aDs

aluan

Followers

Tuesday, April 12, 2011

Juruterbang terkorban


SIBU: “Helikopter itu terhoyong-hayang sebelum terhempas,” kata seorang saksi yang melihat kejadian helikopter jenis Bell 206 Jet Ranger yang membawa anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Bintangor, Sarikei terhempas di Dataran Sibu berhadapan Wisma Sanyan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.50 tengah hari itu, pesawat milik Sabah Air itu dalam penerbangan pulang ke Lapangan Terbang Sibu selepas menurunkan penumpang di tempat kejadian. 

Sebelum kejadian, helikopter itu menerbangkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri pulang ke Sibu selepas menghadiri Majlis Mesra Bersama Rakyat, masing-masing di Sarikei dan Kanowit. 

Difahamkan, helikopter itu terhempas beberapa minit selepas menurunkan Setiausaha Akhbar Menteri Pelajaran, Hafiz Abdul Halim bersama dua pengawal pengiring Timbalan Perdana Menteri untuk menghadiri Program Pemantapan Profesion Perguruan Bersama Warga Guru Bahagian Sibu yang bakal dirasmikan Muhyiddin di sebuah hotel di sini.

Akibat kemalangan itu, juruterbang pesawat itu, Kapten Sahaimi Ghazali, 38, yang parah pada hati dan paru-paru kanan akibat hentakan kuat disahkan meninggal dunia jam 8.36 malam di Hospital Sibu selepas menjalani pembedahan.

Saksi yang enggan namanya disiarkan berkata, ketika kejadian, angin bertiup kencang. “Melihat helikopter itu terhempas, saya bersama tiga rakan bergegas membantu mengeluarkan juruterbang dengan memecahkan cermin dan membuka pintu pesawat dari dalam,” katanya. 

Kejadian itu turut menarik perhatian ramai kerana berlaku di depan sebuah hotel terkemuka di bandar ini menyebabkan lokasi kejadian dikerumuni orang ramai. Anggota polis terpaksa mengawal lokasi kejadian bagi mengelak proses siasatan terganggu. 

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika pesawat itu cuba berlepas dari tempat kejadian dalam cuaca buruk dan angin kencang. 

“Siasatan mendapati helikopter itu hilang kawalan akibat angin kencang sebelum terhempas. Juruterbangnya yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Sibu, tetapi disahkan meninggal dunia jam 8.36 malam tadi, kira-kira tujuh jam selepas kejadian itu,” katanya. 

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Muhyiddin turut melawat mangsa yang menjalani pembedahan di Hospital Sibu, petang semalam. 
LAWAT...Muhyiddin (tiga dari kanan) melihat Kapten Shamimi yang menjalani pembedahan di Dewan Bedah Hospital Sibu, malam tadi

Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berdoa semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. 

“Jasa arwah perlu dikenang kerana meninggal dunia ketika menjalankan tugas untuk negara. 

“Saya secara peribadi sudah menyampaikan bantuan awal kepada keluarga mangsa, manakala bantuan yang lain yang bersesuaian akan diberikan kemudian kepada keluarga mangsa,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian cek bantuan modal sekolah bantuan kerajaan (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina) dan sekolah Conforming di Sekolah Menengah Kebangsaan Sacred Heart di sini, malam tadi. - myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

heratBeat