aDs

aluan

Followers

Tuesday, March 8, 2011

Jimmy Shanley Fail Nusyuz Kerana Anak


SHAH ALAM: Pengacara Jimmy Shanley Norjahan Salleh menyifatkan tindakan dia memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz adalah disebabkan anak yang dikandung isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy.

Menurut Jimmy, usia kandungan isterinya kini telah memasuki lima bulan.“Saya buat kerana anak. Doakanlah yang terbaik,” katanya semasa ditemui di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada Selasa.

Terdahulu, Jimmy, 31, menghadiri prosiding sebutan permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkan terhadap Nursuhaila, 25, yang telah tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010. "Dia sekarang tinggal di rumah keluarganya di Sungai Buloh (Selangor)," tambah Jimmy.

Berdasarkan rekod, permohonan untuk kembali taat difailkan sendiri oleh Jimmy pada 3 Januari lalu diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari lalu. Bagaimanapun, semasa disoal mengenai alasan kedua-dua permohonan tersebut dibuat, peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus memberitahu, perkara tersebut hanya akan didedahkan pada perbicaraan kelak.

"Lazimnya, permohonan tersebut hanya akan dibuat apabila suami memohon untuk mendapatkan perintah mahkamah untuk isteri mentaati suami dalam perkara-perkara yang telah diarahkan," katanya. 

Prosiding mahkamah hari ini hanya dihadiri oleh Jimmy yang memakai kemeja merah dan berseluar 'slack' hitam serta bersongkok. Pada prosiding itu, Mohd Noor Aizan pada awalnya memohon supaya mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan untuk kedua-dua kes walaupun saman tersebut tidak disampaikan secara terus kepada Nursuhaila.

Menurut Mohd Noor Aizan, saman tersebut diserahkan kepada anak saudara Nursuhaila pada 6 Februari lalu. "Tiga hari selepas itu, iaitu pada 9 Februari lalu, Nursuhaila telah melantik seorang peguam syarie bernama Saadiah. Sehubungan itu, saya menyatakan penyampaian saman telah sempurna. Walaupun telah 30 hari saman diserahkan, kami masih belum menerima sebarang pembelaan daripada pihak Nursuhaila. Oleh itu, saya mohon supaya kedua-dua kes dibicarakan bersama dan mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan," katanya.

Hakim Syarie Saharuddin Selamat bagaimanapun tidak membenarkan permohonan tersebut kerana menyifatkan penyampaian saman itu tidak boleh dibuktikan dengan tindakan Nursuhaila melantik peguam syarie.

"Mahkamah akan memberi peluang kepada Nursuhaila untuk dia hadir di mahkamah memfailkan pembelaan,' katanya. Justeru itu, beliau menetapkan kes itu disebut semula pada 4 April depan.

Peguam syarie yang mewakili Nursuhaila juga tidak menghadiri prosiding itu dan menurut Mohd Noor Aizan, pihaknya hanya menerima panggilan telefon daripada kakitangan peguam terbabit memaklumkan beliau mempunyai kes di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, dekat sini dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.Majlis repsepsi untuk meraikan pasangan tersebut diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), dekat sini.

Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November lalu apabila Jimmy tidak menyangkal perkahwinannya bergelora seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tabloid. - mStarOnline

1 comment:

  1. susah kawin ngan anak org kaya....klu aku org dah xsudi lepaskan aje la....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

heratBeat