aDs

aluan

Followers

Wednesday, November 24, 2010

Cari sejadah

SEREMBAN: Beberapa premis sekitar Nilai 3, dekat sini, diserbu Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mengesan kewujudan sejadah yang mempunyai corak seolah-olah muka dan kepala babi, semalam.

Operasi berkenaan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Unit Penguat Kuasa Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Negeri Sembilan dan Melaka dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) bermula kira-kira jam 11 pagi.

Hasil pemeriksaan hampir lima jam itu tidak menemui sebarang sejadah yang mencurigakan kerana berkemungkinan ia tidak lagi berada di pasaran kawasan terbabit. Ketua Seksyen Operasi Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Putrajaya, Mohamad Hashim Kamaruddin, berkata operasi berkenaan bertujuan memeriksa sekiranya ada penjualan sejadah bercorak babi seperti aduan.

“Pemeriksaan dijalankan mengikut Seksyen 18 (b) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan kita (KDN) berhak menyita atau merampas barangan berkenaan sekiranya ia ditemui.

“Kami akan melakukan kajian dan semakan mengenai perkara itu. Seandainya dikenakan Perintah Larangan, tindakan akan dikenakan terhadap penjual dan pengedar barangan berkenaan mengikut Seksyen 8 (2) akta sama.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum sehingga RM20,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika ditemui di sini. 

Menurut Mohamad Hashim, walaupun tidak menemui sebarang sejadah bercorak babi dalam operasi itu, pihaknya akan sentiasa melakukan pemantauan susulan di kawasan berkenaan.

 “Berikutan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sejadah berkenaan diminta menghubungi Unit Penguat Kuasa Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Putrajaya di talian 03- 88868420 atau datang ke pejabat bagi membantu siasatan,” katanya.

Muka depan Harian Metro, semalam melaporkan niat anak saudara seorang wanita untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi.

Sejadah merah itu dibeli wanita berusia 50-an berkenaan di sebuah kedai menjual permaidani dan sejadah di daerah ini yang dijual secara lelong, kira-kira enam bulan lalu.

1 comment:

  1. Ini susulan cerita semalam.... mcm2 cara nak menyakitkan hati umat Islam.... dasar lahanatnya kafir......

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

heratBeat