aDs

aluan

Followers

Monday, July 11, 2011

Semakan senarai peserta PLKN

CYBERJAYA: Semakan untuk memastikan penyertaan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tahun depan boleh mula dilakukan hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, semakan itu hanya membabitkan nama peserta terpilih manakala maklumat lain seperti lokasi kem latihan dan kumpulan belum ditentukan.

Menurutnya, seramai 140,000 (27 peratus) daripada 515,697 remaja yang lahir pada 1994 terpilih untuk mengikuti PLKN tahun depan.

“Selepas melakukan semakan dan jika didapati terpilih, mereka tidak perlu tergesa-gesa kerana pengumuman nama dibuat supaya mereka melakukan persediaan untuk menyertai PLKN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Ramah Mesra Sekretariat Alumni PLKN bersama Ketua Pengarah JLKN sempena program mengacau dodol bagi pasukan keselamatan, di sini, semalam. 

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Global Globe (M) Sdn Bhd (Global Globe), Datuk Othman Jaki.

Seramai 300 orang terdiri daripada ahli Alumni PLKN, pelatih PLKN dari Kem Paya Indah, Banting dan kakitangan Global Globe bergotong-royong mengacau 200 kilogram (kg) dodol menggunakan 14 kawah.

Program mengacau dodol itu dilaksanakan secara berperingkat bagi menghabiskan 1,000 kg dodol yang akan diagihkan kepada pasukan keselamatan seperti polis dan tentera.

Abdul Hadi berkata, penentuan lokasi kem dan kumpulan pertama yang akan bermula pada Januari 2012 dijangka diumumkan pada Disember depan.

“Bagi peserta yang tidak terpilih untuk mengikuti latihan dalam kumpulan pertama, nama mereka mungkin dalam kumpulan kedua atau ketiga.

“Justeru, mereka tidak perlu bimbang kerana pengumuman nama bagi kumpulan seterusnya akan dibuat kemudian," katanya.

Katanya, semakan boleh dibuat menerusi laman web www.khidmatnegara.gov.my atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di talian 15888 dengan menaip PLKN (ruang) SEMAK (ruang) dan nombor kad pengenalan mereka. - myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

heratBeat