Pertempuran antara perusuh dan polis di Kaherah |
KAHERAH: Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh manakala lebih 200 lagi cedera dalam keganasan rusuhan agama membabitkan puak Kristian di Kaherah.
Rusuhan yang berlarutan hingga malam tadi memaksa lebih 1,000 anggota keselamatan dan kereta perisai dikerah bagi mempertahankan bangunan televisyen negara di tebing Sungai Nil di mana ia bermula sebelum merebak ke Medan Tahrir.
Kumpulan terbabit bertempur menggunakan batu dan bom api. Beberapa kenderaan termasuk milik tentera dibakar.
Puak Kristian mendakwa pentadbiran tentera Mesir terlalu berlembut dengan pihak yang bertanggungjawab ke atas beberapa serangan anti Kristian. - Agensi
No comments:
Post a Comment