aDs

aluan

Followers

Monday, March 14, 2011

Warisan tercemar


DOMINASI...warga asing membanjiri kawasan Pasar Seni.

KUALA LUMPUR: Kebanjiran warga asing di kawasan Pasar Seni, di sini, menyebabkan pengunjung semakin resah terutama wanita.

Tinjauan Harian Metro ke kawasan itu mendapati hampir 80 peratus pengunjung di pusat beli-belah itu warga asing terutama dari Indonesia, Myanmar dan Bangladesh yang kebanyakannya menetap dan bekerja di negara ini.

“Saya rasa tidak selamat untuk keluar seorang diri di kawasan ini terutama pada waktu malam,” kata pengunjung, Syahidah Mansor, 23, apabila ditanya mengenai isu berkenaan.

Katanya, disebabkan warga asing yang mendominasi kawasan ini, Pasar Seni tidak langsung menggambarkan sebagai warisan seni Malaysia. “Kebanyakan peniaga di kawasan ini warga asing, begitu juga dengan pekerja mereka. Mereka membentuk komuniti yang semakin hari semakin besar,” katanya.

Secara tidak langsung, katanya, mereka akan berasa berkuasa dan selesa seperti menetap di negara sendiri.

Pelajar institusi pengajian tinggi awam, Hadri Zainal, 25, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kebanjiran warga asing di Pasar Seni.

“Lelaki mungkin tidak terlalu takut untuk keluar seorang diri di kawasan Pasar Seni, tetapi bagi wanita pasti berasakan keselamatan mereka kurang terjamin.

“Mungkin dengan kebanjiran warga asing ini, punca tempat ini kotor. Saya sudah pergi banyak tempat warisan seni dan saya rasa untuk kekalkan tarikan pelancong, orang tempatan perlu menjaga kawasan ini,” katanya.

Menurutnya, ada juga warga asing yang meminta sedekah untuk menambah pendapatan. “Bilangan peminta sedekah warga asing bertambah pada hujung minggu kerana mereka tahu pengunjung ke kawasan ini lebih ramai,” katanya. - myMetro

2 comments:

  1. kdg2 rasa spt kita pula jadi pendatang, nak jln2 pun takut sebab susah nak tengok wajah2 melayu di kl skrg.

    ReplyDelete
  2. ya betul...kdg2 rimas dgn sifat pengotor mereka. Di koridor bangunan boleh nampak ludahan sireh ditambah dgn bau hancing....eeee geli.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

heratBeat