aDs

aluan

Followers

Friday, October 14, 2011

Kedutaan Malaysia jadi sasaran

Demonstrasi yang diadakan di luar perkarangan kedutaan Malaysia pada pagi Khamis. - Foto ihsan UTUSAN MALAYSIA
JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta terus menjadi sasaran demonstrasi oleh penduduk Indonesia berhubung isu sempadan Malaysia-Indonesia dan semalam disertai kumpulan Laskar Merah Putih (LMP). 

Kira-kira 70 anggota LMP yang berpakaian seragam celoreng mengadakan tunjuk perasaan selama satu setengah jam dengan membawa sepanduk dan berucap mengecam Malaysia, yang didakwa mengambil secara haram lebih 1,000 hektar tanah di Kalimantan Barat, yang bersempadan dengan Sarawak.

Anggota polis yang berkawal di hadapan bangunan kedutaan besar itu menghalang mereka daripada memasang bendera di pintu pagar dan menyekat kumpulan berkenaan daripada mendekati pintu pagar.

Sebelum bersurai, kumpulan yang dipimpin Adek Erfil Manurung itu menyerahkan nota pernyataan pendirian mereka kepada seorang kakitangan di pos pengawal kedutaan itu dan mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan satu lagi demonstrasi berskala besar pada 28 Oktober.

Pernyataan itu antara lain meminta Kerajaan Malaysia menyelesaikan isu pertikaian sempadan antara kedua-dua negara. 

Isu sempadan ditimbulkan Timbalan Ketua Suruhanjaya 1, Dewan Perwakilan Rakyat Tb Hasanuddin, hujung minggu lalu yang mendakwa Indonesia kehilangan 1,400 hektar di Camar Bulan serta 800 meter garis pantai di Tanjung Datu, kononnya diambil secara haram oleh Malaysia. 

Bagaimanapun, empat menteri Indonesia, termasuk Menteri Luar, Marty Natalegawa, dilaporkan menafikan dakwaan berkenaan kerana ia tidak berasas. – BERNAMA 

1 comment:

  1. dasar manusia tak tahu malu.....kalau boleh apa yg ada di M'sia semuanya hak mereka....macam lah mereka penduduk terawal dimuka bumi ini.

    Cubalah fokus sikit mcmana nak bantu negara kamu yg asyik dilanda musibah ni....jgn asyik nak provok negara lain....sabar pun ada hadnya....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

heratBeat