aDs

aluan

Followers

Monday, May 23, 2011

Amnesty kecam hukuman sebat di Aceh


JAKARTA 22 Mei - Kumpulan Amnesty International hari ini mengecam hukuman sebat yang dikenakan ke atas 14 individu kerana berjudi di Langsa, Aceh Timur pada Khamis lalu.

Badan itu turut menggesa Jakarta memansuhkan undang-undang kecil itu yang dikuatkuasakan di wilayah separa autonomi tersebut yang menyaksikan sekurang-kurangnya 21 lelaki disebat kerana berjudi pada bulan ini.

"Tindakan pihak berkuasa Aceh melaksanakan hukuman sebat di khalayak ramai mencabul undang- undang antarabangsa.

"Kerajaan Indonesia perlu bertindak segera menghentikan hukuman yang tidak berperikemanusiaan dan kejam itu. Ia juga merupakan satu bentuk layanan buruk yang boleh disamakan dengan penyeksaan," kata Amnesty International.

Menurut kenyataan itu, seramai 16 individu dihukum sebat pada tahun lalu di Aceh.

Jelasnya, hukuman sebat menyalahi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menentang penyeksaan.

Indonesia turut menandatangani perjanjian itu pada 1998 dan menggesa kerajaan pusat mengkaji semula pelaksanannya bagi mematuhi undang-undang dan standard hak asasi manusia antarabangsa.

Khamis lalu, 14 pesalah terbabit telah disebat sebanyak enam kali setiap seorang di dataran Masjid Darul Falah, Aceh kerana berjudi.

Mengikut kanun 2003 atau undang-undang kecil Islam di wilayah itu, kesalahan berjudi membawa hukuman maksimum 12 sebatan dan minimum satu sebatan.

Pada 12 Mei lalu, sekurang-kurangnya tujuh orang yang berjudi telah dikenakan hukuman sebat sebanyak 12 kali.

Januari lalu, empat pegawai awam dari Aceh Besar ditahan kerana berjudi, tetapi pelaksanaan hukuman ke atas mereka ditangguhkan kerana menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Syariah wilayah. - AFP

2 comments:

  1. kerana kumpulan hak asasi manusia inilah yang menyebabkan masalah sosial bertambah parah di muka bumi ini. Pedulikan mereka, kita harus berpegang pada ajaran Islam. Hidup Islam! Hidup Aceh!

    ReplyDelete
  2. aku sokong! Hidup Islam! Hidup Aceh!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

heratBeat