aDs

aluan

Followers

Tuesday, July 5, 2011

Rabbani Ceburi Bisnes Runding Perkahwinan


Rabbani ketika masih bersama-sama arwah Ustaz Asri beberap tahun lalu.
PETALING JAYA: Meluaskan empayar perniagaan Rabbani Productions (M) Sdn Bhd, kumpulan nasyid popular, Rabbani menceburi perniagaan merunding perkahwinan dan menubuhkan Rabbani Wedding Planner sejak dua bulan lalu.
Menurut salah seorang anggota kumpulan itu, Azadan Abd Aziz berkata idea tersebut tercetus selepas mereka sering terlibat dengan persembahan di majlis perkahwinan.
“Kami kerap kali terlibat di banyak majlis perkahwinan seperti membuat persembahan nyanyian, membaca doa dan selawat pengantin.
“Jadi, kami memilih untuk mengembangkan bakat dalam perniagaan merunding perkahwinan dengan menawarkan pelbagai pakej perkahwinan termasuk majlis merisik, bertunang, persandingan, berbulan madu, cukur jambul dan aqiqah,” katanya dalam satu temubual.
Jelasnya, sejak pemergian Ustaz Asri yang meninggal dunia dua tahun lalu, Azadan dan anggota lain tetap menguatkan semangat untuk meneruskan legasi perniagaan yang diusahakan bersama-sama arwah sebelum ini.
“Alhamdulillah, jemputan persembahan masih tidak putus sehingga sekarang. Pada 13 Ogos ini genap dua tahun Ustaz Azri pergi.
“Biarpun arwah sudah tiada, kami gagahkan juga untuk menghadiri jemputan persembahan bagi mengukuhkan kumpulan ini pada jangka masa panjang,” katanya yang turut sibuk menguruskan beberapa perniagaan lain.
Rabbani turut membuat perniagaan pelancongan Rabbani Travel & Tour, minuman Rabbani Cafe dan perniagaan Dinar Rabbani.
Biarpun sibuk dengan perniagaan, mereka turut mempromosikan album terbaru Rabbani iaitu cakera padat Ketika CintaMaulaya dan DVD Konsert Malam Sinar Maulidurrasul 2010 yang telah berada di pasaran.
Dalam masa terdekat ini, mereka akan menganjurkan Konsert Amal Ana For Gaza pada 30 Julai ini di Stadium Kajang. Konsert secara percuma tersebut bertujuan untuk mengutip dana untuk mereka yang kurang bernasib baik di Gaza.
Selain Rabbani, penyanyi lain seperti kumpulan In Team, Saujana Aishah dan Ustazah Datuk Siti Nurbahyah Mahmood turut akan menghiburkan penonton.
Dua kedai Rabbani terletak di Kompleks Diamond, Bandar Baru Bangi manakala perniagaan dinar emas diuruskan oleh rakan kongsi Rabbani, Roy Ramly dari Imperion Resources Sdn Bhd.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi talian 03-89275928 (Rabbani Travel & Tour), 0192336602 (Rabbani Wedding Planner) dan 0166083010 (Dinar Rabbani). - mStarOnline

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

heratBeat