ISLAMABAD - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan Pakistan dilaporkan mula bertegang urat mengenai nasib seorang wanita dipercayai isteri muda Osama Laden.
Amal Al-Sadah menjadi fokus utama perebutan penjagaan antarabangsa apabila Pakistan enggan memberikan kebenaran kepada AS untuk menyoal siasat wanita itu.
Amal, 27, berasal dari Yaman dilaporkan cuba menjadikannya dirinya sebagai perisai semasa tentera AS menyerbu rumah Osama, menyebabkannya ditembak di kaki.
Menurut sumber, pasukan tentera AS terpaksa meninggalkan Amal dalam jagaan pihak berkuasa Pakistan selepas sebuah helikopter digunakan pasukan itu terhempas akibat masalah mekanikal.
Amal kini dirawat di sebuah hospital tentera di Rawalpindi dan Pakistan memutuskan akan menghantarnya pulang ke Yaman selepas pulih dari kecederaan seperti didakwa.
AS sebelum ini menuduh Pakistan melindungi Osama apabila maklumat diterima menunjukkan pengasas Al-Qaeda itu tinggal berhampiran Islamabad sejak beberapa tahun lalu. - sinarharian
No comments:
Post a Comment