aDs

aluan

Followers

Wednesday, March 2, 2011

Datuk miang belasah pelanggan kelab


KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar jutawan dan berstatus Datuk bertindak kejam apabila membelasah seorang lelaki yang berkunjung ke kelab malam miliknya hingga parah hanya kerana mangsa menegur dan menghalangnya daripada mengganggu seorang wanita yang datang berhibur, malam Sabtu lalu.

Mangsa berusia awal 40-an parah di muka akibat kejadian berkenaan. Datuk terbabit bukan saja pemilik kelab malam itu tetapi dikatakan ketua samseng dan kongsi gelap serta mempunyai pengaruh dalam beberapa agensi kerajaan.

Dalam kejadian Sabtu lalu di sebuah pusat hiburan terkenal di Jalan Walter Grenier, Off Jalan Imbi di sini, mangsa menghalang Datuk terbabit daripada terus mengganggu seorang wanita. Akibat berasa tercabar, dia membelasah mangsa tanpa belas kasihan.

Menurut sumber, ahli perniagaan dan jutawan berusia 54 tahun dilabel ‘Godftaher’ disyaki terbabit dalam kegiatan kongsi gelap dan pelacuran itu pernah dipenjarakan dua tahun di Pusat Tahanan Simpang Renggam, Johor serta dibebaskan pada 2005 selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan habeas corpusnya.

“Sehingga kini mangsa enggan membuat laporan polis kerana berasa sia-sia dan percaya jika dia membuat aduan, Datuk itu tidak akan dikenakan tindakan ekoran pengaruhnya. Pengaruh Datuk samseng ini istimewa hinggakan gelarannya yang ditarik ekoran hukuman penjara diperoleh semula tidak berapa lama selepas dia dibebaskan,” katanya.

Sumber berkata, mangsa ketika dibelasah tidak mampu berbuat apa-apa kerana berada dalam premis lelaki terbabit dan dia yang cedera teruk pada muka dalam ketakutan dan tidak berani mengambil tindakan.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata pihaknya tidak boleh mengambil tindakan jika mangsa tidak membuat laporan. Tanpa laporan ia hanya dakwaan atau spekulasi myMetro

1 comment:

  1. knp xlapur polis.....ambil atau tidak tindakan itu biarlah org berkenaan jawab dikemudian hari. Datuk tu ingat dunia ni dia yg punya....satu hari nanti dia akan menyembah bumi jugak.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

heratBeat