PASANGAN Angelina Jolie dan Brad Pitt sanggup menghabiskan wang mereka lebih daripada RM30 juta setiap tahun demi anak-anak mereka iaitu Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, Knox, dan Vivienne.
Difahamkan pasangan yang dipanggil nama Brangelina itu ingin menjaga kebajikan anak-anak mereka sebaik mungkin dengan memberikan segala benda yang diperlukan agar kesemua mereka dapat hidup dengan senang.
Menurut sumber kepada Splash News, untuk keperluan makanan sahaja, pasangan tersebut telah membelanjakan wang lebih kurang sebanyak RM100,000 setahun manakala bagi pembiayaan guru peribadi pula sebanyak RM3 juta.
"Malah pasangan itu sanggup membayar seorang penjaga kanak-kanak dengan harga RM3 juta setahun.
"Kos tersebut tidak termasuk dengan pembiayaan penginapan Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, Knox, dan Vivienne jika pasangan tersebut menjalani penggambaran di luar negara," kata sumber tersebut.
Walaupun perbelanjaan Angelina dan Brad dianggap boros, mereka turut dipuji kerana mengeluarkan jutaan dolar untuk kegiatan sosial yang dilakukan.- mStarOnline
No comments:
Post a Comment