aDs

aluan

Followers

Monday, October 10, 2011

Kakak tak puas hati wang gadai gelang pukul adik hingga mati

ANGGOTA polis mengusung mayat Gurmeet Kaur yang mati selepas dipukul di muka dalam kejadian di Ulu Bernam, Hulu Selangor semalam.
HULU SELANGOR: Pertengkaran antara dua beradik akibat salah faham berhubung wang hasil gadaian seutas gelang emas berakhir dengan tragedi, apabila kakak mangsa yang tidak puas hati dipercayai memukul adiknya hingga mati dalam kejadian di kuarters Pusat Haiwan Kecil Hulu Bernam di sini, malam kelmarin. 

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa, Gurmeet Singh Sedara Singh, 41, ditemui mati dalam keadaan terlentang di atas katil dengan kesan kecederaan di bahagian muka dan mulut dalam sebuah bilik rumah kuarters itu yang didiami adik beradik berkenaan bersama tiga lagi ahli keluarga mereka.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, suspek yang berusia 44 tahun dan tinggal bersama mangsa dipercayai tidak berpuashati apabila barang kemas miliknya itu gagal ditebus selepas mangsa menggadaikan.

“Difahamkan kedua-dua adik beradik itu serta suami mangsa yang berusia 57 tahun bergaduh sejak petang sebelum pertengkaran antara mereka memuncak kira-kira jam 11 malam tadi (kelmarin) hingga berlaku pergelutan antara kedua-duanya.

“Kita percaya suami mangsa terbabit secara langsung dalam pertengkaran itu kerana dia turut berada di tempat kejadian namun kita masih meneruskan siasatan. Kita syak mangsa dipukul dan ditumbuk sehingga mati kerana tiada senjata ditemui di tempat kejadian, ” katanya di sini, semalam. 

Katanya, ketika kejadian hanya terdapat ibu mangsa yang berusia 70-an dan anak bongsu pasangan itu yang berusia 11 tahun di kuarters berkenaan kerana empat lagi anak pasangan itu tidak lagi tinggal bersama. 

Norel berkata, pihak polis hanya dihubungi kira-kira jam 8 pagi oleh salah seorang ahli keluarga mangsa memaklumkan perkara itu sebelum menahan kedua-dua suspek yang menyerah diri di tempat kejadian. 

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat. Sementara itu, anak sulong mangsa, Shareendra, 24, berkata ketika kejadian beliau tiada di rumah kerana keluar bersama rakannya selepas pulang ke kediaman ibu bapanya itu sempena cuti hujung minggu. 

“Bila saya balik ke rumah kira-kira jam 8 pagi, saya diberitahu oleh bapa dia jumpa mayat ibu saya di atas lantai dengan keadaan mulut berdarah, muka bengkak dan bahagian belakangnya cedera sebelum mengangkatnya ke atas katil, ” katanya.  - BHarian

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

heratBeat