aDs

aluan

Followers

Thursday, April 7, 2011

Dikebumi lepas 61 tahun


KUALA LUMPUR: Cebisan rangka milik Konstabel 9364 Mohammed Abdul Lalil @ Jalil yang terkorban selepas pesawat Douglas DC-3 dinaikinya terhempas pada 1950 dan sudah dikenal pasti melalui ujian Asid Deoksirinueklik (DNA) selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Masjid Bukit Treh, Muar Johor, tengah hari, semalam.

Mohammed adalah antara 12 mangsa yang menyertai operasi pengguguran smoke marker pada 25 Ogos 1950 bagi menentang komunis dalam hutan tebal Gua Musang, Kelantan.

Pengarah Muzium Tentera Darat Malaysia (TDM), Leftenan Kolonel Norhayati Mansor berkata, selepas hampir 60 tahun disemadikan berhampiran pesawat, Tentera Darat (TD) melalui Unit Muzium menjalankan Ekspedisi Garis Waktu untuk mengeluarkan semua mayat mangsa.

Menurutnya, ekspedisi itu dibuat selepas menerima permohonan tuntutan daripada waris keluarga mangsa di Pejabat Pertahanan Malaysia, London pada awal 2008 yang ingin mengetahui jasad dan lokasi sebenar ahli keluarga mereka disemadikan.

“Operasi itu bermula pada 2 hingga 12 November 2008 mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), wakil kerajaan Britain dan pakar forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian serta penyelidik daripada Kumpulan Sejarah Malaysia (MHG).

“Hasilnya, semua rangka termasuk cebisan tengkorak dan tulang dibawa keluar di dalam 12 bungkusan plastik kecil sebelum diserahkan ke Unit Forensik HUSM.

“Namun, selepas 15 bulan ujian DNA dilakukan, hanya tiga mangsa saja dikenal pasti iaitu dua daripadanya ialah warga British, iaitu Koperal F Bryant dan Dvr P Taylor,” katanya pada Majlis Penyerahan Cebisan Tulang Mohammed di Auditorium, Hospital Tuanku Mizan, dekat sini, semalam.

Pada majlis itu, satu majlis tandatangan penyerahan cebisan tulang Mohammed dilaksanakan antara Muzium TD dengan Muzium PDRM sebelum cebisan itu dihantar ke Bukit Aman untuk dikafankan dan disembahyangkan serta diserahkan kepada keluarga mangsa. - myMetro

3 comments:

  1. Al-fatihah buat perajurit yg gugur berbakti utk negara...semuga rohnya dikalangan insan2 yg beriman.

    ReplyDelete
  2. Alfatihah....akhirnya dpt bersemadi dgn sempurna.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

heratBeat