aDs

aluan

Followers

Monday, March 7, 2011

Pencuri hampa bakar kereta


KUALA LUMPUR: Geram apabila usaha mereka untuk merampas sebuah kereta gagal, dua lelaki berusia 20-an nekad membakar kenderaan itu di Bandar Manjalara, di sini, kelmarin sebelum melarikan diri.

Lebih kejam, kedua-dua suspek turut membakar kenderaan seorang lagi mangsa yang cuba membantu lelaki terbabit daripada disamun. Difahamkan, kereta milik kedua-dua mangsa diletakkan bersebelahan di tempat letak kereta kawasan itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, dua kereta jenis Honda City dan Toyota Vios hangus dijilat api akibat dibakar suspek.

Menurut sumber, kekejaman dua suspek itu bermula apabila mereka cuba merampas sebuah kereta jenis Honda City milik seorang lelaki berusia 20-an.

“Bagaimanapun, mangsa yang menyedari perbuatan itu cuba mempertahankan keretanya itu menyebabkan suspek naik berang dan hendak membelasahnya,” katanya. - myMetro

2 comments:

Related Posts with Thumbnails

heratBeat