aDs

aluan

Followers

Thursday, October 21, 2010

Johor FC miliki kelebihan

Pemain Negeri Sembilan, Muhd. Shukor Adan (kanan) mengasak penjaga gol Johor FC, Mohd. Anis Faron pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Paroi, semalam

SEREMBAN – Jaringan tunggal pemain gantian, Mohd. Ezaidy Khadar pada minit ke-89 memastikan pasukan bertaraf kelab, Johor FC mengejutkan penyandang juara, Negeri Sembilan 1-0 pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam.


Berpunca daripada hantaran Mohd. Rashid Aya di luar kotak penalti, Ezaidy berjaya meloloskan diri daripada kawalan pertahanan Negeri Sembilan, sebelum pantas menyambar hantaran tersebut.

Penjaga gol Negeri Sembilan, Sani Anuar Kamsani, yang cuba meluru bagi menyelamatkan keadaan gagal berbuat apa-apa, apabila tolakan Ezaidy berjaya melepasi kawalannya bagi memberikan gol kemenangan buat Johor FC.

Perlawanan berlangsung cukup rancak dengan kedua-dua pasukan saling mengatur serangan, namun dihampakan dengan penyudah yang lemah.

Negeri Sembilan terlebih dahulu memberikan amaran awal melalui percubaan pertama pada minit keempat, menerusi hantaran Abdul Halim Zainal di dalam kotak penalti. Namun, Shahurain Abu Samah gagal menyambar peluang terhidang, walaupun hanya perlu menguis bola ke dalam gawang pasukan pelawat.

Pada minit ke-11, giliran Johor FC pula menguji kubu Negeri Sembilan, hasil percubaan Mohd. Khairul Ismail dari jarak 30 meter, yang berjaya ditepis keluar oleh Sani.

Para penyokong Hobin Jang Hobin, hampir bergembira pada minit ke-14, apabila menyangka tandu kan Mohd. Aidil Zafuan, yang berpunca daripada sepakan sudut tepat menuju ke dalam gawang Johor FC, namun Khairul Ismail menjadi penyelamat apabila menanduk bola keluar di atas garisan gol.

Namun, Johor FC tidak mahu mengalah dan kali ini giliran mereka mengaturkan serangan dan hasilnya mereka memperoleh peluang yang disia-siakan Mohd. Rashid Aya, selepas tandukannya tersasar ke arah kanan pintu gol Negeri Sembilan pada minit ke-21.

Tiga minit kemudian, Sani menjadi penyelamat Negeri Sembilan yang berjaya menepis keluar percubaan jarak dekat, sekali lagi oleh Mohd. Rashid. -Utusan Malaysia online

Aduhai!.....ngapa ni jang.... X pa....kita cuba lagi......ok......

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

heratBeat