aDs

aluan

Followers

Friday, May 6, 2011

Wartawan ‘pujuk’ Anwar


KUALA LUMPUR: Seolah-olah bimbang ditanya pemberita berhubung kes video seks dan sumpah laknat yang sedang hangat diperkatakan kini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus beredar sebaik selesai menyampaikan ucapan di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di sini, semalam.

Bagaimanapun, ‘usaha’ Anwar untuk terus beredar berjaya dipujuk pemberita menyebabkan akhirnya beliau mengalah dan sedia ditemubual di hadapan pintu masuk MPAJ.

Namun, beliau dipercayai enggan menyentuh isu video seks itu mahupun isu perbicaraan kes liwatnya yang sedang berlangsung.

Beliau hanya mengulas berhubung pilihan raya dengan berkata pihaknya yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan pilihan raya umum mengejut tahun ini.

“Kita sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan pilihan raya umum apabila Dewan Rakyat dibubarkan nanti,” katanya.

Menurutnya, pihaknya mungkin menghadapi kesukaran untuk menggerakkan jentera partinya seperti pilihan raya di Sarawak baru-baru ini.

“Jadi memang cabarannya agak serius. Tetapi kami perlu sentiasa bersedia,” katanya. Beliau sebelum itu menyampaikan ucapan pada majlis Forum Pengangkutan Lembah Klang: Penambahbaikan dan Cabaran, di sini, semalam.

Beliau yang juga Penasihat Ekonomi Selangor turut memaklumkan bahawa satu panel bebas perlu diwujudkan bagi menyemak kos dan keberkesanan projek pengangkutan Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) yang dijangka menelan belanja RM55 bilion.

“Panel bebas itu perlu dibentuk memandangkan tindakan Barisan Nasional melantik konsortium Gamuda-MMC sebagai rakan penyampaian projek (PDP) itu menimbulkan banyak persoalan, terutamanya dari aspek tata kelola penganugerahan tender dan penentuan kos projek itu.

“Skop tanggungjawab terlalu besar dan menyeluruh yang diserahkan kepada PDP membolehkan Gamuda-MMC membuat keputusan bagi pihak Barisan Nasional mengenai spesifikasi projek, kos projek dan menganugerahkan pakej projek kepada sub-kontraktor,” katanya.

Anwar berkata, projek MRT itu dijangka menelan belanja melangkaui RM55 bilion dan akan dibiayai dana awam melalui penerbitan bon. - myMetro

1 comment:

  1. DSAI bukannya bimbang ditanya isu yg sama tapi menyampah dgn soalan2 bodoh reporter yg xreti bahasa....asyik tanya soalan bodoh yg sama berulangkali sedangkn dia dah jawab dlm blog maupun fb beliau. Kalau aku kat tempat dia pun menyampah mcm xda isu yg lebih penting utk ditanya.....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

heratBeat