aDs

aluan

Followers

Wednesday, May 4, 2011

Along beri pilihan mahu mati dibakar atau diracun


DIANCAM...Venu menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.

KUALA LUMPUR: Angkara meminjam dengan along sebanyak RM140,000, seorang lelaki kini berada dalam ketakutan apabila diugut bunuh sama ada dibakar atau dipaksa minum racun serangga.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Venu, 43, berkata dia membuat pinjaman peribadi daripada along berkenaan pada 2008 untuk menjalankan perniagaan dengan membayar balik hutang sebanyak RM8,000 sebulan, tetapi berhenti membayarnya sejak setahun lalu apabila perniagaan merosot.

Beliau berkata, berikutan itu, dia bersama isteri dan dua anaknya kini diburu along yang bertindak menghantar lima lelaki untuk meminta hutang dengan cara kekerasan dan mengugut untuk membunuhnya.

“Pada 29 April lalu kira-kira jam 6.30 petang, saya berjumpa dengan lima lelaki yang dihantar along terbabit untuk berbincang.

“Saya memberitahu sudah membayar RM75,000 dan minta tempoh empat bulan untuk menyelesaikan semua baki hutang itu,” katanya, semalam.

Menurutnya, dia juga mencadangkan membayar hutang itu secara ansuran sebanyak RM500 sebulan hingga Disember ini dan RM1,000 sebulan dari Januari 2012 hinggalah selesai namun lelaki berkenaan tidak setuju dan memintanya membayar RM30,000 dengan kadar segera.

Katanya, dia yang tidak ada wang seperti diminta kemudian diugut bunuh sama ada memilih hendak mati dengan cara dibakar di ladang getah atau meminum racun serangga.

“Mereka juga mengugut mahu mengambil isteri dan dua anak saya di rumah untuk menghapuskan kami dengan cara kejam.

“Sekarang saya berasa takut kerana nyawa keluarga terancam dan mahu pihak berkuasa bertindak menyiasat kegiatan mereka,” katanya yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kelmarin. - myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

heratBeat