro

Remaja jadi penggodam diikat jamin


RYAN CLEARY bersama ibunya keluar dari Mahkamah Mahkota Southwark Crown Court, Britain semalam.
WICKFORD - Seorang penggodam yang didakwa menggodam sistem komputer Agensi Jenayah Terancang Serius Britain (Soca) pulang ke rumahnya semalam selepas ibunya berjanji tidak akan membenarkan dia melayari Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Penggodam tersebut, Ryan Cleary, yang didakwa orang penting dalam kumpulan penggodam antarabangsa, LulzSec, bertemu semula dengan ibunya, Rita selepas dia dibenarkan ikat jamin oleh hakim sebuah mahkamah setelah tujuh hari ditahan reman polis.
Remaja berusia 19 tahun yang gemar menyendiri itu ditangkap dalam operasi bersama polis Britain dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di rumah ibunya di sini, England pada Isnin lalu kerana disyaki mensabotaj beberapa organisasi kerajaan termasuk Soca.
"Saya berasa amat lega kerana dapat membawa anak saya pulang. Sepanjang tujuh hari dia ditahan, ia merupakan hari paling panjang dalam hidup kami," kata Rita.
"Dia memberitahu saya bahawa dia mungkin gila berada dalam tahanan," tambahnya.
Cleary yang diperintahkan memakai penanda elektronik, berdepan lima dakwaan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Akta Jenayah Britain.
Kumpulan LulzSec pula dikaitkan dengan serangan siber ke atas beberapa laman web termasuk Perkhidmatan Kesihatan Britain (NHS), Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan syarikat permainan komputer Sony serta Nintendo.- Agensi

Aizat Gusar Sambutan Peminat Di Kuching


Aizat akan menjayakan Konsert Borneo Tour di Kuching pada 16 Julai dan Penampang pada 22 Julai ini. - Foto RICKY LAI
PETALING JAYA: Penyanyi popular, Aizat Amdan begitu gusar dengan sambutan yang akan diberikan oleh penonton Konsert Borneo Tour di Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak, pada 16 Julai depan.
Ini kerana stadium tertutup itu mampu menghimpunkan 5,000 penonton dan dia bimbang sekiranya jumlah peminat kurang daripada sasarannya.
“Saya tahu penduduk di Sarawak agak ramai tetapi saya hanya mahu 5,000 penonton yang hadir ke konsert itu nanti.
“Saya mendapat respons ramai juga peminat saya di sana dan sebab itu saya berani untuk melakukan percubaan pertama ini,” katanya kepada mStar Online.
Biarpun begitu, ia tidak melunturkan semangat penyanyi berasal dari Kuala Lumpur ini untuk merealisasikan impiannya menjayakan konsert di Bumi Kenyalang itu.
“Biar apa pun jadi selepas ini, saya tetap akan meneruskan konsert ini. Saya juga berharap peminat dapat menerima kehadiran saya di Kuching dan datang menonton konsert itu nanti,” kata Aizat lagi.
Beberapa hari lalu, penyanyi lagu Pergi dan Kau Aku ini sempat mengadakan persembahan akustik di sebuah pusat hiburan di Kuching. Bagaimanapun dia tidak menyangka dengan sokongan peminat yang memenuhi tempat itu.
“Saya tidak tahu tujuan mereka ke pusat hiburan itu tetapi setelah saya keluar sebentar dari situ untuk menghantar ibu dan bapa saya ke hotel dan kembali semula ke situ, saya dapati mereka yang setia mendengar persembahan saya sudah tiada.
“Tetapi sebelum keluar, saya sempat berbual dan bertegur sapa dengan mereka,” katanya yang turut akan mencipta sebuah lagu untuk Yayasan Taman Harapan berkonsepkan seperti lagu kumpulan Sheila On 7 dan kumpulan Hujan.
Lagu yang masih belum mempunyai judul itu akan dinyanyikan semasa Konsert Borneo Tour itu. Selain itu, dia juga dalam proses menggubah lagu untuk penyanyi rock popular Ella.
Selain ke Kuching, dia juga bakal meneruskan konsert tersebut di Penampang, Sabah pada 22 Julai ini.
Konsert bertemakan Celebration Of Music itu merupakan kesinambungan daripada persembahannya di Auditorium Bentley, Mutiara Damansara pada Januari lalu.
Tiket boleh didapati menerusi laman web www.mall.aizatamdan.com serta di kaunter tiket Stadium Perpaduan Kuching bermula pada 4 Julai dan Dewan KDCA, Penampang (18 Julai). Seramai 1000 pembeli tiket pertama akan ditempatkan di bahagian ‘Rock Zone’ yang terletak berdekatan dengan pentas. - mStarOnline

