DIHORMATI PENGIKUT...dua pembantu Bello membetulkan jubah bomoh itu setiap kali dia duduk atau berdiri dalam mana-mana majlis. |
LOS ANGELES: Seorang bomoh dari Nigeria berkata, dia tidak bercadang untuk menambah isteri lagi selepas kahwin 107 kali dan memperoleh 185 anak.
Menurut Bello Maasaba, ketaatan adalah ciri paling dihargai pada setiap isterinya. Kini memiliki keluarga lebih 5,000 orang, Bello, 87, mendakwa dia diperintah Tuhan menjadi bomoh dan kerap bertukar isteri pada 1970-an.
“Saya hanya berkahwin dengan seseorang wanita selepas mendapat wahyu. Jika bukan kerana perintah Tuhan, dua isteri mencukupi untuk saya,” katanya kepada akhbar Los Angeles Times, semalam.
Bagaimanapun, keputusan Bello itu menyebabkan pertikaian kepada pihak berkuasa Islam di tempatnya di Bida, Nigeria.
Menurut syariat Islam, seseorang lelaki hanya dibenarkan memiliki empat isteri pada satu-satu masa.
Justeru, kerajaan menahan Bello pada September 2008 dan menyumbatnya ke penjara selepas dia enggan menceraikan 82 isterinya dan meneruskan perkahwinan dengan empat isteri saja.
Mahkamah Tinggi Nigeria kemudian bersidang dan membenarkan Bello dibebas selepas 57 isterinya mengaku mereka berkahwin atas kehendak sendiri.
Kini, Bello hidup bertemankan 89 isteri dalam bangunan 89 bilik. Pasangan paling muda Bello berusia 19 tahun, manakala tertua 64 tahun.
Sembilan daripada isterinya mati dan 12 lagi diceraikan kerana ingkar. Daripada 185 anak, cuma 133 waris Bello masih hidup.
Sebagai bomoh, Bello melarang anaknya mendapatkan rawatan di hospital apabila sakit, sebaliknya dia sendiri cuba mengubati mereka.
“Jika sakit, mereka mesti memberitahu saya dan berdoa, tapi sesetengah isteri saya kurang yakin,” katanya.
Pada ketika tertentu, kata Bello, ada isterinya yang membawa anak mereka ke hospital tanpa pengetahuannya.
“Akhirnya tubuh mereka akan membengkak dan mati,” katanya. - DM
No comments:
Post a Comment