Beliau menyifatkan, Muhyiddin dan Umno hanya menginginkan publisiti murahan dalam melakukan misi kemanusiaan.
“TPM kata saya lepas tangan. Pernah pejabat saya hantar surat ke KL (Kuala Lumpur) minta selesaikan masalah? Tak ada. Saya tak pernah tulis kepada PM (Perdana Menteri) tolong saya. Saya tak pernah tulis surat Shahrizat mai tolong saya.
"Dia turun pun pi Tunjang bukan tempat banjir. Kaki kasut dia pun tak basah. Nak cakap apa ...” katanya dalam satu interbiu bersama akhbar rasmi PAS, Harakah.
Minggu lepas, seramai 50,000 penduduk Kedah terpaksa dipindahkan apabila rumah mereka ditenggelami air akibat bencana banjir terburuk dalam sejarah negeri. Rumah Azizan sendiri turut ditenggalami air.
Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil turut mendakwa bahawa kerajaan negeri ‘lembap’ dalam memberikan pertolongan kepada mangsa banjir.

Di samping itu, Azizan turut mempersoalkan kelewatan Muhyiddin untuk mengunjungi kawasan banjir di Kedah.
“Setelah tujuh hari bencana berlaku, baru (beliau) datang meninjau mangsa banjir. Air banjir pun sudah surut dan sebahagian (mangsa) balik ke rumah masing-masing. Sepatutnya datang lebih awal, baru nampak situasi sebenar,” kata Azizan, sambil menambah bahawa timbalan perdana menteri telah pergi ke tempat yang salah untuk mendapatkan maklumat yang betul.

“Saya terkilan kerana apa yang disebarkan tidak betul. Sepatutnya datang negeri orang, kenalah tanya saya dulu mengenai perkembangan terkini. Bukan buat andaian semata-mata,” katanya lagi.
Selain itu, Azizan turut mengkritik kehadiran Muhyiddin ke negeri itu yang disambut dengan bendera-bendera Barisan Nasional di Stadium Sultan Abdul Halim.
"Pasang bendera BN di Stadium Sultan Abdul Halim ketika Muhyiddin nak turun. Maka jadilah lebih publisiti daripada misi kemanusian. Saya datang tak ada bendera PAS atau Kedah iring saya," bidas Azizan.- HarakahDaily
Biasa la politik...... laporan media arus perdana memang berat sebelah..... kami tahu.... Allah lagi tahu.... banyakkan bersabar..........
No comments:
Post a Comment