Tuesday, June 28, 2011

Michelle Yeoh Diharamkan Masuk Myanmar


Michelle Yeoh
BINTANG Hollywood, Datuk Michelle Yeoh diusir keluar dan disenarai hitamkan oleh negara Myanmar.
Menurut sumber, Michelle Yeoh diusir selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon.
"Sejurus selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon, Michelle terus diusir dan tidak dibenarkan lagi untuk masuk ke negara tersebut," kata sumber itu yang merahsiakan identitinya kepada pemberita.
"Pelakon itu sudah disenarai hitamkan di negara ini," kata sumber kedua pula.
Bagaimanapun, sebab-sebab pihak Myanmar bertindak sedemikian terhadap pelakon itu tidak dijelaskan.
Pada Disember tahun lalu, Michelle telah berjumpa dengan pejuang kebebasan Myanmar, Aung San Suu Kyi di rumah pemenang Anugerah Nobel Keamanan di Yangon selepas merakamkan beberapa babak filem mengenai pejuang demokrasi, arahan pengarah Perancis, Luc Besson, di Thailand.
Dalam filem tersebut, pelakon berusia 48 tahun itu berlakon sebagai Suu Kyi yang menunjukan perjuangan tokoh itu dan ia mungkin ditayangkan hujung tahun ini.
Bekas ratu cantik Malaysia itu mula dikenali apabila membintangi filem James Bond pada tahun 1997 dan mencipta nama melalui filem Crouching Tiger, Hidden Dragon jugaMemoirs of Geisha.-AFP

Monday, June 27, 2011

Amah Indonesia terlepas hukuman pancung


RIYADH 26 Jun - Seorang lagi amah Indonesia yang dijatuhi hukuman pancung kerana membunuh majikannya yang berasal dari Yemen pada 2009 di negara ini, terlepas hukuman itu selepas kerajaan Indonesia membayar 2 juta riyal (RM1.6 juta) wang pampasan kepada Arab Saudi.

Darsem binti Dawud dibebaskan selepas Kementerian Hal Ehwal Luar Indonesia menghantar wang tersebut kepada kedutaannya di Riyadh.

"Wang pampasan itu dibayar oleh dua pegawai Kedutaan Indonesia kepada sebuah panel di Riyadh yang menguruskan kes berkenaan

"Pembayaran wang itu menunjukkan komitmen kerajaan untuk melindungi pekerja kami di luar negara walaupun kosnya tinggi," kata pegawai di Bahagian Perlindungan Warganegara Kedutaan Indonesia, Hendrar Pramutyo, semalam.

Katanya, mahkamah Riyadh juga telah memutuskan untuk membebaskan Darsem yang kini masih ditempatkan di Penjara Malaz, di sini.

"Saya berharap Darsem akan dibebaskan secepat mungkin." katanya.

Pembantu rumah itu berasal dari bandar Subang, di wilayah Jawa Barat. Dia disabitkan kesalahan oleh mahkamah di Riyadh pada Mei 2009 dan dijatuhi hukuman pancung.

Menurut laporan media Indonesia hari ini, Darsem mendakwa majikannya sering cuba merogolnya dan dia terpaksa membunuh lelaki itu bagi mempertahankan diri.

Januari lalu, keluarga majikan itu bersetuju memaafkan Darsem sekiranya mereka menerima bayaran pampasan.

