aDs

aluan

Followers

Friday, April 22, 2011

Warga emas maut angkara kereta berlumba

KUALA LUMPUR 21 April - Seorang wanita warga emas menjadi mangsa dua buah kereta yang sedang berlumba apabila dia maut setelah kenderaannya dilanggar sebelum terbalik di Kilometer 4, Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) berhampiran Taman Selaseh, Gombak hari ini.

Rokiah Mat Nor, 65, meninggal dunia di tempat kejadian setelah tersepit dalam kereta jenis Perodua Kancil dipandu suaminya, Baharuddin Hussin yang cedera parah dalam kemalangan itu.

Kejadian berlaku pukul 11.45 pagi ketika kereta dinaiki pasangan suami isteri itu bersama adik perempuan Rokiah dalam perjalanan pulang ke kampung di Jerantut, Pahang.

Menurut saksi kejadian, sebuah kereta jenis Proton Putra yang dipandu seorang anggota polis dipercayai sedang berlumba dengan sebuah kenderaan lain.

"Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, kereta Putra itu terbabas kerana cuba mengelak sebuah motosikal.

"Kenderaan itu kemudian bergesel dengan Kancil tersebut menyebabkan Kancil itu terbalik di tengah-tengah lebuh raya.

"Kemalangan itu menyebabkan kereta Putra itu tercampak kira-kira 10 meter ke bawah tebing lebuh raya manakala kenderaan yang berlumba dengannya menghilangkan diri selepas kejadian," kata saksi terbabit.

Difahamkan, anggota polis itu yang berusia lingkungan 20-an tidak mengalami kecederaan namun terkejut dengan kejadian tersebut.

Menurut saksi itu lagi, orang ramai kemudian membantu mengeluarkan pemandu kereta Kancil dan adik perempuan Rokiah sebelum dibawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan.

Kemalangan itu turut menyebabkan laluan lebuh raya ini dari arah Gombak sesak teruk sepanjang tiga kilometer apabila hanya satu lorong dibuka untuk laluan. - Utusan

1 comment:

  1. hidup klu x menyusahkn org lain x sah agaknya. Disebabkn keseronokan mereka berlumba, ada anak kehilangan ibu, suami kehilangan isteri....ada akal tapi simpan kat kepala lutut...payah nak ckp klu dah x bertimbang rasa.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

heratBeat