aDs

aluan

Followers

Saturday, April 16, 2011

Letupan di masjid Cirebon


GAMBAR diambil menggunakan telefon bimbit merakamkan mayat pengebom berani mati dengan perut terburai di dalam masjid At-Takwa di Cirebon, semalam. - AFP

JAKARTA 15 April - Tubuh seorang lelaki yang dipercayai pengebom berani mati hancur dalam kejadian bom meletup di Masjid At-Takwa di kompleks Masjid Polis Residen Kota (Mapolresta) Cirebon, Jawa Barat, ketika jemaah sedang solat Jumaat, hari ini.

Identiti mangsa yang terbunuh itu, bagaimanapun belum dikenal pasti.

Sebanyak 28 jemaah lain turut cedera termasuk ada yang parah dalam kejadian yang berlaku semasa jemaah sedang menunaikan solat Jumaat.

Antara mangsa yang turut cedera dalam kejadian itu ialah Ketua Polis Daerah Cirebon Herukoco.

"Sebaik selesai khutbah, imam melakukan takbiratul ihram dan serentak itu bom meledak menjadikan suasana gelap. Ketika itu juga, ada seorang jemaah yang turut bersolat tiba-tiba tubuhnya meledak dengan bom," kata Ketua Jabatan Perhubungan Awam Polis Indonesia, Anton Bachrul Alam.

Anton tidak menafikan, pengebom berani mati itu menjadikan polis sebagai sasaran dan memilih melakukan tindakan terkutuk itu di masjid kerana jemaahnya sebilangan besar terdiri daripada anggota polis.

Menurut seorang saksi, Anton, ledakan bom itu bermula di saf ketiga jemaah.

Setiap minggu, di masjid berkenaan, sebanyak 80 peratus daripada jemaahnya terdiri daripada anggota polis, sementara selebihnya terdiri daripada masyarakat setempat.

Seorang lagi saksi berkata, pengebom berani mati itu dilihat mundar-mandir di kawasan masjid sebelum solat bermula serta menghabiskan masa yang cukup lama di dalam bilik air.

"Dia dilihat masuk ke masjid dan duduk di saf kedua tetapi sebaik solat dimulakan, dia beralih kedudukan ke saf ketiga," katanya yang mengaku berdiri tidak jauh daripada posisi pengebom berani mati itu.

Sementara itu, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pengebom itu.

''Presiden masih lagi menunggu laporan siasatan daripada polis," kata jurucakap Presiden, Julian Aldrin Pasha kepada Kompas.com. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

heratBeat