aDs

aluan

Followers

Tuesday, October 4, 2011

Lydia Kandau Risau Penyakit Hati Jamal Mirdad


Jamal Mirdad dan Lydia Kandau.- Foto detikhot
KEADAAN kesihatan penyanyi Jamal Mirdad yang menghidapi penyakit hati semakin beransur pulih.
Isterinya, Lydia Kandau sangat mengambil berat tentang kesihatan lelaki itu walaupun Jamal tidak pernah berkongsi perasaannya sewaktu menghidap masalah berkenaan.
"Saya sangat cerewet apabila menjaga kesihatan suami tapi sekarang anak-anak banyak membantu saya untuk menjaga dan menegur papanya," ujar Lydia kepada portal detikhot, Ahad.
Walaupun sakit, Jamal tetap menggagahkan dirinya untuk meneruskan karier seninya dan sedang sibuk membuat persembahan di Singapura.
Sejak kebelakangan ini, penyanyi lagu popular Sedap Betul itu sudah mahu mengambil ubat-ubatan dan vitamin.
Namun Lydia tetap khuatir dengan kesihatan suaminya apabila mereka berjauhan. - mStarOnline

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

heratBeat