Seramai 28 amah Indonesia kini menanti pelaksanaan hukuman pancung di Arab Saudi, sementara 1,000 yang lain masih ditahan di penjara di seluruh negara ini di atas pelbagai kesalahan. - Agensi

Saturday, June 25, 2011

Lelaki 99 tahun berkahwin kali pertama



ROCHESTER, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki berusia 99 tahun, Gilbert Herrick berkahwin buat kali pertama semasa dia berumur 99 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Herrick yang pernah menjadi askar semasa Perang Dunia Kedua melangsungkan perkahwinan dengan seorang balu berusia 86 tahun, Virginia Hartman dalam satu majlis perkahwinan di Hospital Komuniti Monroe di sini baru-baru ini.
"Saya tidak pernah menemui seorang wanita yang sesuai sehinggalah saya menemui Virginia," kata Herrick.
Ketika ditanya sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung jika dia mempunyai nasihat mengenai hubungan romantik, Herrik berkata: "Cinta akan mencari anda."
Pasangan itu melangsungkan perkahwinan dalam majlis yang dihadiri anggota keluarga dan rakan-rakan pada 4 Jun lalu.
Pasangan itu berkenalan pada tahun lalu apabila mereka bertembung di satu laluan di hospital berkenaan.
Mereka kemudian menjadi rakan dengan Virginia suka melukis sama seperti Herrick.
Majlis perkahwinan mereka diatur oleh lima orang anak Virginia, cucu dan cicitnya yang turut menghadiri majlis tersebut. Pasangan itu akan berkongsi sebuah bilik di hospital itu selepas mereka menjadi suami isteri. - Agensi

Lari pegang lengan putus


PERUMAL...tersilap orang
PERUMAL...tersilap orang
ALOR GAJAH: Seorang lelaki terpaksa berlari menyelamatkan diri dalam keadaan berlumuran darah dan menahan kesakitan sambil memegang lengan kanannya yang putus akibat ditetak tiga lelaki bertopeng di Taman Bukit Tampin, Pulau Sebang, di sini, malam kelmarin.

Bagaimanapun, lelaki berusia 35 tahun itu tidak dapat berlari jauh akibat kecederaannya yang parah sebelum jatuh tidak jauh dari tempat dia diserang.

Rakan mangsa yang berusia 36 tahun turut cedera parah akibat ditetak di belakang badan manakala seorang lagi mangsa, sempat lari menyelamatkan diri.

Dalam kejadian 9 malam itu, tiga sahabat berkenaan dikatakan berbual di depan rumah apabila Proton Wira berhenti di depan mereka dan tiga lelaki bersenjatakan parang keluar daripada kereta lalu menyerang mereka.

Menurut abang mangsa kedua yang ditetak di belakang badan, M Perumal, 48, dia dimaklumkan tiga lelaki itu tiba-tiba menyerang adik iparnya bersama dua rakan.

“Adik ipar saya dan seorang rakannya gagal melarikan diri dan mereka ditetak kumpulan lelaki terbabit menyebabkan cedera parah.

“Mereka cedera di tangan dan belakang badan, cuba melarikan diri tetapi hanya dapat berlari sejauh beberapa meter sebelum rebah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, seorang lagi rakan mereka yang berusia lingkungan 20-an, sempat lari ke belakang rumah bagi menyelamatkan diri. Katanya, adik ipar dan rakannya yang cedera parah itu kemudian dikejarkan ke Hospital Tampin untuk rawatan manakala tiga penyerang itu melarikan diri.

“Saya tidak mengetahui motif serangan itu tetapi tidak menolak kemungkinan mereka tersilap sasaran kerana setahu saya, adik ipar saya tidak mempunyai musuh. Bagaimanapun, saya serahkan kepada polis untuk menyiasat,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada dendam atau tidak puas hati antara penyerang dengan seorang daripada mangsa.

“Bagaimanapun polis masih menjalankan siasatan lanjut dan meminta kerjasama saksi tampil membantu siasatan,” katanya.

Tinjauan mendapati Unit Forensik polis berada di tempat kejadian bagi penyiasatan.

