Hari ini anak-anak muda minat sungguh untuk menjadi penyanyi. Asal ada pertandingan mereka tak mahu lepaskan peluang. Bagaiamana nasib orang senior yang punya minat tapi tak berpeluang sertainya kerana semasa mereka muda dulu tak banyak peluang?
Nah! Astro Prima membuka peluang kepada mereka untuk mencuba nasib bersaing sesama sendiri dalam program nyanyian yang dinamakan Kilauan Emas. Peserta yang berumur 45 tahun ke atas dialu-alukan menyertainya.
Dengan kerjasama produk penjagaan gigi palsu Polident pertandingan itu menawarkan hadiah utama berjumlah RM20,000.Lumayan juga apatah lagi mereka bukanlah mahu menjadi penyanyi sebaliknya sekadar mencuba nasib. Sementelah lagu-lagu lama yang dijadikan lagu wajib.
Raja Azura akan menjadi pengacara dengan penyanyi lagu Kalau Berpacaran, Sohaimi Meor Hassan dan Nora sebagai juri tetapnya. Kilauan Emas akan mula disiarkan pada 24 Jun ini.
Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata, Kilauan Emas bakal membawa penonton mengimbau kembali zaman muzik retro yang ada yang sudah lama tidak didengar.
"Kiita memberi peluang kepada orang lama untuk menunjukkan bakat mereka kerana jarang ada pertandingan nyanyian yang memberi peluang kepada mereka," kata Nizam.Raja Azura akan menjadi pengacara dengan penyanyi lagu Kalau Berpacaran, Sohaimi Meor Hassan dan Nora sebagai juri tetapnya. Kilauan Emas akan mula disiarkan pada 24 Jun ini.
Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata, Kilauan Emas bakal membawa penonton mengimbau kembali zaman muzik retro yang ada yang sudah lama tidak didengar.
Format pertandingannya mudah, nasib peserta akan ditentukan 100 peratus oleh pihak juri dengan dua peserta terbaik akan dipilih mewakili setiap zon sebelum ke peringkat seterusnya. Mungkin undian SMS tidak sesuai untuk program seperti ini.
Uji bakat akan bermula di Skudai Parade, Johor (7 dan 8 Mei), Berjaya Megamall Kuantan (14 dan 15 Mei), Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 21 dan 22 Mei serta di Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang pada 28 dan 29 Mei ini.
Sepuluh lagu wajib yang disediakan untuk uji bakat ialah Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu) (Ramlah Ram), Di Persimpangan Delima (Nora), Seri Dewi Malam (Datuk Sharifah Aini) dan Gerhana oleh Kembara.
Sepuluh lagu wajib yang disediakan untuk uji bakat ialah Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu) (Ramlah Ram), Di Persimpangan Delima (Nora), Seri Dewi Malam (Datuk Sharifah Aini) dan Gerhana oleh Kembara.
Turut disenaraikan lagu-lagu Kupendam Sebuah Duka (Datuk Khatijah Ibrahim), Sampaikan Salam Cintaku (Alleycats), Epilog Cinta Dari Bromley (Sohaimi Meor Hassan), Akhirnya Kini Pati (Anita Sarawak), Sejati (Wings) dan Widuri (Broery Marantika). - manggaonline
agak2 ada org nak dengar tak klu aku nyanyi?
ReplyDelete