aDs

aluan

Followers

Saturday, March 26, 2011

Cegah sikap lawan sunnah nabi



KUALA LUMPUR: “Nabi ada berpesan barang siapa tidak mengikut sunnahku, dia bukan daripada golonganku. Harus diingat perkahwinan itu sunnah Rasulullah s.a.w dan setiap umat Islam harus berkahwin,” kata penceramah bebas, Datuk Dr Fadzilah Kamsah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan seorang wanita yang nekad tidak mahu berkahwin kerana mahu menjaga 12 ekor kucing kesayangannya.

Harian Metro dalam laporan muka depannya semalam melaporkan seorang wanita dikenali sebagai Camelia, 24, mendakwa dia lebih cintakan kucing berbanding lelaki menyebabkannya tidak mahu berumahtangga.

Fadzilah berkata, syarak tidak membenarkan seseorang individu tidak berkahwin melainkan mereka itu boleh mendatangkan mudarat kepada orang lain jika berkahwin dengan mempunyai penyakit berbahaya seperti Aids dan HIV.

“Seseorang itu wajar berkahwin kerana ia sunnah dituntut syarak. Sedangkan Rasulullah s.a.w juga sayangkan kucing turut berkahwin dengan Siti Khadijah, inikah pula kita sebagai umatnya.

“Dikhuatiri mereka yang tidak mahu berkahwin hanya kerana ingin menjaga kucing akan mendatangkan kemurkaan Allah,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit perlu mendapatkan nasihat pakar motivasi atau ustazah bagi mengubah tanggapannya terhadap lelaki.

“Kemungkinan juga wanita ini mempunyai sejarah lampau menyebabkannya mengeluarkan dakwaan tidak mahu berkahwin sebagai ‘pemanis mulut’ bagi mengubati luka lamanya.

“Dan tidak mustahil juga wanita ini pernah dikecewakan, mengalami trauma dan fobia menyebabkannya mengambil jalan singkat dengan menyatakan tidak mahu berkahwin,” katanya. Tegasnya, perkahwinan adalah sesuatu yang wajar ditempuhi bagi semua umat Islam. - myMetro


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

heratBeat