Sementara itu, jurucakap Hospital Tampin berkata, kedua-dua mangsa yang kehilangan banyak darah dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut. - myMetro

'Imam Muda 2' : Nazrul & Hassan Mara Ke Final


Imam Muda Hassan (kanan) dan Nazrul layak ke peringkat akhir program Imam Muda musim kedua. - Foto BRIAN MOH
KUALA LUMPUR: Dua peserta program Imam Muda musim kedua, Nazrul Izwan Zolkiflee (Nazrul), 26, dan Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza (Hassan), 26, berjaya mara ke peringkat akhir program tersebut pada 1 Julai ini.
Imam Muda 2 peringkat akhir akan disiarkan secara langsung dari Dewan Muktamar, Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, di sini pukul 9 malam.
Sementara itu, tiga peserta iaitu Mohd Fakhrurrazi Hussin (Fakhrul), 27, Ammar Wan Harun (Amar), 27, dan Mohd Azlan Zulkarnain (Azlan), 25, tersingkir di minggu kesembilan pada Jumaat.
Menurut mudir (pengetua) Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz, pemilihan Nazrul dan Hassan atas kerja keras dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang program ini berlangsung.
“Mereka mempunyai kelebihan ilmu dan latar belakang agama yang menunjukkan mereka sentiasa berada di kemuncak sepanjang tiga bulan ini.
Fahrin Ahmad menggantikan pengacara Ustaz Dzulkarnain Hamzah yang kemalangan jalan raya.
“Mereka juga mudah menerima arahan tidak mengira waktu dan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas serta cabaran yang diberikan,” kata Hassan yang lebih mesra disapa ustaz ini.
Selain itu, kedua-duanya mempunyai kebolehan tambahan seperti pandai berlagu dan penuh irama apabila diuji membacakan ayat-ayat al-Quran dalam peperiksaan yang diberikan.
Pada peringkat akhir ini, mereka akan diberikan tugasan praktikal pulang ke kampung masing-masing dan mengendalikan projek sendiri yang mendatangkan manfaat kepada semua pihak.
Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, kedua-dua finalis itu akan melakukan perancangan idea dengan bantuan lapan peserta Imam Muda yang telah tersingkir.
Mudir Datuk Hassan (tengah) ketika mengumumkan keputusan di samping mursyid program tersebut.
“Mereka akan mencari dana sendiri untuk melakukan projek ini dan melihat sama ada komuniti membantu atau tidak. Jika mendapat sambutan, maknanya projek mereka berjaya.
“Kita juga akan meletakkan ‘wayang pacak’ di kedua-dua kampung finalis ini untuk menyaksikan lintas langsung peringkat akhir Imam Muda,” ujar Izelan.
Sementara itu, finalis Nazrul seakan-akan tidak percaya dengan kejayaannya melangkah ke peringkat akhir.
“Saya terima dengan reda dan yakin segala-galanya mempunyai hikmah. Saya akan pikul tanggungjawab ini sebaik mungkin.
“Sepanjang sembilan minggu, program ini banyak mengajar saya tentang kepentingan memiliki ilmu dan perlu sentiasa menambah ilmu sampai bila-bila,” ujarnya yang bakal pulang ke kampungnya di Felda Moakil, Labis, Johor.
Dalam pada itu, seorang lagi finalis Hassan sedikit fobia sebelum pengumuman itu dilakukan kerana dia pernah tersingkir dalam program Akademi Al-Quran musim keempat.
“Saya takut tersingkir lagi. Bagaimanapun perasaan tersebut bertukar menjadi terkejut dan ajaib apabila diumumkan saya layak ke peringkat akhir. Saya terus terbayangkan wajah mak dan arwah ayah serta menganggap ia seperti hadiah buat mereka.
“Apabila sampai ke peringkat ini, saya rasa sangat bersyukur dan akan berjuang sehabis baik,” katanya yang berasal dari Kampung Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak.
Dia yang kehilangan bapa sewaktu usia tujuh tahun itu bercadang untuk melakukan gotong-royong membersihkan kubur arwah bapanya.
Juara akan menerima hadiah berupa biasiswa pakej platinum selama empat tahun di Universiti Al-Madinah, kereta, wang tunai RM30,000, pakej perabot, pakej haji dan umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.
Naib juara bakal memenangi biasiswa pakej emas di universiti yang sama, wang tunai RM20,000, pakej perabot, pakej umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi. - mStarOnline

Friday, June 24, 2011

Ibu rela dinoda demi anak


PETALING JAYA: Pilihan setan. Itu situasi getir terpaksa dipilih seorang wanita berusia 40 tahun sama ada mahu dirinya atau anak perempuannya berusia lapan tahun dirogol dalam kejadian pecah rumah di Kampung Subang, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa dan anaknya tidur dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki berusia 30-an yang pada mulanya mahu merompak.

