KANGAR: Seorang petani hanya mampu melihat seorang remaja maut di depan mata apabila usahanya memberi amaran kepada sebuah kereta daripada melanggar mangsa yang tercampak ke tengah jalan gagal, malam kelmarin.
Mangsa, Hassan Basri Osman, 19, maut di tempat kejadian apabila dilanggar dua kenderaan selepas motosikal dinaiki bersama rakannya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Datuk Ali, berhampiran Kampung Tok Kuning, dekat sini, kira-kira jam 8 malam.
Rakannya, Rosli Jabar, 18, pula berjaya diselamatkan daripada lemas selepas terperosok bersama motosikal ke dalam parit yang berair. Kedua-dua remaja terbabit berasal dari Kuala Perlis.
Petani, Abdul Rahim Ayob, 54, berkata dia cuba menahan sebuah kereta dari arah Kangar ke Kuala Perlis dengan melambai-lambai cahaya telefon bimbit untuk menghalangnya daripada melanggar remaja yang ketika itu dalam keadaan parah selepas dilanggar kenderaan pertama tetapi gagal.
“Akibat perlanggaran itu, saya melihat mangsa tergolek di bawah kenderaan itu. - myMetro
kesiannya....alfatihah.
ReplyDelete