aDs

aluan

Followers

Friday, July 8, 2011

Lady Gaga sopan

SINGAPURA: Penghibur terkemuka dunia Stefani Joanne Angelina Germanotta atau lebih dikenali dengan nama Lady Gaga, 25, membuat kejutan kepada wartawan Asia dalam sidang akhbar khas yang berlangsung di sini hari ini, apabila tampil cukup sopan dalam persalinan kelabu.

Selain itu, pihak media juga tertarik dengan dandanan rambut berbeza Lady Gaga apabila ia dalam bentuk kon dan berwarna hijau sepenuhnya.

Dalam sidang akhbar yang berlangsung di ArtScience Museum, Marina Bay Sands, Gaga yang mula melonjak namanya menerusi album pertama The Fame berkata, dia terharu apabila album terbarunya Born This Way terjual tujuh juta unit hanya dalam masa sebulan di seluruh dunia. Ia secara tidak langsung menandakan kedudukannya semakin kukuh dalam industri pop antarabangsa.

 “Album terbaru kali ini sangat bersifat peribadi bagi diri saya. Ini adalah perjalanan hidup saya, tentang kehidupan yang saya lalui selama ini, antara realiti dan fantasi hinggalah lahir Born This Way,” katanya yang turut membuat persembahan khas selama sejam di Expo, Marina Bay Sands malam sama beberapa jam selepas sidang akhbar diadakan.

Menjelaskan mengenai fesyen unik sering ditampilkan, kata Gaga, dia sebenarnya gemar menggayakan fesyen rekaan pereka Asia dan pernah bekerjasama dengan mereka sebelum ini.

Penyanyi berasal dari Bandar New York, Amerika syarikat ini juga berjanji untuk kembali ke rantau Asia bagi mengadakan konsert lebih besar pada masa akan datang jika berpeluang. Sebelum itu Gaga menghabiskan masa lima hari di Taiwan bagi mempromosikan Born This Way sebelum tiba di Singapura.

Nama Gaga mula melonjak dalam arena muzik antarabangsa apabila lagu dihasilkan Poker Face dan Bad Romance menduduki carta nombor satu Billboard untuk tempoh beberapa beberapa minggu. Menerusinya dia memenangi Vokal Pop Terbaik Album di majlis Anugerah Grammy awal tahun ini. - myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

heratBeat