Demi menjaga kesucian anaknya, si ibu dirogol suspek sambil detik hitam terbabit disaksikan kanak-kanak itu. Difahamkan, ketika kejadian suami mangsa keluar bekerja.


Sumber polis berkata, mangsa dan anaknya yang tidur nyenyak di rumah berkenaan dikejutkan seorang lelaki tidak dikenali.

“Tersentak dengan itu, mangsa merayu dikasihani selain memberitahu akan menyerahkan semua barangan berharga miliknya kepada suspek asalkan dia dan anaknya tidak disentuh,” katanya.

Bagaimanapun, suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks.“Terkejut dengan itu, mangsa merayu dan berusaha mempertahankan dirinya. Namun, wanita itu mengalah apabila suspek mengugut untuk menodai anak perempuannya jika melawan.

“Selepas dirogol, suspek mengambil beberapa barangan berharga seperti telefon bimbit dan wang tunai dianggarkan bernilai RM500 sebelum melarikan diri,” katanya.

Mangsa menghubungi polis sebelum sepasukan anggota polis dihantar ke tempat kejadian.

Katanya, selepas mangsa memberi keterangan, dia dan anaknya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, untuk pemeriksaan dan rawatan.

Difahamkan, sehingga kini suspek belum ditahan, namun usaha memburunya giat dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan insiden itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan 376 Kanun Keseksaan (KK). - myMetro

Royalti : Waris P.Ramlee Minta Kerajaan Campur Tangan


Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
PETALING JAYA: Cucu kepada seniman agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Gunawan Nasir, 39, meminta kerajaan untuk campur tangan bagi menyelesaikan isu royalti filem-filem lakonan P.Ramlee yang selama ini diberikan sepenuhnya kepada syarikat produksi Shaw Brothers.
Gunawan berkata, selama ini pihaknya hanya menerima royalti berdasarkan lagu-lagu yang dimainkan stesen penyiaran melalui Badan Pelindung Hakcipta Muzik Malaysia (MACP).
"Setakat ini kami menerima royalti MACP berjumlah lebih kurang RM200,000 yang dibayar pada tahun lalu dan ia dibahagikan kepada lapan orang waris mengikut sistem faraid.
"Cuma dari segi royalti filem, kami belum menerima sebarang imbuhan dan kebetulan pula, peguam Datuk Hamzah Mohd Kassim datang kepada kami untuk membantu mendapatkan hak royalti filem yang sepatutnya diterima sejak dahulu lagi," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Gunawan merupakan anak sulung kepada Allahyarham Mohd Nasir P.Ramlee dengan isteri pertama iaitu Mariati Abdul Rahman.
Dia diminta mengulas kenyataan peguam Datuk Hamzah Mohd Kassim dalam mStar Online, Rabu, yang mencadangkan agar kerajaan persekutuan mengadakan perbincangan dengan pihak Shaw Broters berhubung isu itu.
Pembayaran royalti daripada filem-filem lakonan P.Ramlee dikatakan tidak pernah dibayar oleh pihak Shaw Brothers walaupun syarikat produksi tersebut mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit.
Tambah Gunawan, jika benar royalti filem-filem P.Ramlee itu merupakan hak waris-warisnya, dia berharap agar pihak syarikat produksi itu memberikan hak tersebut yang selama ini belum diperoleh.
"Jujurnya, saya memang tidak pandai mengenai hak-hak yang perlu kami terima. Tapi, jika benarlah kami ada hak, sila berikan hak kami itu," jelasnya. - mStarOnline

