aDs

aluan

Followers

Tuesday, September 6, 2011

'Antara Maghrib Dan Isyak' Dedah Asam Garam Berpoligami


PETALING JAYA: Selepas drama bersiri komedi Gulai Tempoyak Chicken Chop di slot Senda Pagi, Suhan Movies Trading menghasilkan sebuah drama bersiri terbaru Antara Maghrib Dan Isyak bermula 13 September ini, setiap hari Selasa dan Rabu, pukul 11.00 pagi di TV3.
Drama 13 episod yang diarahkan oleh Emi Suffian ini membariskan pelakon-pelakon seperti Zalfie Raoul, Fathil Dhani, Kazar, Muslee Ramly, Liza Abdullah, Suriati Abu Bakar, Catriona Ross, Arfah Damanhuri, Mummy Kathy, Norseha, Bell Ngasri dan Tam Suhaimi.
Ia mengisahkan dilema Yusri berusia 32 tahun (Zalfie Raoul) yang masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah 7 tahun berkahwin dengan Anita (Suriati Abu Bakar @ Atie). Yusri berasa kagum dengan Haji Seman (Fathil Dhani), Ramlie (Kazar) dan Adman (Muslee Ramly) yang berpoligami.
Liza Abdullah
Haji Seman (60 tahun) merupakan seorang suami yang sentiasa berusaha untuk berlaku adil kepada kedua-dua isterinya, Hasnah (Arfah Damanhuri) dan Rokiah (Mummy Kathy). Rumah tangganya berada dalam keadaan harmoni dan jarang terjadi salah faham serta cemburu di antara kedua-dua isterinya, cuma mereka masih tidak dikurniakan anak setelah lama berkahwin.
Ramlie (50 tahun) pula menguruskan kedua-dua rumah tangganya dengan garang kerana dia tidak mahu memberi muka kepada isteri-isterinya, Salmah (Liza Abdullah) dan Suraya (Catriona Ross). Maka, rumah tangga Ramlie sentiasa tegang ditambah pula dengan sikap cemburu Salmah yang selalu mencari pasal dengan Suraya.
Berlainan pula dengan Adman (45 tahun), dia menangani konflik yang melanda kedua-dua rumah tangganya dengan pelbagai tipu muslihat. Adman sentiasa diburu perasaan bersalah kerana kebaikan isteri tuanya, Mazni (Norseha). - mStarOnline

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

heratBeat