PETALING JAYA: Sepasang suami isteri dan adiknya cedera dibelasah dengan topi keledar oleh enam jirannya di Flat Desaria, di sini gara-gara bertengkar menyebabkan jiran terbabit naik angin dan terus menyerang mereka, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, pasangan terbabit yang berusia 30-an sedang bergaduh akibat perselisihan faham hingga menyebabkan jiran mereka terjaga dari tidur.
Pada mulanya, semua jiran berkenaan tidak mempedulikannya dan beranggapan pertengkaran terbabit tidak akan lama namun selepas beberapa minit, suara jeritan kedua-dua mereka masih kedengaran menyebabkan semua jiran itu berpakat pergi ke rumah pasangan itu.
Menurut sumber, sebaik tiba di kediaman pasangan terbabit, jiran itu meminta mangsa keluar berbincang.
“Mangsa yang terkejut dengan kedatangan jirannya itu hanya mampu terdiam selepas dimaki hamun.
“Bagaimanapun belum sempat pasangan terbabit menjelaskan apa berlaku, mangsa terus ditolak masuk ke dalam rumahnya sebelum dibelasah beramai-ramai,” katanya. - myMetro
hahahahaaaa....padan muka. Itula x pandai hormat jiran, kan dah kena.
ReplyDelete