Thursday, June 23, 2011

Tiga remaja cedera dipanah petir


CEDERA...Mohd Zailani dibawa 
ke Hospital Besut.
CEDERA...Mohd Zailani dibawa ke Hospital Besut. - Foto:HMetro
BESUT - Tiga remaja lelaki cedera dan pengsan selepas disambar petir ketika sedang berteduh daripada hujan bersama sembilan yang lain di sebuah wakaf di Kampung Durian Telur, Pasir Akar, Hulu Besut, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang ketika kesemua mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun berteduh di pondok berkenaan sementara menunggu hujan reda.
Mohd. Sahadam Nik Mar, 17; Muhamad Fariz Ismail,15, dan Mohd. Zailani Keria, 23, yang kesemuanya berasal dari Kampung Durian Telur di sini dikejarkan ke Hospital Daerah Besut oleh penduduk kampung kira-kira 6.15 petang.
Keadaan ketiga-tiga mereka yang masih dirawat di hospital itu dilaporkan stabil. - Bernama

'Inspirasi' Buah Tangan Terbaru Man Bai


Man Bai memperdengarkan album terbarunya yang berjudul Inspirasi kepada media. - Foto YAP CHEE HONG
KUALA LUMPUR: Penyanyi Abdul Rahman Osman (Man Bai), 44, yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air kembali dengan album solo berjudul Inspirasi.
Album memuatkan lapan buah lagu tersebut akan berada di pasaran mulai 30 Jun ini.
"Inspirasi dipilih kerana semua lagu dalam album ini adalah sumber inspirasi saya.
"Apa yang menguatkan diri saya untuk kembali menghasilkan album adalah keinginan untuk berkarya dan menyanyi," katanya dalam satu sidang media di pejabat Sony Music Entertainment, di Solaris Dutamas, di sini, Rabu.
Biarpun sedikit teruja dan lega dengan penghasilan album yang mengambil masa selama empat bulan sejak dirakamkan pada Januari lalu, dia akui berasa gentar dengan penerimaan peminat.
"Saya takut dengan reaksi peminat sebab negara ini mempunyai ramai penyanyi. Saya juga tidak tahu berapa lama lagi akan bertahan dalam industri ini.
"Walaupun begitu, saya tetap akan cuba mengalih perhatian peminat kepada Man Bai," ujarnya bersungguh-sungguh.
Selain mengekalkan jiwa 'cinta' yang terkenal menerusi lagu-lagu yang dinyanyikan sebelum ini seperti Kau Ilhamku dan Masih Aku Terasa, dia turut akan membawa peminat mengimbau semula kenangannya bersama kumpulan Gersang yang popular era 80an.
"Saya mengilhamkan lima lagu baru iaitu Air Mata, Tentang Cinta, Sendiri, Awan Berlalu Pergi dan duet bersama Datuk Khadijah Ibrahim iaitu Kita Cinta yang diterbitkan sendiri oleh saya.
"Selain itu, saya turut menyanyikan semula lagu Kau Ilhamku dan Masih Aku Terasa dengan susunan muzik yang diubah sebanyak 60 peratus berbanding lagu lama," jelasnya.
Katanya lagi: "Untuk menyanyikan lagu Masih Aku Terasa, saya terpaksa mengawal suara agar tidak lari daripada suara ketika saya menyanyikan lagu itu pada usia 18 tahun dulu."
Bersempena dengan kemunculan album ini, Sony Music akan menganjurkan peraduan 'Inspirasi Man Bai' di stesen radio yang akan ditetapkan pada bulan hadapan.
Pemenang bertuah akan memenangi hadiah sebuah gitar yang ditandatangani oleh penyanyi itu sendiri.
Selain itu, dia akan muncul dengan klip video dua buah lagu baharu daripada album itu yang masih dalam proses pembikinan.
Dia juga sedang popular dengan lagu duetnya bersama kumpulan Pop Shuvit berjudul Seperti Syurgamu yang dimuatkan dalam album kumpulan itu.
Mereka dijangka akan membuat persembahan bersama-sama di konsert MTV World Stage di i-City Shah Alam pada 24 Julai depan.
Bukan itu sahaja, dia turut merancang dengan anggota kumpulan Gersang untuk kembali aktif menghasilkan album baru yang turut menampilkan semula lagu lama yang menaikkan nama kumpulan itu.
Bapa kepada tiga orang anak iaitu Imran Fitri, 14, Luqman Hakim, 12, dan Sarah Aishah, 10, ini pernah menghasilkan dua album solo berjudul Man Bai dan Positif sekitar tahun 1995 dan 1999.
Dia yang turut popular dengan kumpulan Gersang menerusi lagu Suratan Takdir danBersama Suara Hati ini pernah berehat sementara dari industri akibat penyakit tonsil. - mStarOnline

