aDs

aluan

Followers

Thursday, July 7, 2011

Empat Remaja Maut Ketika Lumba Haram Di Pasir Mas


PASIR MAS: Empat remaja yang berlumba haram maut apabila motosikal yang ditunggang mereka merempuh satu sama lain dalam kejadian di Kampung Banggol Chicha, di sini petang Rabu.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner (ACP) Haliludin Rahim berkata mereka ialah Mohd Amirul Afiq Baharom, 17, Raja Ahmad Muzamil Raja Mansor, 18, Mohd Fikri Mat, 19, dan Abdul Muhaimin Makhtar, 21.
"Mereka mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan semuanya maut di tempat kejadian," katanya kepada pemberita, di sini Rabu.
Katanya Mohd Fikri adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong, manakala Abdul Muhaimin pula pelajar sebuah polikteknik di sini.
Mengulas kejadian 6.40 petang itu, Haliludin berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas motosikal Honda EX5 yang ditunggang Mohd Fikri meletup dan terbakar ketika sedang berlumba.
Tiga lagi yang menunggang motosikal masing-masing tidak sempat mengelak mengakibatkan mereka saling merempuh, katanya.
"Siasatan mendapati hanya Abdul Muhaimin yang mempunyai lesen memandu manakala tiga lagi tidak mempunyai lesen, sementara dua daripada mereka tidak memakai topi keledar," katanya.
Beliau berkata laluan yang digunakan empat remaja terbabit juga belum dibuka kepada umum namun sering digunakan sebagai lokasi lumba haram oleh golongan remaja.
Haliludin turut meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian agar tampil membantu siasatan.
Sementara itu di Bilik Mayat Hospital Pasir Mas, hampir 200 sanak saudara dan rakan mangsa memenuhi kawasan tersebut.
Ibu Mohd Amirul Afiq, Noraini Yaacob, ketika ditemui berkata arwah anaknya itu sentiasa keluar menunggang motosikal pada sebelah petang.
"Pada petang semalam katanya hendak ke rumah sepupu dan tidak tahu pula begini jadinya," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

heratBeat