aDs

aluan

Followers

Saturday, April 2, 2011

Culik kekasih sendiri

SEREMBAN: Seorang graduan sebuah institut pengajian tinggi (IPT) dikesan menggunakan taktik licik dengan menghamburkan kata-kata manis melalui pelbagai kaedah penyamaran sebelum memperdaya mangsa termasuk menculik dan memeras ugut.

Lebih mengejutkan apabila lelaki berusia 21 tahun itu dipercayai terbabit 14 kes jenayah di negeri ini serta Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Kedah yang rata-ratanya membabitkan kes penipuan sejak tiga tahun lalu.

Perbuatan suspek terbongkar apabila dicekup polis di Ipoh, Perak, Selasa lalu, ekoran laporan kehilangan seorang wanita berusia 23 tahun yang juga kekasihnya di bandar ini, sejak minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid, berkata penahanan suspek dibuat apabila pihaknya menerima laporan ahli keluarga wanita itu yang didakwa diculik dan diarah memberi wang tebusan RM30,000.

“Berdasarkan hasil siasatan, lelaki berasal dari selatan tanah air itu bekerja dengan seorang ahli keluarga mangsa (kekasih) sejak sebulan lalu selepas melihat iklan di akhbar mengenai kekosongan jawatan sebagai jurujual di sebuah syarikat sistem penggera keselamatan di daerah ini.

“Pada pertengahan bulan lalu, suspek membawa mangsa bercuti di utara tanah air dan menghubungi seorang ahli keluarga wanita itu menyerahkan wang RM10,000 sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, ahli keluarga yang bimbang akan keselamatan mangsa memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun diberikan suspek, namun wanita itu tidak diserahkan kepada mereka, 21 Mac lalu.

Kata Hamdan, bertindak atas laporan keluarga mangsa, polis mengesan suspek dan wanita berkenaan di sebuah hotel di Ipoh, Perak, kira-kira jam 6.45 petang Selasa lalu.

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik,” katanya.

Beliau berkata, siasatan pihaknya mendapati suspek dikenali sebagai Daniel@Steve@Vincent yang menggunakan pelbagai helah itu mempunyai 14 rekod jenayah membabitkan kes penipuan, peras ugut, curi kenderaan, samun dan pecah amanah.

“Polis meminta orang ramai atau mangsa yang pernah terpedaya dengan kegiatan suspek supaya tampil dengan menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya. - myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

heratBeat