RM1j ditanam belakang rumah


IPOH 22 Jun – Polis menemui sebuah beg berisi wang tunai lebih RM1 juta ditanam di belakang rumah seorang lelaki berusia 21 tahun dalam satu serbuan di Kuala Muda, Kedah pada 14 Jun lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, wang tersebut dipercayai sebahagian wang kes penipuan di Teluk Intan membabitkan kerugian hampir RM7 juta.

Menurutnya, lelaki yang ditahan itu merupakan anak kepada pasangan suami isteri, Song Siew Weng, 49, dan Chong Heoy Choo, 40, yang disyaki dalang kes penipuan terbabit.

Siew Weng dan Heoy Choo bagaimanapun masih gagal dikesan sejak menghilangkan diri April lalu sebaik kes penipuan tersebut terbongkar.

“Kegiatan penipuan itu terbongkar setelah polis menerima tujuh laporan polis daripada kesemua mangsa.

“Mereka dipercayai menjalankan kegiatan penipuan dengan menawarkan pelbagai tender kerajaan seperti membekalkan buah-buahan dan barangan runcit kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kontrak dengan Jabatan Pengairan dan Saliran termasuk mendapatkan tanah rizab kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Shukri berkata, polis masih berusaha mengesan pasangan tersebut.

Alamat terakhir Siew Weng adalah di Nombor 58, Persiaran Pengkalan Timur 11, Taman Desa Pakatan, Ipoh manakala Heoy Choo pula beralamat di Nombor 39, Lorong Tupai Mas, Taiping.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mengetahui mereka diminta menghubungi IPK Perak di talian 05-2451222 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di 05-6299222 bagi membantu siasatan. - UTUSAN

Polis cari bomoh wanita, suami

Kak Yah@Kak Mah


KUALA TERENGGANU 22 Jun – Polis mengedarkan gambar seorang bomoh wanita warga Thailand dan suaminya yang disyaki terlibat dalam kes kematian seorang pemuda baru-baru ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, gambar kedua-dua mereka diedar bagi membantu orang ramai memberi kerjasama mengesan pasangan berkenaan yang kini menghilangkan diri selepas kematian pemuda itu yang dirawat secara pelik.

Menurutnya, berdasarkan maklumat terkini, bomoh yang dikenali sebagai Kak Yah atau Kak Mah, 43, dan suaminya, Norhisham Mustapa, 33, masih berada di sekitar Rantau Panjang, Kelantan.

“Kita percaya jika dapat maklumat sekurang-kurangnya mengenai suaminya, maka bomoh wanita itu pasti akan dapat dikesan dan ditahan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pada 16 Jun lalu, seorang pemuda, Faisal Harun, 26, dari Kampung Gong Beris, Marang dibawa keluarganya untuk mendapatkan rawatan daripada bomoh tersebut.

Mangsa dibawa ke rumah bomoh itu di Kampung Pulau Rusa, Mercang kerana mengalami masalah kesihatan setelah dikatakan terkena buatan orang.

Mangsa dipaksa minum air dalam kuantiti banyak termasuk melalui hos getah kononnya untuk mengeluarkan jin dalam badannya.

Bagaimanapun, pemuda itu tidak sedarkan diri kerana kelemasan dan meninggal dunia dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Mercang.

Jamshah dalam pada itu memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pasangan itu diminta menghubungi Asisten Supritendan Mohd. Adli Mat Daud dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Marang di talian 013-4398633 atau 09-6182222. - UTUSAN

Related Posts with Thumbnails

heratBeat