aDs

aluan

Followers

Saturday, October 30, 2010

Tragedi bas pelancongan: JPJ sahkan pemandu bas tidak mempunyai lesen memandu

Ini adalah susulan berita kemalangan yg aku post pagi tadi...di simpang keluar Genting Highland.

KUALA LUMPUR: Pemandu bas yang mengakibatkan tujuh orang maut dalam satu kemalangan di Km38 Genting Sempah dekat sini malam tadi, didapati tidak mempunyai lesen memandu.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Superintendan Che Husin Omar berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan kepada polis mengenai perkara tersebut.

"Pemandu bas itu sebelum ini mengaku kepada pihak polis bahawa beliau mempunyai lesen memandu, namun setelah kami memeriksanya dengan pihak JPJ, kami mendapati bahawa dia tidak mempunyainya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Che Husin berkata, pemandu itu yang patah kaki kanan dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ditahan polis untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara merbahaya yang boleh menyebabkan kematian.

Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit dengan kesalahan.

Che Husin berkata, polis sedang menyiasat sama ada pemandu itu mempunyai rekod kesalahan memandu lampau atau pun tidak, serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kemalangan berkenaan.


"Ini termasuk memeriksa kotak hitam bas tersebut untuk menentukan punca kemalangan sebenar," katanya.


Dalam kemalangan malam tadi, bas rombongan dari Kedah, yang dinaiki 44 penumpang yang terdiri daripada belia Kampung Baru Siong, Baling, dilaporkan hilang kawalan semasa menuruni Genting Highlands di KM38, Genting Sempah dekat sini pada 7.50 malam tadi.


Bas itu terbabas dan terbalik di laluan bertentangan yang mengakibatkan tujuh orang maut, 17 cedera parah dan 22 lagi cedera ringan, termasuk dua pemandu bas berkenaan.


Rombongan itu yang dalam lawatan ke Genting Highlands bertolak dari Kedah pada jam 11 malam Khamis dan tiba di Genting Highlands pada 8 pagi semalam.


Pada 7 malam tadi, rombongan itu bertolak ke Kuala Lumpur untuk ke Kampung Melayu Subang, Selangor bagi menyertai program Inap Desa dan dijangka pulang ke Baling, Kedah petang ini.-Bernama(myMetro)


Haaaa.....tu dia....x da lesen memandu..... macamna boleh terlepas pandang majikan dia..... berilah hukuman yg paling maximum atas kesalahannya memperjudikan nyawa org lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

heratBeat