aDs

aluan

Followers

Tuesday, May 10, 2011

Hanya bergantung pada nasi


NASI untuk hidangan pagi, tengah hari dan malam

LONDON: Seorang katerer yang berdepan dengan pelbagai alahan makanan sejak lebih 10 tahun lalu kini terpaksa bergantung kepada nasi semata-mata.

Micaela Stafford, 53, sebelum ini gemar memakan makanan bergoreng ketika sarapan dan makanan yang dipanggang untuk makan malam. Tetapi kini tubuhnya menolak semua makanan termasuk susu, protein dalam bijirin, gandum, gula, minyak dan lemak.

Ibu dua anak itu menderita reaksi fizikal yang teruk jika memakan apa saja makanan, memaksanya hanya memakan nasi untuk sarapan, makan tengah hari dan malam.

Pakar perubatan bimbang Micaela boleh menderita masalah kesihatan yang serius yang belum pernah didiagnosa, menghalangnya daripada mendapatkan zat makanan.

Micaela yang berasal dari Loughborough, Leicestershire, berkata: “Jika saya melanggar pantang, saya akan terlantar di atas katil selama seminggu. Tubuh saya tidak boleh berfungsi.

“Kadang kala saya merasakan saya tidak mempunyai tenaga untuk melawannya lagi. Saya putus asa.

“Saya mahukan kehidupan saya kembali. Saya tidak mahu hidup seperti ini. Saya ingin melakukan apa saja, termasuk menikmati kari.

“Saya begitu rindukan ais krim dan makanan pencuci mulut. Saya inginkan sesuatu yang mempunyai rasa. Tetapi ia semakin sukar untuk saya.” 

Pakar pemakanan, usus dan juga juga ahli neurologi hairan dengan keadaan yang dialami Micaela yang bermula pada 1999 apabila dia pening setiap kali memakan makanan yang berasaskan tenusu.

Semakin lama semakin banyak makanan yang tidak boleh dimakannya dan sehingga ini, hanya tinggal nasi saja.

Jika makan selain daripada nasi, Micaela mengalami sakit kepala berpanjangan dan cirit-birit serta sakit sendi di seluruh tubuhnya. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

heratBeat